A5

8.6K 792 7
                                    

CONTENGAN dua huruf itu dipandang tanpa henti. Tangan pun tak henti-henti menconteng dua huruf yang sama itu berulang kali. Buku latihan Matematiknya itu dah jadi macam buku conteng pula. Mati kalau Miss Dila tahu. Cikgu muda itu dah lah pantang buku diconteng sesuka hati.

Maryam ketap bibir bila dia sedar akan perbuatan yang membuang masanya sekarang. Terus pemadam dia capai sebelum bucu pemadam itu digesek laju pada kertas. Hilang sedikit demi sedikit contengan dua huruf tadi.

"Hah! Buat apa tu!" Sergahan Mueen buat Maryam terloncat sedikit dari duduknya. Terus jelingan tajam dihadiahkan buat adiknya yang tak beriak itu.

Mueen terus masuk menghampiri Maryam yang sambung memadam sesuatu di buku. Kepala dijengah sikit ingin melihat.

"I D?"

Maryam angkat muka. Mueen dipandang sebelum dia tutup buku latihannya. Sambung padam bila Mueen dah keluar dari biliknya. Cari nahas namanya kalau teruskan aktiviti tadi.

Mueen jongket kening. Pelik dengan Maryam yang tiba-tiba gelabah.

"Pahal kau ni?" Tanya Mueen pelik.

"Pahal apa? Kau yang pahal datang menempel depan meja aku ni. Nak apa?" Tanya Maryam. Dia cuba beriak selamba. Tapi, macam tak jadi aje sebab Mueen dah pandang dia lain macam.

Err...

"Takde apa-apa, keluar." Suara veto seorang pemilik bilik dikeluarkan. Masa tu, baru Mueen gelabah tunjukkan buku latihan Komsas yang dibawa bersamanya. Tahu takut!

Maryam mengajar Mueen sedikit berkenaan soalan yang tidak adiknya fahami sebelum dia melihat sahaja kerja adiknya. Lebih tepat, tengok tulisan Mueen.

Kemas.

"Cantik ek tulisan kau?" Puji Maryam tiba-tiba.

Mueen pelik. Terus tangan berhenti menulis dan wajah diangkat memandang Maryam yang tidak beriak. Entah puji ikhlas ke tak kakak dia ni.

"Kau pelik lah kakak." Komen Mueen pendek sebelum dia sambung semula menulis jawapan di dalam buku latihan.

Maryam pandang Mueen kosong sebelum dia pandang tulisan Mueen semula.

'Kemas dan cantik macam I.D.' Bisik hati kecil Maryam.

Eh, kejap...

Badan Maryam tegak.

'Aku tengah fikirkan pasal stranger ke sekarang?'

Mueen perhati sahaja Maryam. Sumpah. Dia berani kerat jari kata Maryam pelik malam ini. Apa kena demgan kakak tunggal dia ni?

"Kau demam ke?" Spontan tangan Mueen naik menyentuh dahi Maryam.

"Tak demamlah." Maryam tolak tangan Mueen jauh dari dahinya.

'Tapi, mungkin gila. Aku kena sampuk hantu mana ni?'

"Kalau tak demam, tak payah lah buat perangai pelik-pelik..." bebel Mueen. Bibir dicebik. Setelah itu dia sambung menulis semula.

Maryam diam. Bagai angin lalu aje dia dengar bebelan Mueen..

"Mueen."

"Hmm." Sahut Mueen tanpa angkat muka.

"Kau pernah tak dengar ayat macam ni."

Mueen angkat muka. Banyak cakap pula Maryam malam ni. Selalunya senyap. Makan buntut ayam ke apa?

"Kerja sekolah kau ke?" Tanya Mueen. Sedikit sebanyak, dia suka pula dengan sisi banyak cakap Maryam ni. Hehehe.

Mata Maryam terkebil-kebil. Nak menipu tak reti.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now