ADORE ; FUTURE 4

4.1K 363 96
                                    

TELEFON tak lepas dari tangan. Penuh fokus Irfan melihat apa yang terpampang di skrin telefonnya. Sekarang sudah malam dan waktu istirehat dah tiba. Dia sudah elok duduk bersandar di kepala katil ini. Maryam? Entah ke mana isteri kesayangan yang seorang itu. Katanya nak minum susu panas. Tapi pelik juga tak masuk-masuk dari tadi.

Irfan mula pandang pintu bilik yang terbuka luas. Fokus sudah hilang. Dia mula mahukan Maryam ada bersama di sisi.

Terjengah-jengah Irfan mencari susuk tubuh Maryam namun hampa. Tiada Maryam. Dahi dah berkerut. Duvet dah diselak. Telefon memag sudah tidak dipedulikan lagi. Dia mahu cari Maryam.

Baru sahaja nak turun dari katil, Irfan nampak Maryam di muka pintu. Terus nafas lega terlepas dari mulut. Bibir pun dah ikut sama. Berjangkit dengan Maryam yang sedang tayang senyum comel di pintu sana.

"Kau ke mana, sayang?" Soal Irfan lembut. Turun dari katil, Irfan berjalan menghampiri Maryam yang tak berganjak dari pintu.

Maryam senyum lagi. Irfan ditunggu dengan penuh sabar. Dan bila Irfan sampai di sisinya, terkatup terus mata sebab Irfan dah labuhkan kucupan hangat di pipinya.

Kucupan terlerai dan tangan Irfan mengusap lembut kepala Maryam. Kesayangan dia yang seorang ini. Tak bersuara, tapi Irfan tahu Maryam suka jika dia dimanjai sebegini rupa.

"Tadi minum susu." Balas Maryam. Langkah mula diambil seiring dengan Irfan yang mula memimpinnya masuk ke dalam bilik.

Irfan tutup pintu bilik dan segera pinggang Maryam dirangkul longgar selepas itu. Dan tika itu baru dia perasan sesuatu. Tangan Maryam. Tangan yang tersorok di belakang badan sedari tadi sedang memegang satu balang sederhana besar.

Berkerut dahi Irfan. Tidak ditanya apa itu sehingga lah mereka labuhkan duduk di katil bersama-sama.

"I know it ain't just minum susu. Tu... kat belakang badan tu apa?" Soal Irfan. Bibir dah terjuih ke belakang badan Maryam. Ingin tahu. Benda itu lah agaknya yang buat senyum Maryam tak putus sedari tadi.

Maryam lepaskan tawa kecil. Tak tunjuk terus, tangan Irfan digapai dahulu. Dibawa Irfan duduk di tengah katil kemudiannya.

Hairan, tapi Irfan hanya menurut tanpa banyak bunyi. Dah kalau sudah digula-gulakan dengan tawa manja seperti tadi, mana dia boleh bantah. Cair semua sendi badan.

Penangan seorang Yummy kepunyaannya. Kesayangannya.

Dah duduk berhadapan di tengah-tengah katil, Irfan menanti kata Maryam yang seterusnya. Tapi Maryam dia macam buat-buat tak faham pula. Semedang dengan senyum manja dia.

Ini yang cair ini. Sungguh. Irfan sudah overdose dengan senyuman manja itu.

"Yummy sayang..." Meleret panggilan untuk Maryam. Buat Maryam kerutkan hidung dan rapatkan badan ke lutut sendiri.

Butterfly!

"Yang manja sangat malam ni kenapa?" Soal Irfan. Terhibur. Dia sudah mula merapat dengan Maryam. Dan melihat Maryam yang tak melarikan diri, Irfan terus ambil peluang rangkul pinggang isterinya itu erat.

Dahi bertemu dahi. Dan hidung bergesel sesama sendiri. Tawa kegelian mula kedengaran. Bahagia!

Jarak wajah dijauhkan. Maryam pandang Irfan tak lepas. Sumpah hangat terasa hatinya dengan pandangan lembut Irfan.

"Nak tengok benda cringe tak?" Soal Maryam.

Dalam senyum, dahi Irfan berkerut sedikit. Soalan luar alam Maryam lada jam 10:36 malam ini cuba dihadam.

Pelukan terlerai. Jarak dijauhkan.

"What?" Soal Irfan.

"Nak ke tak nak?" Balas Maryam. Juga dengan soalan. Eloklah masing-masing lupa kaedah jawapan Kata Tanya.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now