A42

5.1K 607 15
                                    

LIHAT matahari terbenam. Itu adalah perancangan mereka dan itu adalah aktiviti pertama mereka pada hari pertama di sini selain jalan-jalan cari makan. Dan walaupun boleh aje nak tengok makhluk tuhan itu Dari balkoni bilik mereka sebab memang balkoni bilik tu menghadap pantai pun, tapi... Biasalah. Kalau nak feel lebih, kena lah pergi tengok di pantai kan? Dan lagi satu sebab Aisyah memang beria heret dia. Sudahnya, batal plan nak tengok dari dalam bilik aje.

"Aku nak pergi sanalah." Aisyah halakan jari telunjuk ke kawasan gigi air yang agak jauh dari tempat mereka. Dan... Ramai juga orang di situ.

Maryam geleng.

"Tak nak lah. Aku nak duduk sini aje." Kata Maryam sambal badan disandarkan pada batang pokok kelapa.

"Alah kau ni..." Muncung dah ditarik tanda tidak berpuas hati dengan Maryam. Tapi, Maryam buat tak nampak aje.

"Mana-mana kan sama aje." Ucap Maryam tapi pantas sahaja Aisyah menggeleng membantah.

"Takpe, Kak Cah. Jom pergi dengan Mueen. Mueen nak tangkap gambar kat sana juga." Kata-kata Mueen dengan nada gembira itu berjaya buat Aisyah senyum lebar sekaligus mengubat kekecewaannya tadi. Tanpa lengah, mereka terus pergi ke kawasan yang disebutkan Aisyah tadi. Dah tak ajak Maryam buat Kali kedua sebab masing-masing dah tahu jawapan yang sama mereka akan terima. Takde siapa boleh ubah melainkan sesuatu yang dipanggil 'imagination'.

Mueen dan Aisyah yang dah berjalan laju terus ke hadapan meninggalkan dia bersendirian di pokok kelapa itu, Maryam pandang dengan pandangan kosong sahaja. Tak rasa apa-apa. Macam dia cakap tadi, kat mana-mana pun, matahari yang mereka lihat itu di situ juga... Bentuk bulat juga... Warna oren kemerah-merahan juga. Dan tempatnya masih lagi dipanggil pantai. Takde berubah jadi Los Angeles punya.

Tapi, Yang sebenarnya, dia malas nak ikut serta bergambar seperti Aisyah. Well. Dia bukan photogenic. Jadi, duduk sahaja lebih selesa.

Dalam Maryam bersendirian itu, tiba-tiba dia rasa ada getar pada poket seluarnya. Telefon Yang dah divibratekan itu dibawa keluar dan nama pemanggil dia lihat. Senyum kecil terukir sebelum skrin digesek, mahu menjawab panggilan Yang masuk.

"Assalamualaikum, babah!" Ucapnya teruja sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Waalaikumussalam." Ada tawa kecil di hujung jawapan salam Encik Saidi. "Amboi. Dah bercuti, lupa babah dah?"

Maryam pula yang gelak kecil. Sandar dibetulkan.

"Takdelah. Ni... Baru ingat nak call babah, babah dah telefon dulu." Jawapan ambil hati.

"Yalah tu. So... Macam mana Langkawi? Seronok?"

"Seronok. Cuma, panas sikit tengah hari tadi. Ini baru keluar pergi pantai tengok sunset." Beritahu Maryam.

"Macam tu pula. Dah tu duduk dalam hotel buat apa aje?" Soalan Encik Saidi, Maryam jawab dengan 'ngee' aje. Segan lah nak wi tahu.

Dengarkan itu, Encik Saidi berdecit sedikit.

"Tidur lah tu." Dan tekaan yang tepat itu buat Maryam ketawa kecil. Tahu-tahu aje babah kesayangan ni.

"Okeylah. Babah letak dahulu, tak mahu kacau sekejap. Babah nak pesan. Tengok sunset tu, tengok juga. Tapi jangan lupa pula pada siapa yang ciptakan sunset tu. Tak guna tengok keindahan Pencipta tapi lupa pada Dia." Panjang pesan Encik Saidi kepada si anak.

Maryam angguk faham.

"Baik, bah. Azan, Maryam terus masuk hotel."

Selepas itu, talian dimatikan. Tanpa lengah, Maryam halakan kamera telefonnya pada indahnya pemandangan di hadapannya sekarang. Dua tiga keping gambar dah diambil. Langkah seterusnya adalah berkongsi bersama Encik Saidi. Tadi, babahnya ada minta juga.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now