A69

4.3K 604 70
                                    

PULANG daripada mesyuarat, Maryam tidak berlengah. Dia terus ke bus stop sebab dalam beberapa minit lagi, bas yang akan membawanya pulang akan tiba. Dan dia pun kena balik awal untuk uruskan rumah hari ini. Puan Nashiah dan Encik Saidi pulang ke kampung hari ini. Ada kematian ahli keluarga di sana. Dia dan Mueen mahu turut serta, tapi tidak diizinkan. Encik Saidi kata sedekahkan sahaja Al-Fatihah dari jauh. Itu memadai. Lagipun itu ahli keluarga jauh yang mereka adik beradik sendiri tidak kenal.

Tiba di bus stop, Maryam lihat ada beberapa orang yang menunggu sama sepertinya. Dan bila dia nampak para pelajar yang menunggu itu sudah bangun dari bangku, dia pandang belakang. Oh, bas dah nak sampai. Terus, langkah dilajukan.

Bersama para penumpang yang lain, Maryam beratur dengan lurus sampailah bas betul-betul berhenti di hadapan mereka.

Seorang demi seorang naik dan membayar tambang. Barisan yang tadinya panjang jadi semakin pendek. Dan bus stop mula kurang dengan orang. Melainkan ada dua orang pelajar lelaki di situ.

Maryam memandang cuba mengecam dan mata terus bulat bila lihat dua orang itu adalah Subhi dan Irfan. Kaki terus berhenti. Tegak dia di situ, menghalang orang yang beratur di belakangnya untuk maju ke hadapan.

Tanpa pedulikan rungutan tak puas hati serta orang-orang yang memotong barisannya, mata Maryam menilik Irfan.

Lelaki itu ada luka. Lelaki itu ada lebam. Lelaki itu ada calar. Lelaki itu bergaduh lagi. Setelah hampir dua bulan dia tidak nampak lelaki itu seperti itu, hari ini dia nampak semula. Dan ada sesuatu yang mengecutkan hatinya bila lihat lelaki itu begitu.

Pon!

"Adik, nak naik tak?" Hon bas bersama jeritan pemandu bas itu telah menarik perhatian semua orang, dan menarik semula akal waras Maryam berfungsi seperti biasa.

Maryam pandang pemandu bas serta pandang penumpang-penumpang di dalamnya. Dia telan air liur sekali sebelum dia alihkan pandangan kepada Irfan semula.

Zzap! Pandangan mereka bertemu.

'Maryam, naik bas balik. Kau ada banyak kerja nak buat.'

'Tapi, Irfan...'

'Oh, come on! Dia takde kena mengena lah dengan kau. Stranger. Ingat dia tu stranger.'

'Dia tengah sakit tu. Subhi bukan ada first aid pun.'

'Pandai-pandai lah dia! Sebelum kau takde, tahulah dia handle benda ni.'

'Tapi...'

Pon!

"Adik!"

Maryam pandang pemandu bas itu lagi. Muka dah masam mencuka sebab dia dah melambatkan perjalanan. Penumpang-penumpang dalam bas pun Maryam nampak dah merungut.

Antara otak yang menghasut untuk pergi, dan hati yang meminta untuk membantu, buat Maryam buntu.

'Balik, Yam. Selamatkan diri kau.'

Kaki melangkah. Tangga bas dipanjat perlahan dan dia tak menoleh lagi.

"Bayar, dik." Kata pemandu bas seraya menekan punat untuk menutup pintu bas.

Maryam pandang pemandu bas itu yang dah mula menekan pedal minyak. Bas mula bergerak dan menjauh sedikit dari bus stop itu.

'Maryam...'

Irfan pandang sahaja bas yang dinaiki Maryam itu bergerak menjauh. Tipulah kalau dia tidak kecewa sebab dia berharap benar Maryam akan datang membantunya seperti biasa.

Dia ketawa sinis. Subhi yang masih di sebelahnya dia pandang. Mereka sedang tunggu Heng dan Johari sekarang. Entah sudah selesai ke belum mereka berdua buang hajat di tandas selepas selesai bergaduh dengan Izu dan kawan-kawannya.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now