A59

4.5K 597 28
                                    

SELESAI makan malam bersama Subhi dan Johari, Irfan terus naik ke biliknya. Niat nak mandi sekejap dan shave mukanya yang dah tumbuh bulu-bulu kasar. Tapi, niat itu terbantut bila telefon yang dia biarkan di atas katil sedari tadi berdering kuat minta diangkat. Tak sempat dia nak angkat, dah mati dahulu. Kemudian disusuli dengan notifikasi WhatsApp berturut-turut. Macam dispam. Siapa pula yang gedik nak spam bagai ni? Subhi? Johari? Budak berdua tu bukan boleh percaya.

Irfan nak biarkan sahaja sebab hatinya kuat mengatakan itu adalah daripada kawan-kawannya tapi tiba-tiba telefon itu kuat berdering semula. Ada panggilan masuk. Terus dia ambil telefon itu dengan perasaan jengkel.

5 years

Bila matanya menangkap nama pemanggil di skrin, terus mata membesar tidak percaya. Terkebil-kebil dia pandang sahaja skrin telefon itu tanpa ada niat mahu menjawab panggilan itu.

Panggilan terputus.

"Maryam? Maryam call aku?" Irfan soal diri sendiri, tidak percaya. Biar betul? Dia sedang mimpi ke? Apa urusan gadis itu tiba-tiba nak telefon dia?

Sekali lagi telefon berdering dan tak tunggu lama terus dia gesek skrin telefonnya. Dia tak mimpi. Ini bukan mimpi! Maryam betul-betul tengah menelefon dia sekarang.

Steady.

"Hello." Datar suara memulakan perbualan.

"Finally, kau jawab pun telefon! Kau pergi mana?" Suara Maryam yang seperti menahan geram ditangkap telingan Irfan.

Irfan labuhkan duduk atas katil.

"Pergi bulan, baru balik. Apa Hal kau telefon aku?" Tanya Irfan masih dengan nada datar dia. Steady, Irfan. Jangan tunjuk kau tengah teruja sangat. Buat biasa-biasa aje.

Maryam mengerang geram.

"Kau jangan loyar buruk lah. Kau dah buat salah dengan aku dan aku nak kau bertanggungjawab! Titik!" Serious nada Maryam. Muka dah merah padam tahan marah.

Dahi Irfan berkerut. "Buat salah apa pula? Tanggungjawab apa pula? Aku tak buat apa-apa, tiba-tiba nak bertanggungjawab bagai."

Maryam gelak sinis.

"Boy, you're wrong! Kau dah buat salah besar dan aku rasa nak hempuk-hempuk kau sekarang."

Irfan juga gelak sinis sama macam Maryam.

"Meh datang rumah, hempuk aku."

"I'm serious."

"Well, me too."

Maryam diam tidak bersuara. Irfan juga begitu. Masing-masing nak tenangkan diri.

"Macam ni lah. Bagi tahu aku, what is the problem?" Tanya Irfan berlembut. Dia sinis, Maryam sinis, sampai bila tak selesai kan.

"Kau dah rosakkan beg dan buku-buku aku." Satu nafas dan tanpa nada jawapan Maryam dia dengar.

"Bila pula aku rosakkan? Aku bagi elok-elok kan dalam bas tadi?"

Maryam menggangguk. "Yes and no. Yes yang kau bagi elok-elok tapi no untuk dalam beg tu."

Irfan berkerut tak faham. Bahasa apa pula yang Maryam tuturkan ni sebab satu hapak pun dia tak faham.

"Kau main campak je eh barang-barang atas meja masuk dalam beg aku?"

"Ya."

"Tu salah kau. Sekarang, gam latex dah tumpah habis dalam beg aku dan buku-buku aku dah rosak. Tak boleh nak buka sebab dah melekat kertas-kertas dia. Esok sekolah dan kau boleh bagitahu what is wrong here?" Panjang lebar Maryam memberitahu dan Irfan hanya diam mendengar.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now