A78

4.3K 595 30
                                    

PINTU bilik yang dibuka dari luar membuatkan Maryam alihkan pandangan dari skrin telefonnya. Senyum kecil dia bila dengar suara mendayu-dayu kawan-kawannya yang datang melawat. Ada Aisyah yang sememangnya wajib datang. Ada Hawwa, Kalilah, Imani, Syuhada, Khairul, Faris dan Zuhair. Masing-masing masih lagi memakai uniform sekolah. Confirm mereka semua ini datang dari sekolah.

"Oh, Yam! Kenapa dengan muka kau ni?" Kalilah terus menilik wajah Maryam. Tak perasan yang Maryam dah jeling Aisyah. Lega sebab kawannya ikut permintaannya, tak bagitahu siapa-siapa.

"Kau kena tumbuk dengan siapa ni?" Khairul menyoal pula. Lebam pada wajah Maryam, dia pandang dari jauh.

Maryam hanya angkat bahu, malas mahu menjawab.

"Kena tumbuk?!" Hawwa bersuara terkejut.

"Yalah. Tengok sekali aje dah dapat tahu. Kau bergusti ke macam mana?" Zuhair menjawab bagi pihak Maryam.

"Takde lah sampai bergusti." Jawab Maryam selamba. Aisyah yang mencebik dia pandang sekilas. Kawannya itu, sedari tadi hanya diam sahaja. Geram mungkin sebab mulut gatal nak bercerita, tapi dia tidak izinkan.

"Ada kena mengena dengan perempuan yang serang kau tu ke?" Khairul tanya soalan yang mendebarkan jantung Maryam. Dan Maryam pula, sedaya upaya untuk kekalkan wajah tidak berperasaannya.

Aisyah tarik senyum sinis. Orang lain tak perasan, tapi dia perasan. Perasan yang Maryam sedaya upaya untuk berlagak tenang.

"Takde lah." Jawab Maryam pendek sambil bibir tarik senyum kecil.

"Ya ke?" Faris bertanya. Dia jadi ragu-ragu pula bila lihat senyum sinis Aisyah. Yalah. Mesti ada sebab Aisyah senyum sinis tiba-tiba. Lagipun, Aisyah dah kenal Maryam lama. Mestilah Aisyah tahu sesuatu tentang ini. Rasa tak boleh percaya pula kata-kata "Maryam tak cerita apa-apa" Aisyah sebelum mereka ke sini tadi.

"Yalah. Kenapa pula nak ada kena mengena dengan dia?" Soal Maryam.

"Sebab dia yang buli kau, kan? Tak mustahil dia buat ni juga." Imani terus menjawab laju. Otaknya ligat memikirkan sebarang kemungkinan.

Maryam hanya menggeleng kecil. Malas mahu ulas walau kata-kata Imani ada benarnya. Dia malas mahu perbesarkan.

"Dah lah. By the way, thanks datang melawat." Maryam terus matikan topik. Malas mahu menjawab apa-apa soalan dah. Benda dah lepas. Benda dah berlaku. Dan dia akan pastikan selepas ini benda seperti ini tidak akan terjadi lagi.

"Sama-sama. By the way, siapa yang selamatkan kau daripada kena tumbuk ni?" Khairul bertanya walaupun tadi dia dah dapat hint yang Maryam mahu hentikan topik perbualan ini.

Maryam terkaku tiba-tiba. Mata terkelip-kelip pandang Khairul.

"Hah?" Sudahnya itu aje yang keluar dari mulut Maryam setelah lama dia terkebil-kebil sendirian.

"Eh, aku tak boleh lama lah. Jom, jom. Nanti mak aku bising." Aisyah terus bersuara bila nampak mulut Khairul bergerak ingin bertanya sesuatu lagi. Maryam dia pandang sekilas dan sempat dia tangkap riak lega pada wajah kawannya itu.

"Hah? Oh, okey-okey." Semua macam termangu-mangu dan ikutkan sahaja ajakan Aisyah. Terus masing-masing mengucapkan selamat tinggal kepada Maryam sebelum seorang demi seorang keluar dari wad itu. Aisyah yang terakhir sekali keluar.

Maryam dia pandang dan Maryam juga memandangnya.

"You owe me a big favor, buddy." Kata Aisyah tanpa nada.

Maryam angguk kecil dan senyum segaris.

"Sebab tu kau kawan aku dunia akhirat. Thanks, Cah." Ikhlas dia tutur kata dan Aisyah yang menerima hanya buat muka kononnya menyampah.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now