A57

4.5K 596 21
                                    

BERNASIB baik. Setibanya mereka di bus stop, bas sedang berhenti mengambil penumpang. Maryam yang Irfan tak tahu keadaannya sudah okey atau belum, ditarik sama masuk ke dalam perut bas. Maryam pula dah macam ada dalam dunianya sendiri, tak sedar apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dalam kepala, tak henti-henti mengulang tayang apa yang dihadapinya dalam Kelas 5-5 tadi.

Irfan menggeleng kecil sahaja melihat Maryam. Terkejut lagi? Lamanya. Dan disebabkan itu, dia jadi serba salah untuk senyum suka sekarang. Yalah, peluang macam ni bila aje akan dapat? Rasa nak bagi hadiah pada Izu tapi rasa nak bagi penumbuk lagi kuat rasanya.

Bas mula bergerak. Irfan yang berdiri di hadapan Maryam yang sedang duduk di kerusi, mula memaut pemegang dan beg sekolah Maryam yang disandang di hadapan badannya, dia betulkan. Maryam yang masih tak sedar dia pandang.

"Woi." Disepak perlahan hujung kaki Maryam dan itu buat Maryam tersentak sedikit. Irfan menjadi wajah pertama yang matanya pandang. Kemudian barulah sekelilingnya.

"Kat mana ni?" Tanya Maryam perlahan, masih lagi memandang ke kiri dan ke kanan. Sekejap cuma sebelum dia pandang lama wajah Irfan yang selamba di hadapannya.

"Obviously, we're in the bus." Dengan kerek, Irfan membalas. Buat Maryam menjeling lelaki itu geram. Sempat pula dia menangkap perlian lelaki itu yang berbunyi : "dah tahu pergi tanya. Cerdik."

"Eh!" Maryam menjerit kecil kemudiannya bila dia sedar akan sesuatu. Irfan dipandang dan lelaki itu hanya bertanya kenapa dengan riak wajahnya sahaja. Tak nak bersuara.

"Barang aku! Aku tertinggal dekat p---" Kata-kata Maryam terhenti bila Irfan dengan selamba tepuk beg yang digalas di hadapan badannya. Maryam dipandang kosong.

Sebab itu dia menggeleng kecil aje dari tadi bila tengok Maryam yang tak sedar-sedar lagi dari rasa terkejutnya. Punya jauh dia seret gadis itu. Dari kelasnya, ke perpustakaan kemudian berhenti di dalam bas. Kalau dia tak sepak tadi, tak tahu bila nak sedar.

"Bila kau ambil?"

"Masa kau tengah buat wayang." Perli Irfan. Beg Maryam dia letakkan atas riba gadis itu. Kemudian pemegang dia pegang semula.

"Kau bawa batu ke dalam beg? Berat semacam aje." Perli Irfan lagi tanpa memandang Maryam. Dia tahu dia sedang terima jelingan tak puas hati gadis itu. Nantilah tengok muka comel yang tak puas hati tu.

Maryam pandang Irfan atas bawah. Nafas lega dia hela bila lihat tiada sebarang luka pada tangan Irfan yang menumbuk Izu tadi. Tapi, dahinya berkerut pelik.

"Beg kau mana?" Tanya Maryam pelik. Lelaki ini bawa beg dia. Beg lelaki itu mana?

"Ada dalam kelas." Selamba Irfan membalas sambil pandang luar tingkap. Dia nampak flat kawasan perumahan Maryam tapi bas tidak berhenti pun. Takde penumpang nak turun di situ kot. Kemudian dia pandang Maryam. Dia pun tak nak turun ke? Biarlah. Gadis itu yang nak balik. Pandai-pandai lah kan?

Irfan pandang Maryam yang sedang pandang tangan sendiri. Nampak macam gadis itu sedang jauh berfikir. Melihatkan itu, Irfan tarik senyum. Tak sangka pula dia akan dapat peluang terbuka begini. Balik sekolah sama-sama dengan Maryam tanpa perlu dia bersembunyi? Wow.

Maryam pandang Irfan. Lelaki itu sedang pandang dia sambil tersenyum. Berkerut dahi melihatnya. Dah kenapa pula dengan lelaki ini pandang dia degan senyum macam tu.

"Woi." Maryam petik jadi di hadapan Irfan dan Irfan tersentak sedikit. Dia berdeham perlahan sambil menguak rambutnya ke belakang.

Maryam? Dia rasa macam nak larikan jemarinya di celahan rambut Irfan. Kenapa lembut dan cantik sangat rambut hitam pekat lelaki tu?

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now