A74

4.8K 673 60
                                    

BEG sekolah, Maryam letak di bangku sebelah yang sememangnya kosong. Tempat sebelah tingkap dia ambil sebelum mata dia pandang ke luar. Bas masih belum bergerak dan dia malas nak ambik tahu berapa ramai lagi penumpang yang mahu masuk. Lepas ini ada lagi dua buah perhentian lagi sebelum nak sampai ke sekolahnya. Duduk diam pandang luar lagi bagus.

Melihat langit yang masih gelap membiru, Maryam perasan ada beberapa kerlipan bintang di atas sana. Spontan, bibir tarik senyum kecil. Rasanya, dah lama dia tak pandang langit waktu begini. Selalunya sibuk sandarkan kepala ke tingkap bas dan tutup mata terus. Baru perasan. Waktu macam ni, langit sangat cantik.

Irfan yang menjadi penumpang terakhir yang naik, mula memandang ke arah Maryam yang sedang mengintai langit. Tanpa memandang ke arah mana duit not RM1 kepunyaannya masuk, dia terus berjalan merapati tempat Maryam.

Bas mula bergerak perlahan, seperlahan langkahnya sekarang yang dah berhenti di sebelah tempat Maryam. Ada beg Maryam. Nampak benar gadis ini tak mahu berkongsi tempat. Tapi... Ada dia kesah? Ini pengangkutan awam, bukan pengangkutan Maryam.

Maryam, dia memang tak perasan langsung yang ada Irfan sedang berdiri di situ. Dan Irfan pun tak mahu Maryam perasan lagi. Buat masa sekarang, dia tak mahu Maryam perasan. Dia nak lihat Maryam yang begini.

Mata bersinar. Bibir koyak senyum teruja kecil. Wajah lembut dan bukan beku seperti biasa. Semua sebab langit kat atas sana tu. Memang tak boleh nafi, ciptaan Tuhan Yang Satu sangat menarik dan mengkagumkan. Semacam ciptaan Maryam juga.

Tangan pegang bangku yang diletak beg Maryam, manakala sebelah tangan lagi dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata pula mengintai Maryam sekali-sekala. Gadis itu tetap sama. Adorable. Beautiful. Selekeh yang lawa.

Bas terus bergerak. Masa juga terus bergerak. Tapi, Irfan rasa ia seperti terhenti seketika bila mata dapat lihat senyum suka Maryam. Entah apa yang Maryam suka sangat pun tak tahu. Ada lah tu benda yang menyenangkan hati gadis itu.

'Sungguh lah kau tak betul dah Irfan. Bila nak luah kalau macam ini teruknya?'

Maryam sembunyi senyum sebelum dia betulkan duduk. Tak tahu apa yang melucukan. Tadi ada teddy bear besar warna coklat je duduk tepi tong sampah besar hijau tu. Entah apa yang lucu. Mungkin sebab dia tengok langit tadi kut.

'Ya? Bukan sebab Irfan suka comel?'

Terus tegak tubuh bila dengar perlian sendiri. Dan sekali lagi tegak tubuh badan sampai dia melompat kecil bila nampak Irfan sedang berdiri pegang bangku berdekatan dengannya.

Dia pandang Irfan dan Irfan pandang dia.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Maryam perlahan. Tak mahu cakap kuat-kuat sebab mana tahu... yang di hadapannya ini hanya satu halusinasi aje. Walaupun dia tak faham kenapa dia perlu berhalusinasi yang Irfan ada di sini pagi ini. Dalam bas ini!

Irfan jongketkan bahu. Tanpa suara, dia angkat beg Maryam dari bangku sebelum dia labuhkan duduk di situ. Selamba. Seselamba dia pangku beg Maryam di atas beg dia selepas itu.

Terkelip-kelip mata Maryam. Ini...

"Irfan?"

"Yes?"

Maryam tutup mulut. Ini memang Irfan dan bukan halusinasi dia. Jika tidak, takde lah makhluk ini bersuara. Dan jika tidak, takde lah perut dia geli macam kena geletek sekarang ini. Pelik. Pelik.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Maryam tanpa nada, cuba menutup suara yang tiba-tiba mahi bergetar sebab teruja.

'Kau nak teruja kenapa?'

"Entah. Yang kau nak teruja kenapa, Yam?"

Mulut ditutup rapat selepas itu. Telan air liur sambil mata membulat pandang Irfan yang dah terkebil-kebil pelik.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now