A89

4.8K 670 116
                                    

DAH jam 1 pagi tapi mata Maryam masih belum lelap. Aisyah yang sudah pulas tidur di sebelahnya dia pandang sambil menggeleng kecil. Penat sangat agaknya kawan dia yang seorang ini. Sampai tidur pun berdengkur macam ni.

Maryam kalihkan tangan Aisyah yang mendarat di perutnya. Kemudian, penuh perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya dan berhati-hati dia turun dari katil. Tak mahu bangunnya ini mengganggu Aisyah. Bila dah turun dari katil, Maryam pandang Aisyah. Selimut di badan kawannya itu dibetulkan sebelum dia keluar dari bilik. Nak pergi tandas.

Selesai sahaja qada' hajat di tandas, Maryam tidak terus masuk ke dalam bilik tetapi kakinya melencong ke bilik stor. Dia mahu bawa keluar comforter miliknya yang masih belum diguna sejak dia menumpang di rumah Cik Noni ini.

Sudah jumpa comforternya, barulah Maryam berlalu ke bilik tidurnya semula. Penuh cermat dia bentangkan comforter sebelah katil. Tak mahu kejutkan Aisyah.

Biar dia tidur bawah. Tidur berdua di katil bujangnya muat sahaja. Tapi bila dia fikirkan keselesaan Aisyah yang penat jadi pelancong hari ini, dia rasa kasihan. Jadi biarlah Aisyah sahaja seorang yang tidur di atas katil.

Bantalnya diambil begitu juga dengan telefonnya. Letak atas comforter yang sudah pun dibentang dan dia terus baring kemudiannya. Aisyah yang dah tidur dengan ganas atas katil dia pandang.

Lagipun, dia rasa dia kena berterima kasih dengan Aisyah. Mungkin dia dah tak betul cakap macam ni. Tapi, biar sekejap. Dia semacam rindu dengan apa yang dia rasa tadi dan kalaulah tiada Aisyah, mungkin dia tak akan dapat rasa apa yang dia rasa tadi.

Maryam menggeleng kecil. Berbaring terlentang, tangan naik menekup muka. Tapi, bibir tak tertahan menarik senyuman kecil.

"Apa benda lah kau ni, Yam." Dan peristiwa petang tadi masuk terus bermain dalam kepala.

IRFAN pandang Maryam, Maryam pandang Irfan. Pak Cik Beca yang masih tersenyum kepada mereka kemudiannya dipandang.

"Err..."

"Takpe, pak cik bagi murah. Alang-alang pak cik nak ke surau solat Maghrib lepas ni, mari lah pak cik hantar adik." Pujuk Pak Cik Beca itu. Beca yang dihiasi dengan fairy lamp yang sangat cantik ditunjuk. Sesekali tangan bergerak menggamit mereka.

Maryam senyum kekok. Irfan dia pandang meminta keputusan. Tapi, kejap. Kenapa nak kena minta keputusan Irfan pulak? Lelaki ni siapa.

Pandangan biasanya dah bertukar kepada pandangan judging. Atas bawah dia pandang Irfan dan bila mata mereka bertembung pandang, terus dia mencerlung tajam lelaki itu.

Irfan pelik dengan pandangan Maryam tapi dia buat endah sahaja.

"Jom lah. Diaorang dah tunggu. Nanti bising kena bebel." Irfan mengajak. Kaki dia dah menapak menghampiri Pak Cik Beca yang dah makin tarik senyum.

"Ha, mari-mari." Pak Cik Beca itu dah tolak ke hadapan becanya, mengeluarkannya dari tempat parkirnya.

Irfan dah selamat duduk di tempat pemumpang dan Pak Cik Beca pun dah naik basikal tuanya yang nampak masih kuat lagi. Kedua-duanya memandang Maryam yang masih berdiri di tempat tadi.

Pak Cik Beca memandang Irfan yang tak berkelip pandang Maryam dengan pelik.

"Tu... Isteri muda tu tak nak naik ke?"

Terkejut dua-dua bila dengar panggilan Pak Cik Beca itu kepada Maryam. Kalau Irfan pun dah terkejut, Maryam apatah lagi. Bukan setakat terkejut, kekok terus dia. Malu pun ada juga.

"Apa benda pak cik ni? Aku nampak macam bini orang ke?" Omel Maryam di bawah nafasnya. Pak Cik Beca yang sedamg tarik sengih itu dia pandang tidak puas hati.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now