A88

4.6K 617 29
                                    

AISYAH hilang dari radar. Terpusing-pusing kepala mencari batang tubuh Aisyah dalam keramaian pengunjung pasar malam. Tapi, macam sia-sia sahaja perbuatannya itu sebab memang tak jumpa. Entah Aisyah sudah ke hadapan, atau sudah ke belakang. Nak menelefon, telefonnya sudah habis bateri pula.

Maryam hela nafas lemah. Terus dia bawa kaki berjalan tanpa arah. Ke hadapan yang pasti. Mana tahu, Aisyah dah makin ke hadapan. Kalau baik nasibnya, dapatlah dia berjumpa kawannya itu.

"Dia ni pun satu lah. Tahulah makanan tu bae. Tapi, janganlah tinggal aku." Omel Maryam perlahan sambil mata memandang kiri dan kanan, cuba mencari makanan yang menangkap seleranya.

Malas dah nak mencari Aisyah, Maryam ambil keputusan untuk beli makanannya sendirian. Dan bila matanya nampak sebuah khemah yang menjual apam balik, terus kaki laju membawa langkah ke situ.

Kiri kanan dipandang sekilas. Ramai juga pelanggannya. Mesti sedap. Tanpa lengah, Maryam terus memberi pesanannya apabila penjual itu bertanya kepadanya.

"Apa balik biasa dua." Jawab Maryam dengan senyuman kecil.

"Tambah lagi dua ya, bang." Suara yang menyampuk di belakangnya buat badan Maryam kaku terus.

"Empat lah ni. Bayar sekali ke?" Tanya abang penjual itu. Maryam dipandang meminta jawaban. Tapi, bila lihat Maryam yang kaku itu, Irfan dipandang pula.

"Ya. Bayar sekali." Jawab Irfan. Maryam yang berdiri di hadapannya dia pandang dengan menggeleng kecil.

"Kaku aje kerja." Dalam Irfan berdiri,  dia berbisik perlahan tapi yang perlahan itu sampai juga ke telinga Maryam.

Maryam telan liur.

"Tunggu sekejap ya. Nak siapkan order yang lain dulu." Makluman abang penjual itu buat Maryam mengeluh. Barisan di sebelah kirinya dipandang. Ramai lagi. Dalam lima orang begitu. Itu pun tak tahu berapa keping setiap seorang itu beli. Dia dan Irfan punya sahaja dah empat. Yang lain?

"Emm, bang. Saya jalan depan dulu lah. Nanti saya datang ambil." Beritahu Maryam. Dan bila dia dapat kata okey daripada abang penjual itu, terus dia menoleh mahu ambil langkah pergi dari situ. Niat di hati mahu cari cendol pandan yang dia selalu beli apabila datang ke sini.

Menoleh sahaja, tepat terus mukanya tersembam di dada Irfan. Terkejut dia dan tanpa kata terus dia menjauh. Disebabkan ruang yang sempit dan sesak, jaraknya dan Irfan tidaklah jauh mana.

Air liur ditelan dan dada dah mula berubah rentak. Laju kepala mendongak memandang Irfan. Nak tercabut jantung bila nampak wajah Irfan yang boleh kata agak rapat juga. Bagi dia rapat sebab dia tak pernah serapat begini dengan mana-mana lelaki.

Irfan tarik senyum kecil. Wajah Maryam ditilik dan tilikan terakhirnya berhenti pada mata bulat Maryam yang nyata masih terkejut lagi memandangnya.

"Nak pergi mana?" Soal Irfan perlahan. Kening dijongket sedikit.

Maryam turunkan pandangan. Bahaya. Sangat bahaya. Kedudukan mereka, Irfan, senyum Irfan. Semualah bahaya!

"Sana." Sepatah Maryam berkata. Ikutkan hati mahu sahaja menolak ke tepi batang tubuh Irfan tetapi ruang sekarang tak mengizinkan. Kiri, kanan dan belakang penuh dengan manusia. Kalau dia menolak, pasti akan ada yang terkena tempiasnya.

Irfan membongkokkan badan, menyamakan tingginya dengan tinggi Maryam. Dan bila wajah mereka berhadapan, dapat dia jelas mata Maryam yang membulat kembali. Bibir gadis itu pun dah dikemam. Macam menahan nafas pun ya juga.

"Nak pergi mana?" Tanya Irfan sekali lagi.

Maryam telan liur. Tak tahan dah, terus dia pusing ke hadapan semula. Sesak! Sekarang bukan pasar malam ini sahaja yang sesak, dia pun ikut sesak sama. Semua sebab Irfan kat belakang dia ni.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now