A6

7.9K 835 17
                                    

MARYAM dah berlari-lari anak menghampiri pokok renek yang menempatkan botol air miliknya dan Aisyah. Ajakan Aisyah yang tak henti dari tengah padang langsung tidak dia endahkan sebaliknya, bila dia sampai sahaja pada pokok renek, terus badan disandarkan lemah.

"Oh, come one, Yam! Baru lapan minit kut PJK ni mula!" Aisyah menjerit kuat sambil berlari ks arahnya. Tak endah langsung beberapa pasang mata yang dah memandang.

"Entah, Yam! Sado lah sikit!" Imani menjerit pula menyokong Aisyah yang dah berdiri depan dia.

Maryam geleng laju dengan muka tak berperasaan. Dahi yang dah penuh dengan peluh dilap guna hujung lengan baju sukan putihnya.

"Tak nak. Dah penat." Maryam menggeleng. Dia tendang-tendang tanah menghalang Aisyah yang nak paksa dia ke tengah padang semula.

Sukan pun boleh buat cool dia tenggelam dalam bumi. Tak suka!

Aisyah mengeluh lemah. Dia pandang geram sahaja dengan Maryam yang dah gogok air dari botol birunya.

"Dasar lemah!" Kutuk Aisyah selamba sebelum dia berlari ke tengah padang semula. Malas mahu melayan. Boleh terbuang masa memujuk Maryam. Sudahnya langsung tak dapat nak bersukan.

Maryam tarik senyum kecil bila lihat Aisyah dah berlari pergi. Yes! Tak payah bersukan!

"Ya, aku lemah. Aku perlukan rehat." Balas Maryam. Namun balasan itu hanya dia sahaja yang mampu dengar sebab dia cakap macam berbisik. Cet.

Air digogok lagi sampai tinggal separuh air dalam botol. Lepas tu ambil buku notanya, dan kibaskan ke muka.

"Heee..." Tersengih sekejap Maryam bila rasa angin yang terhasil dari kibasan buku nota tadi menghasilkan angin.

Fokus Maryam seratus peratus tertumpu pada kibasan buku nota. Dia perlukan angin. Namun, sekali lagi fokusnya terganggu bila dia rasa macam ada sepasang mata sedang memandangnya. Terus kepala dikalihkan ke kanan sebab dia dapat rasa pandangan itu datang dari arah kanannya.

Muka tak beriak, Maryam paparkan bila matanya menangkap dua batang tubuh pelajar lelaki sedang berbaring di atas tanah. Pelajar Kelas 5. Nampak macam nyenyak aje tidur jadi, tak mungkin mereka yang pandang dia.

Mata Maryam bergerak lagi. Tidak jauh dari dua pelajar tadi, ada dua orang pelajar perempuan Kelas 5 sedang berbual rancak. Takde tanda-tanda macam mereka pandang dia.

"Aduh... siapa pandang aku ni?" Maryam garu dahi yang tidak gatal.

'Hantu...'

Maryam pantas geleng laju. Dia sehabis mungkin menidakkan imaginasi liarnya.

"Siang-siang takde hantu!" Maryam yakinkan diri sendiri.

Dia kena fokus! Buku nota dibuka dan tulisan sendiri dibaca. Fokus diberi sepenuhnya sampailah dia rasa seperti ditarik keluar dari padang ini, masuk ke alam lain. Masuk ke alam yang penuh dengan nombor dan formula.

Dan fokusnya ketika membaca itu terlalu dalam sampai tak terasa ada sepasang mata yang dah kembali memandang ke arahnya semula.


TAWA sinis yang dia dengar dari sisi kirinya langsung dia tak peduli. Mata tetap memandang gadis yang sedang membaca sambil bersandar pada pokok renek itu.

Dari kejauhan, dia tilik wajah gadis itu. Dari matanya... jatuh pada hidungnya... turun lagi pada pipinya yang rasanya lembut macam pau... turun lagi pada bibir yang sedikit terbuka itu.

Sempurna betul ciptaan Tuhan.

"Aku still tak dapat nak brain lah. Kau, jadi pengecut sebab perempuan gila buku tu aje?" Suara Subhi yang sibuk memerli sekali lagi dibiarkan berlalu begitu sahaja. Daripada lawan mulut dengan Subhi, baik dia tilik wajah Maryam sepuas-puasnya.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن