A100

7.4K 655 112
                                    

BAJU-BAJU Aisyah yang sudah siap dilipat Maryam ambil dan masukkan ke dalam luggage yang masih tidak berisi. Satu-persatu dia susun biar kemas dan jimat ruang. Sambil-sambil itu mata menjeling Aisyah berulang kali. Kawannya itu sibuk menyemak senarai barang yang sudah pun dicatat tadi.

"Cah..." Meleret Maryam panggil Aisyah. Dan Aisyah hanya pandang sekilas sahaja Maryan sebelum dia memeriksa kembali barang-barang yang tertulis di dalam senarainya.

"Cah..." Maryam memanggil sekali lagi apabila Aisyah buat tak endah sahaja dengan panggilannya tadi.

"Apa?" Pendek balasan Aisyah. Beg toileteriesnya dibuka dan barang-barang keperluannya diperiksa.

"Kau tak boleh ke balik dengan aku sekali nanti? Duduk aje dulu kat PP ni dengan aku." Maryam memberi cadangan dalam cubaan mengehentikan pemergian Aisyah ke Kuala Lumpur esok.

Tangan Aisyah berhenti dan Maryam yang memandangnya dengan pandangan penuh harapan dia pandang. Keluhan dilepaskan perlahan.

"Kalau dah lama boleh, dah lama dah aku stay, Yam." Aisyah memberi jawapan sebelum dia sambung kerjanya semula.

Jatuh bahu Maryam dengar jawapan Aisyah. Walaupun dah dia sangka itu jawapannya, tapi dengar dari mulut Aisyah buat rasa hampa itu makin menebal.

"Mak kau tak bagi?"

Aisyah angguk. Maryam dia pandang dengan senyuman hambar.

"Lagi satu, aku kena tolong mama lah. Studio tu perlukan orang sekarang." Beritahu Aisyah. Kepala terus membayangkan macam mana dia akan 'berkawan' dengan semua peralatan berkaitan fotografi nanti. Jatuh bahu sekali.

Maryam angguk perlahan.

"Kira dah baik dah mak aku bagi cuti seminggu ni. Ikutkan aku nak duduk lepak kat rumah aje. Tapi, memandangkan aku rindu gila kat kau, aku datang sini." Beritahu Aisyah. Kusyen kecil yang berada di sisinya diambil lalu dilemparkan kepada Maryam. Tepat kena muka tak berperasaan Maryam dan itu buat dia gelak.

Maryam alihkan kusyen dari wajahnya. Selamba, dia baling kembali kusyen kecil itu kepada Aisyah. Tapi macam biasa, Aisyah lagi cepat menangkap sebelum kusyen itu mendarat tepat ke wajah.

Maryam cebik. Dia kembali memasukkan baju-baju Aisyah yang masih berbaki separuh ke dalam luggage.

"Aku tak habis lepas rindu lagi." Omel Maryam perlahan dan omelan itu sampai ke pendengaran Aisyah, buat kerja Aisyah terhenti terus.

Bekelip-kelip mata Aisyah pandang Maryam. Gosok mata sekali dua bila lihat riak wajah Maryam. Maryam tengah pouting guys. Perempuan tu tengah pouting.

Kusyen diambil dan dibaling ke wajah Maryam sekali lagi.

"Ak!" Menjerit Maryam dibuatnya. Bukan setakat itu sahaja, dia juga terjatuh ke belakang.

"Kau pahal hah?!" Marah Maryam. Dia duduk sebelum kusyen dibaling kembali.

"Kau lah pahal! Sejak bila pandai pouting bagai ni? Ini kali kedua aku tengok kau pouting! Kau pahal hah?! Dah lah cakap benda geli-geli!" Selamba Aisyah mengutuk. Kusyen dicampak ke tepi.

Maryam mendengus. Dia buka ikatan rambutnya sebelum rambutnya disanggul tinggi.

"Orang robot salah, orang nak geli-geli pun salah. Apa manusia nak sebenarnya?" Rungut Maryam. Sambil itu jeling Aisyah yang dah tarik sengih dengar kata-katanya.

Aisyah gelak kuat.

"Aku gurau aje lah! Aku pun tak habis lepas rindu kat kau!" Kata Aisyah. Senarai barang sudah dia campak ke tepi sebelum dia pergi memeluk Maryam.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now