A96

5.1K 608 68
                                    

SETELAH puas berjalan di Street Art, masing-masing ambil keputusan untuk pergi ke pasar malam buat kali terakhir untuk mencari makan malam mereka sebelum masing-masing akan mengambil jalan berpisah. Yang perempuan akan pulang ke rumah manakala yang lelaki pula akan pulang ke hotel.

Sekarang sudah jam 6:25 petang. Masing-masing sudah siap membeli makan malam mereka yang akan dibawa pulang nanti. Mujur hari ini Maryam tidak ditinggalkan Aisyah dan tak berjalan berdua dengan Irfan atau dengan mana-mana kawan lelaki itu. Lafas lega untuk itu.

"Jom lah balik." Maryam mengajak Aisyah sebaik sahaja semua sudah ada di tempat mula pasar malam.

Aisyah pandang Maryam sekilas sebelum lelaki-lelaki yang berada di hadapannya dipandang. Dia buat tak endah sekejap dengan tarikan Maryam pada lengannya.

"Kauorang flight pukul berapa esok?" Pertanyaan Aisyah buat tangan Maryam terus berhenti daripada menarik lengan Aisyah. Spontan dia memandang Irfan.

Pandangan mereka bertembung tapi kali ini Irfan terlebih dahulu memutuskan pautan mata mereka. Maryam masih memandang Irfan yang sudah pun memandang kawan-kawannya di sebelah.

"Esok dalam pukul 11. Kau?" Subhi memberitahu setelah dia memeriksa penerbangan mereka berempat esok hari.

Maryam hanya mendengar. Entah kenapa hatinya terasa sayu tiba-tiba. Sekali lagi dia angkat wajah yang dia alihkan tadi, memandang semula Irfan yang beriak selamba.

"Eh, sama lah kita! Esok aku gerak sekali lah dengan kauorang. Boleh?" Aisyah selamba meminta izin. Macam dah kawtim lama sangat dia dengan lelaki-lelaki ini.

"Boleh. Aku tunggu." Johari sengih sambil menjawab laju. Tangan terus naik memeluk bahu Heng dari tepi, semata nak cover keterujaannya.

Maryam yang melihat takde rasa nak berfangirling buat masa sekarang tentang crush Johari kepada Aisyah ini. Hati dia ni, masih lagu disahut perasaan sayu. Kenapa?

"Kitaorang tunggu." Heng yang dipeluk bahunya oleh Johari terus membetulkan kata-kata Johari tadi. Dia jeling sekilas Johari yang masih sengih sebelum dia menggeleng kecil.

"Entah apa-apa." Omelnya bawah nafas. Sungguh dia tak faham dengan perasaan suka diaorang ini.

Malas dah mahu melihat Johari, Heng pandang Maryam. Terjongket sedikit kening bila lihat riak wajah Maryam yang seperti sedang sedih. Pastu dia nampak Maryam angkat wajah pandang satu arah sebelum gadis itu menunduk pandang kasut di kakinya. Semacam berada di dunia sendiri pula sedangkan riuh juga Aisyah sedang berbual tentang hari esok bersama yang lain.

Heng gerakkan kepala memandang arah yang Maryam pandang sebentar tadi. Senyum sinis terus terukir bila dia sedar Maryam pandang Irfan yang sedang main telefon di tangan.

"Maryam kenapa sedih?" Selamba Heng bertanya sekaligus menghentikan perbualan rancak Aisyah, Subhi dan Johari. Mata semua terus pandang Maryam yang dah terkebil-kebil sendiri. Blur.

"Hah?" Maryam tak dapat loading. Apa yang Heng kata tadi pun dia tak berapa nak dengar. Sedar nama dia dipanggil itu sahaja. Butir soalannya tidak pula dia tangkap.

"Kenapa sedih?" Soalan Heng ulang dan spontan mata Maryam terus pandang Irfan yang pada ketika itu turut sama memandang dia.

Membulat terus mata Maryam dan terus dia pandang Heng semula. Nampak lelaki cina itu sedang senyum senget.

"Sedih? Yalah. Aku dah lapar. Nak makan, nak balik." Laju mulut Maryam meluncurkan jawapan yang dihasilkan oleh otaknya tadi.

Heng gelak sinis. Johari pun. Subhi yang melihat dua kawannya itu hanya mampu menggeleng perlahan sebelum dia pandang Irfan. Kawannya itu masih pandang Maryam. Kemudian pandang Aisyah yanh sedang memandangnya ketika itu.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now