ADORE ; FUTURE 8

3.5K 306 48
                                    

NASI GORENG yang sudah siap dimasak, Maryam pindahkan daripada kuali ke dalam mangkuk kaca. Dengan senang hati, sarapan buatnya dan Irfan dibawa ke meja makan. Tak lupa juga Maryam untuk susun dua mangkuk di meja makan. Bila air teh panas sudah siap dibancuh, Maryam mengerling ke arah jam di dinding.

Dahi sedikit berkerut. Pelik juga bila rumah mereka sepi sahaja. Selalunya pagi-pagi ini pasti riuh sedikit rumah dengan suara Irfan yang minta disiapkan. Ambilkan stokin lah, pakaikan tali leher lah, butangkan kemeja lah. dan macam-macam lagi. Nak kata tak reti, dah besar panjang. Lebih sesuai kata nak mengada aje dan melambatkan kerja Maryam yang sepatutnya menyiapkan sarapan mereka berdua.

"Fan?" Maryam memanggil dari meja makan. Pintu bilik yang separa tertutup dipandang, berharap Irfan keluar dari situ.

Dahi makin berkerut bila panggilannya tiada sahutan.

"Irfan Daniel?" Maryam memanggil sekali lagi. Kali ini, kaki bergerak sama menuju ke bilik tidur. Apron dibuka dan disangkutkan di kerusi.

Pintu bilik ditolak perlahan dan kepala menjengah sedikit ke dalam bilik. Menganga sedikit dia bila lihat Irfan yang sedang elok berbaring di atas katil dengan wajah yang tenang. Tak menunggu lama, Irfan terus dihampiri dengan tangan mencekak pinggang.

"Ya Allah! Bertuah punya Irfan Daniel." Kepala menggeleng dan Irfan yang nyenyak tidur di katil dihampiri.

Wajah nyenyak Irfan dipandang. Tiba-tiba tak jadi pula nak marah lihat raut wajah yang tenang itu. Pejam mata, Maryam tahu dia dah head over heels kepada Irfan. Tengok Irfan tidur pun dada dah berdebar kecil. Mungkin sebab masih ada lagi saki baki tak percaya yang dia sudah menjadi hak mutlak seorang Irfan Daniel.

Apa-apa pun, Maryam perlu juga sedarkan diri dan juga sedarkan Irfan. Lelaki itu sudah lambat ke pejabat.

Perlahan-lahan Maryam labuhkan duduk di sisi katil. Wajah tenang Irfan ditatap sebelum jari naik mencucuk rusuk Irfan. Cucukan pertama, Irfan belum beri riaksi. Jari Maryam bergerak mencucuk lagi rusuk Irfan dan kali ini baru nampak dahi Irfan berkerut sedikit. Tak suka bila lenanya diganggu.

Maryam kuntumkan senyum kecil. Mula lah dia merapat dengan telinga Irfan. Mahu ganggu sampai Irfan betul-betul sampai Irfan bangun. Tapi bila sedar yang Irfan dah lambat untuk layan gurauannya, Maryam putuskan untuk kejut sahaja Irfan seperti biasa.

"Boy." Maryam memanggil sambil menepuk perlahan lengan Irfan. Kepala menggeleng kecil. Boleh pula lelaki ini tidur nyenyak. Walhal dah sarung kemeja kerja. Buat kedut baju aje lelaki ini.

Irfan diam lagi, tidak beri apa-apa reaksi.

"Boy." Kali ini Maryam raup pula rambut Irfan dengan lembut dan senyum bila lihat mata Irfan sedikit terbuka. Kuyu mata itu memandang ke arahnya. 

"Yummy." Serak-serak basah suara Irfan menyahut. Tangan Maryam yang tak sudah-sudah mengelus rambutnya lembut dicapai dan digenggam erat.

Bila Irfan berbuat begitu, terus dahi Maryam berkerut. Bukan kerana pelik dengan perlakuan Irfan, tetapi pelik dengan kehangatan yang dirasakan sekarang. Irfan yang seperti mahu kembali lena itu dipandang dengan rasa risau.

Tanpa kata, tangan Maryam yang bebas terus menekup dahi Maryam. Dan rasa risau Maryam terus bertambah.

"Boy. Boy okey tak ni? Kenapa panas ni?" Soal Maryam dengan nada risaunya. Tak henti-henti tangan Maryam bergerak menyentuh tubuh Irfan. Daripada dahi, turun ke leher dan akhirnya tanpa rasa malu terus masuk menyentuh dada Irfan. Keputusannya sama. Badan Irfan panas.

Irfan berkerut-kerut bila tangan sejuk Maryam menyentuh badannya. Namun, dibiarkan sahaja Maryam. Dia sudah tahu keadaan dirinya. 

Entah kenapa dari Subuh tadi badannya kurang sedap. Kepala pun pusing sahaja. Ingatkan benda biasa bila pagi-pagi. Jadi didiamkan sahaja. Tapi, selepas mandi tadi badannya sudah mula rasa lain macam. Rasa sejuk dan kepala jadi makin pusing. Itu yang dia ingat mahu lelap seketika.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now