A52

4.7K 590 51
                                    

DAH hampir dua minggu berlalu. Sejak kejadian Maryam tolong rawatkan luka Irfan, mereka dah tak bertembung langsung. Tak tahulah kalau ada bertembung, tapi dia yang tak perasan ke macam mana, tapi memang tak nampaklah wajah Irfan. Entah dah surut ke belum lebam biru di mata lelaki itu.

Maryam pandang luar tingkap. Kelas 5-5 yang terletak di blok sebelah dia pandang kosong. Dalam diam, dia mencari Irfan. Cikgu takde. Cikgu mesyuarat. Jadi, takde masalah.

Mata Maryam terkelip-kelip sebelum laju kepala menggeleng. Apa benda dia tengah buat ni? Cari Irfan? Buat apa? Pfft. Buang tebiat. Sudahnya, Aisyah yang sibuk bersembang dengan Hawwa dan Kalilah dia pandang.

Bosan. Entah siapa lelaki bernama Hares yang mereka bualkan ini pun dia tak tahu.

Maryam helakan nafas lemah. Daripada dia kebosanan tak buat apa-apa ni, baik dia cari kerja. Tanpa lengah, dia terus keluarkan dua buah buku rosak yang diambil dari perpustakaan masa rehat tadi dari dalam laci meja. Barang-barang keperluan untuk membaiki buku pun dia keluarkan sekali.

"Eh, eh! Kejap! Kau nak buat apa ni?" Aisyah memegang kejap tangannya yang baru sahaja nak bergerak melakukan kerja.

Tak sempat Maryam nak membalas, laju sahaja tangan Aisyah, Hawwa dan Kalilah merampas barang-barang di atas mejanya. Semuanya berlaku sepantas kilat tanpa sempat dia nak menghalang. Tengok-tengok, di atas mejanya hanya ada pencil box miliknya sahaja.

Aisyah yang tengah tayang senyum senget dia pandang. Sekali lagi, keluhan lemah keluar dari mulut. Tangan dibawa menongkat kepala.

"Aku bosan lah." Luah Maryam.

"Engkau memang bosan pun." Selamba Aisyah berkata. Jelingan tajam Maryam langsung dia buat bodoh aje. Hawwa dan Kalilah dah ketawa kecil.

"Aku nak tidur lah. Nanti, bila cikgu dah masuk, korang kejut aku ya?" Pesan Maryam. Dia dah siap-siap nak sandarkan kepala pada lengannya tapi sekali lagi Aisyah menghalang.

"Sebab tu aku kata kau ni bosan. Janganlah tidur! Meh borak dengan kitorang." Aisyah tarik tangan Maryam.

Maryam julingkan mata ke atas. "Maksud kau, bergossip dengan korang?"

Hawwa dan Kalilah mengangguk laju sebagai jawapan ya. Aisyah aje yang menggeleng.

"Bukan gossip tapi, mengumpul maklumat." Sengih satu kali di akhir kata.

Maryam menggeleng. "Banyaklah mengumpul maklumat." Tangan kembali mentongkat kepala sendiri.

Suasana kelas dia perhatikan. Memang bising. Mentang-mentanglah cikgu semua hadiri mesyuarat. Yang lelaki, sibuk berkumpul di belakang kelas bermain dan bercerita tentang bola. Yang perempuan pula, dua kali Lima aje macam yang Aisyah, Hawwa dan Kalilah buat tadi. Mengumpul maklumat.

"Emm, alang-alang ni. Meh lah kongsi pasal I.D. kau kat kitorang." Aisyah yang mencucuk lengannya mengalihkan pandangan Maryam.

Maryam tayang muka selamba. Wajah teruja kawan-kawannya dipandang. Memang mengumpul maklumat betul. Nak masukkan dalam majalah mana ni?

Maryam senyum senget sikit.

"Dah nak dekat lima tahun. Takkan nak cakap pasal Identity Documents aku lagi, kut?" Jawapan corner baik punya dia bagi. Heh.

Mendengarkan jawapan Maryam, masam terus muka Aisyah. Tak puas hati lah tu. Tengok Hawwa dan Kalilah. Elok aje sengih panjang dengar jawapan dia.

"Kau ni!" Pap! Kena pukul sekali di lengan. Maryam ketawa kecil.

"Sengaja buat-buat tak faham lah tu. Menyampah betul!"

"What? Betul lah kan? Cah, aku rasa I.D. ni dah lapuk lah. Apa kata kita kumpul maklumat pasal F.H. daripada kau." Maryam putarkan kata. Hawwa dan Kalilah dia bagi kenyitan mata sekali. Dan mereka berdua terima dan membalas tanda faham dengan apa yang dia sedang katakan.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now