A58

4.5K 630 83
                                    

JUS Oren yang dihulurkan Irfan, Maryam sambut. Perlahan-lahan dia meneguk Jus Oren itu sambil mata tak lepas pandang Irfan yang dah bergerak ke sinki. Lelaki itu membasuh tangannya kemudian tangan yang basah itu dilap dengan kain yang disangkut pada penyangkut di dinding. Tak lepas mata Maryam memandang tingkah lelaki itu.

"Kau nak makan apa?" Tanya Irfan tanpa memandang Maryam. Dia sibuk menjerang air.

Maryam diam berfikir sebelum bersuara.

"Ikutlah. Aku telan aje semua benda." Jawapan Maryam buat Irfan yang membelakangi gadis itu, senyum kecil.

"Kalau macam tu, kau duduk luar, pergi ragut rumput." Irfan bergurau kasar dan itu tebitkan dengusan kecil Maryam.

"Aku balik makan kat rumah lah." Entah kenapa nak terasa hati. Gedik. Tapi Maryam sedapkan hati dengan alasan takut Puan Nashiah marah, dan bukan kerana gurauan Irfan tadi.

Terjongket kening Irfan. Pantas dia bergerak menghalang Maryam keluar dari ruang dapur itu. Melihatkan Maryam yang malas memandangnya, tanpa paksa senyum kecil terukir.

"Aku gurau aje lah. Duduk, aku masakkan something." Kata Irfan. Dia terus tolak perlahan Maryam kembali ke meja pulau.

Maryam hela nafas malas sebelum dia labuhkan duduk semula. Bukan sebab terpujuk atau apa, tapi sebab memang dia dah lapar betul sekarang. Perut dah bising berbunyi minta diisi ni.

Irfan bergerak pergi mahu mulakan kerja. Kabinet makanan dia buka dan dua mangkuk Mee segera dia bawa keluar. Perisa kari.

Menoleh, dia pandang Maryam yang diam menilik ruang dapur rumahnya.

"Flavour Kari. Kau makan?" Soal Irfan. Tak dapat lagi pun persetujuan Maryam, tapi dia dah dahulu membuka aluminium yang menjadi penutup mangkuk plastik Mee segera itu.

"Makan." Balas Maryam sepatah. Dia kembali pandang Irfan. Belakang badan lelaki itu dia pandang tak lepas. Tegap. Tinggi. Lelaki memang begini ya?

"Tinggi kau berapa?" Tanya Maryam memecahkan bisu antara mereka.

"179 cm."

Maryam mengangguk. Beza banyak betul dengan dia. Lebih kurang 20 cm juga bezanya. Patut pun dia paras dada lelaki itu aje. Jenuh tengkuk nak pandang.

"Berat kau?"

Irfan menggeleng kecil. "Yang kau sibuk nak tanya buat apa? Kau nak dukung lambung-lambung aku ke?" Tanya Irfan sinis. Dia tak pandang langsung ke arah Maryam.

Maryam mencebik. Tanya pun salah.

"Kau tinggal sorang?"

Irfan terdiam. "Hari ni tak."

Dahi Maryam berkerut mendengar jawapan yang dia terima.

"Hari ni tak?"

Irfan berpaling pandang Maryam. Dua mangkuk Mee segera dibawa menghampiri meja pulau. Satu diletakkan di hadapannya, dan satu lagi diletakkan di hadapan Maryam.

"Subhi nak tidur sini." Jawab Irfan sebelum dia bergerak ke peti sejuk. Sekotak Jus Oren dibawa keluar. Tanpa Maryam minta, dia dah tuang dulu isi kotak jus itu ke dalam gelas kosong Maryam.

Maryam mengangguk. Tak mahu bertanya lanjut sebab nampak riak malas Irfan nak menjawab. Lagipun, dia takde lah curious sangat nak tahu pasal lelaki ni. Tadi tu, sekadar berbasa- basi aje.

Irfan labuhkan duduk di hadapan Maryam dan wajah gadis itu dia pandang. Dia nak tanya sesuatu.

Maryam kemam bibir. Rasa hangat wajah ditenung. Kening bergerak sebagai isyarat bertanya kenapa.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now