A76

4.4K 633 36
                                    

ELOK sahaja kaki Maryam melepasi pagar besar sekolah, bas dah pergi meninggalkan bus stop dengan asap hitam ekzos yang memenuhi sebahagian kecil ruang udara. Terkaku terus Maryam di situ sambil mata tak berkelip memandang bas yang dah makin menjauh pergi.

"Malang. Maryam malang." Ucapnya perlahan sebelum kaki menghentak sekali dua jalan tar. Tangan pula sibuk pukul perlahan kepala sendiri.

"Tu lah, buang masa lagi dengan Fatimah. Sepatutnya lepas habis hantar buku, terus turun! Ini kan dah kena tinggal! Padan muka!" Maryam mengomel perlahan.

Dengan nafas berat, kaki mengatur langkah semula. Malas mahu menunggu 30 minit lagi untuk bas seterusnya, Maryam ambil keputusan untuk pulang sendiri sahaja. Berjalan kaki semestinya memandangkan dia takde basikal mahupun motorsikal.

Beg di bahu dibetulkan letaknya dan dua buah buku teks yang tak muat nak dimasukkan ke dalam beg, dia peluk erat ke dada. Berjalan pula dengan langkah sederhana laju dan hanya pandang hadapan sahaja. Tak mahu acah-acah nikmati keindahan sekeliling sebab dia nak pulang cepat. Sampai rumah cepat, dia boleh mandi cepat dan berehat cepat. Dah cukup tenaga cepat, bolehlah dia mula buat kerja sekolahnya awal.

Sedang Maryam berjalan sendirian, tiba-tiba sahaja dia diganggu dengan bunyi bising ekzos motorsikal. Kuat dan bingit! Ditambah pula dengan bunyi hon yang tak henti-henti, buat jalan yang dilaluinya itu makin bising.

Maryam menoleh untuk melihat. Ada sekumpulan pelajar lelaki sekolahnya di belakang sana. Mahu tunjuk hero kepada siapa entah sampaikan habis dia pulas enjin. Maka, terhasillah irama yang membingitkan itu. Sumpah Maryam syak ni mesti budak-budak kelas belakang yang baru nak up ni. Kalau tidak, takde lah begini perangainya.

Malas mahu ambil tahu serta malas telinganya disajikan dengan kebingitan itu, laju sahaja Maryam atur langkah. Sesekali tangan naik menekup sebelah telinga dan bila kumpulan bermotor itu lalu di sebelahnya, kaki Maryam terus berhenti. Mata dipejam rapat dan tangan terus naik menekup telinga sendiri.

Mungkin seronok dengan apa yang mereka lihat pada perlakuan Maryam, makin galak pula mereka pulas enjin motor selepas itu. Tambah dengan pakej hon seratus kali lagi. Pergh! Sakit telinga dia tu, cenggini doh! Maha hebat! Sampai Maryam rasa nak angkat kaki pijak tangan mereka seorang demi seorang.

"Memekak aje!" Marah Maryam di bawah nafas bila mereka sudah berlalu pergi. Dah jauh dah depan sana hah, tapi bunyi ekzos masih lagi kuat. Menggeleng Maryam dibuatnya.

Maryam teruskan perjalanan. Baru lima langkah kaki maju ke hadapan, bunyi ekzos tadi kembali datang lagi. Spontan, Maryam mendengus dan menutup telinganya. Kemudian, kaki makin laju mengambil langkah sebelum ia terhenti kembali. Terhenti kerana kumpulan motor tadi berhenti betul-betul di hadapannya, menghalang perjalanannya.

Maryam terkebil-kebil sendiri. Bunyi ekzos dah hilang diganti dengan bunyi siulan mereka pula. Okey... Maryam pandang kiri kanan. Dia seorang sahaja kat sini.

"Ulala! Tengok sikit siapa ni?" Tegur seorang daripada mereka. Maryam kecilkan mata untuk mengecam dan telan air liur terus bila cam yang si menegur itu adalah Izu. Izu yang pernah nak pukul dia guna batang penyapu dulu.

Izu senyum sinis. "Takut ke cik kak? Hero mana, hero?"

Maryam telan air liur. Izu dan kawan-kawannya yang dah naik tarik senyum sinis sekali. Maryam rasa pening terus dan menggigil terus. Sudah lah mereka semua bau rokok.

"Woi!" Jerkahan Izu membuatkan Maryam tersentak takut. Bulat mata pandang Izu yang dah berwajah marah.

"Aku tanya kau, kau pekak ke?!" Izu menjerkah lagi. Sakit hatinya bila Maryam hanya diam membisu. Sama sahaja perangai macam Irfan.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now