A63

4.5K 544 47
                                    

MALAM itu, mereka empat sekawan melepak bersama-sama di rumah Irfan. Party Food Panda 2.0. Dan sekarang, malam dah menginjak ke pagi. Dari hari Ahad, bertukar kepada hari Isinin. Lagi tujuh jam, masing-masing perlu ke sekolah. Tapi, itu lah. Masing-masing masih segar lah. Masing-masing masih pegang kata-kata malam masih muda. Sebab tu mereka riuh sahaja di ruang tamu besar rumah Irfan ni. Nak melepak di luar, bising bunyi lolongan anjing-anjing pula nanti. Bukan boleh tengok orang senang sikit. Heh.

Kepingan pizza yang terakhir di dalam kotak, Johari ambil dan dia mengunyah perlahan. Satu persatu wajah kawan-kawannya dia pandang. Masih segar. Agaknya dia seorang sahaja kut yang mula rasa nak tumbang.

"Woi... Tak nak tidur ke?" Tanya Johari. Mulut mengunyah tapi badan dah landing atas karpet gebu berbulu. Tak senonoh.

Irfan dan Heng yang sibuk bermain games tak menoleh langsung pandang dan menjawab soalannya. Makin rough dengan sorakan untuk diri sendiri ada lah.

Johari malas nak mengulang soalan. Kemudian dia pandang Subhi. Lelaki itu pula tengah scroll skrin telefon dengan gitar Irfan dipeluk longgar. Entah mencari apa.

Johari kebosanan. Gigitan dia ambil lagi sambil mengunyah malas. Mata dah pejam-celik, pejam-celik dengan kelajuan yang sangat lambat. Macam unta.

"Yes! Heng! Loser!" Irfan bersorak gembira bila dia dapat kalahkan Heng buat kali ke seratus lima puluh juta. Dia siap buat dance ceremony lagi di situ.

Geram, Heng campak console di tangan ke lantai. Nampak Johari punya pizza, terus dia merampas geram. Gigit, kunyah dan telan! Irfan yang masih berjoget dia jeling tajam.

"Kau ni... Pizza aku tu." Tak puas hati Johari bersuara. Dari berbaring, dia mula duduk. Belakang badan disandarkan pada sofa tempat Subhi labuhkan duduk.

Subhi mengintai. Kaki yang ditindih Johari dia angkat dan dengan selamba dia labuhkan pada bahu lelaki itu. Tak ambil peduli jeling tajam Johari.

Johari merengus kuat. "Irfan, kau tengok ayang kau ni. Tak senonoh buat perangai." Adu Johari gedik seraya menolak jauh kaki Subhi dari bahunya.

Irfan buat tak dengar. Air Pepsi dia teguk terus dari botol. Mata pandang skrin TVnya dan punat console di tangan dia tekan. Nak sambung main games semula.

"Joe, jom." Ajak Irfan.

Johari menggeleng malas. Dia menguap besar-besar kononnya nak tunjuk dia dah mengantuk.

"Behi, jom lawan aku. Kau dari tadi duduk aje. Melayan perasaan ke apa?" Irfan mengajak Subhi pula. Kawannya itu dipandang.

"Betul, meh. Kau manyak diam hari ini. Pagi tadi okey aje." Heng bersetuju. Peha Subhi ditepuk perlahan.

"Macam orang putus cinta. Tapi yang peliknya, kau tengah bercinta ke?" Spekulasi dibuat oleh Johari.

Mendengarkan itu, Irfan terus tunjal kepala Johari perlahan. Beriak pelik terus kawannya itu. Yalah, takde angin takde ribut, tiba-tiba kena tunjal sekali. Apa masalah?

"Kau lagi pelik. Macam mana tahu dia tengah putus cinta kalau kau tu bercinta pun tak pernah. Cinta kau reti eja ke tak pun aku tak tahu." Irfan mengejek dan Heng hanya bagi thumbs-up aje.

Subhi senyum kecil. Telefon dia letak di tepi dan kawan-kawannya dipandang. Lagi-lagi Irfan.

"Melampaulah kalau tak reti mengeja. C-H-E-N-T-A. Cinta. Betul kan?"

Dan sekali lagi kepalanya jadi mangsa tunjalan Irfan.

"Bodoh sangat kau ni. Tingkatkan usaha lagi." Komen Heng sambil menggeleng. Air Pepsi disisip dari gelas seraya memandang Subhi.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now