ADORE

7.5K 635 139
                                    

LUGGAGE milik Aisyah dibawa keluar dari bonet teksi. Aisyah yang sedang membayar tambang teksi kemudiannya dia pandang. Selesai sahaja kawannya itu dengan urusan pembayaran, Maryam terus tarik beg luggage Aisyah ke tepi teksi. Sekali gus memberi ruang untuk teksi itu pergi tanpa rasa beban.

"Dah, jom." Ajak Aisyah seraya luggagenya bertukar tangan. Serentak dengan mereka berjalan, luggage bag itu ditarik masuk ke dalam kawasan masuk lapangan terbang.

"Semua dah ada ke? Takde yang tertinggal?" Tanya Maryam. Aisyah dia pandang sekilas.

Aisyah senyum. Sebelah tangan memeluk bahu Maryam dari tepi. Kemudian bahu itu ditepuk perlahan.

"Dah ada lah. Kau ni... Yang nak risau sangat kenapa? Aku ni balik KL aje. Lagi sebulan kita jumpa semula kut. Kalau ada yang tertinggal pun, kau boleh bagi bila kau balik KL nanti." Kata Aisyah. Kepalanya menggeleng kecil.

Maryam mencebik.

"Takde mana aku nak beratkan beg aku bawa balik barang kau. Baik kau datang sendiri ambil." Balas Maryam. Pelukan Aisyah pada bahunya dileraikan. Rimas.

Aisyah gelak sahaja seraya tangan ringan memukul lengan Maryam. Tak ambil muka berkerut muka Maryam akibat sakit dipukulnya.

"Ayat cover. Cakap ajelah nak aku datang lagi teman kau kat sini. Berat beg konon." Aisyah memerli. Sekali lagi lengan Maryam dipukul sengaja, buat dahi Maryam tambah berkerut.

"Kau faham tak maksud sakit. Berhenti pukul aku." Laju tangannya menepis pukulan Aisyah.

Aisyah gelak.

"Eleh. Tak payah acah lah. Satu minit aku masuk balai berlepas, kau dah rindu dah aku yang pukul lengan kau ni." Sengaja Aisyah nak menyakat. Lengan Maryam dicucuk.

Maryam menggeleng sahaja. Tak mahu membalas apa-apa kerana apa yang Aisyah kata ada betulnya. Dia tak puas lepas rindu melepak dengan Aisyah dan kawannya pula dah nak pulang ke Kuala Lumpur semula. Apa yang dia boleh buat sekarang adalah tahan hati dan nikmati aje detik-detik annoying Aisyah bersamanya.

"Oh, tu diaorang! Kauorang!" Aisyah menjerit kecil sebelum melambai ke hadapan buat Maryam menoleh memandang ke arah yang Aisyah pandang. Seketika langkahnya terhenti sendiri, tak boleh maju ke hadapan.

'Macam mana aku boleh lupa yang diaorang pun ada sekali?' Maryam menyoal diri sendiri. Terbayang kembali dia 'bervideo call' dengan Irfan semalam. Tak pasal-pasal hari ini dah kena hadap tuan punya badan itu.

"Yam!" Panggilan Aisyah menyentakkan Maryam. Kawannya itu dia pandang sebelum dia kembali melangkah semula. Perlahan sahaja. Kalau dia ada kuasa boleh bertukar rupa, dia pilih untuk jadi siput sekarang. Biar lambat dia bersemuka dengan Irfan.

"Dah lama ke kauorang sampai?" Tanya Aisyah sebaik sahaja mereka berdiri di hadapan empat orang lelaki itu.

Maryam hanya diam. Dia pandang sekeliling tapi entah kenapa akhir sekali mata dia mesti terhenti pada Irfan yang beriak selamba tidak memandangnya.

Kepala digeleng perlahan dan bibir dikemam rapat.

'Tak cool, Yam. Buat biasa dah lah.' Bisiknya pada diri sendiri.

Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Okey, Maryam dah sedia nak buat biasa seperti yang diarahkan hatinya. Pandangan diangkat dan dihalakan ke hadapan.

Subhi yang sedang bergelak ketawa dengan Heng dia pandang. Entah apa yang kelakar pun dia tak tahu. Kemudian mata pandang Johari pula yang sedang berbual dengan mereka.

"Nak pergi mana-mana dulu ke? Ada lagi sejam sebelum flight kita." Pertanyaan Aisyah buat Maryam pandang kawannya itu.

"Emm." Johari pandang kawan-kawannya meminta jawapan, buat mata Maryam turut memandang kawan-kawan lelaki itu juga.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now