A32

5.5K 692 16
                                    

PETANG itu, Maryam dan Mueen dapat arahan daripada Puan Nashian untuk hantar baju tempahan yang sudah siap sebelum menghantar bekalan kepada Encik Saidi di tempat lapor. Dan, sebagai anak yang taat walaupun masing-masing penat, arahan itu mereka terima juga dengan hati yang lapang.

"Dah siap ke akak?" Mueen menjerit bertanya dari luar sebaik sahaja dia keluar dari bilik tidurnya. Plastik beg yang berisi baju-baju tempahan sudah pun dia bawa keluar.

Maryam tidak menjawab sebaliknya dia laju menyarungkan tudung bawal di atas kepala. Selempang kiri kanan dan dia sudah siap. Sebelum keluar, telefon sempat dia selukkan ke dalam kocek bajunya.

"Dah. Jom, cepat! Mak, kami pergi dulu!" Jerit Maryam sebelum kunci rumah dia ambil. Takut juga kalau mereka pulang lambat dan pintu sudah berkunci. Puan Nashiah kata nanti malam ada kelas di Surau Al-Muttaqin; surau kawasan perumahan flat ini.

"Ya. Jangan lupa minta bayaran pula, ya?" Pesan Puan Nashiah sebelum mereka berdua keluar daripada rumah.

Maryam dan Mueen jalan beriringan. Beg plastik yang Mueen pegang, Maryam pandang. Tangan pantas mengagau masuk ke dalam plastik beg nak cari buku catitan si emak. Selalunya Puan Nashiah akan tulis nama, alamat dan harga si penempah baju di dalam buku itu.

"So. Kat mana dulu kita kena pergi?" Soal Mueen bila dia lihat buku catitan dalam beg plastik berada di tangan Maryam.

Maryam fokus mencari tempat pertama yang terdekat. Buatnya kena ulang-alik, tak ke makin penat jadinya. Nanti lambat pula nak hantar bekal yang dipegangnya ini kepada Encik Saidi.

"Okey. Blok 005 dulu. Ada dua. Satu kat tingkat tiga, satu lagi kat tingkat dua belas." Beritahu Maryam setelah dia meneliti dan mengatur selama tiga minit.

Mueen mengangguk. Bahu Maryam dipeluk dari tepi sebelum dia menjerit penuh semangat.

"Let's go, sister!"

Langkah kaki makin laju dan itu buat Maryam julingkan mata.

"Tak cool."

"OKEY. Ini rumah yang terakhir. Blok 013, tingkat dua. Nasib baik tingkat dua, Kak Yam!" Kata Mueen penuh dengan rasa syukur. Maryam yang masih lagi cergas di sebelah hanya pandang Mueen dengam gelengan kecil.

"Tak cool lah kau ni, adik. Aku yang perempuan ni tak lembik macam kau pun." Perli Maryam selamba. Kaki berhati-hati mengambil langkah menuruni tangga.

Mueen yang mendengar, elok-elok bongkok badannya, terus jadi tegak. Siap jalan dabik dada lagi tu. Maryam yang melihat hanya simpan senyum.

"Eh, siapa kata aku lembik. Tak, tak! Ever! Jom ah cepat!" Terus Mueen ambil langkah laju menuruni tangga. Sambil itu pegang penghadang tangga selalu. Ceh. Ego tu juga yang dia junjung depan Maryam.

Maryam mengekori langkah Mueen. Setibanya mereka tiba di aras bawah Blok 011, Maryam dapati Mueen dah menuju ke kedai runcit. Itu tak lain tak bukan nak beli air lah tu.

"Ceh." Decit Maryam sebelu dia ambil langkah menuju ke tempat yang sama.

Usai membeli dan berkongsi sebotol air mineral sejuk dengan Mueen, perjalanan mereka diteruskan semula. Kali ini, Mueen betul-betul bersemangat. Dah tak acah-acah nak jaga ego dia macam tadi.

"Betul ek kak. Ini rumah last. Lepas tu kita naik teksi pergi tempat lapor babah." Mueen bertanya inginkan kepastian. Bukan tak percaya pada Maryam yang semestinya tidak akan hilang fokusnya ini, tapi tak salah kan nak pastikan semula. Lagipun, manusia kan kata asalnya daripada lupa juga?

Maryam senyum kecil dan mengangguk.

"Ya, Mueen. Ini rumah last. Lepas ni kita naik teksi terus pergi tempat lapor babah ya?" Kepala Mueen dia usap perlahan namun pantas sahaja Mueen tepis. Malu lah tu.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now