A14

6.5K 689 5
                                    

WAKTU rehat, Maryam seperti biasa, pasti akan dipaksa Aisyah untuk duduk berehat di kantin. Selalunya, dia akan cuba beralasan untuk lari dan pergi ke perpustakaan, tapi hari ini, dia tak rasa mahu pergi ke perpustakaan. Duduk teman Aisyah makan tersenarai dalam list-to-do dia hari ini.

Karipap pusing berisi kentang yang dua biji dengan harga RM2 untuk empat biji, digigit besar. Memang sedap. Tak sia-sia juga lah dia beratur tadi.

"Ya Allah... sedap betul Nasi Lemak mak kau ni!" Puji Aisyah sebelum sesuap lagi Nasi Lemak dibawa masuk ke dalam mulut. Mueen bagi bekal tadi. Dia makan tiga suap aje sebab selebihnya Aisyah dah merengek gedik meminta.

"Sedap, makan. Jangan lupa basuh semula bekasnya." Kata Maryam sebelum dia gigit lagi karipap pusing itu.

Aisyah mengangguk. Baru sahaja Maryam nampak Aisyah nak buka mulut berbicara, terus mulut tertutup semula bila sekumpulan pelajar lelaki yang duduk di meja belakang mereka melepaskan tawa kuat. Siap hentak-hentak meja. Ada juga yang bergelut menutup mulut seorang kawannya.

"Apa bendalah yang bising sangat ni..." bisik Maryam. Jengkel dengan situasi yang dia lihat.

"Pst... budak kelas 5 memang macam tu. Ingat tak yang kita pergi kelas dorang tu?" Aisyah berbisik sambil mata sesekali mengerling ke meja belakang.

Maryam macam 'oh' dan kepala ditoleh ke belakang sedikit, mahu melihat muka-muka pelajar Kelas 5 yang bising itu.

Tak semena-mena matanya bertembung dengan sepasang mata pelajar lelaki yang ada di situ. Terus Maryam cover dengan memandang Mak Cik Kantin yang tengah jual air di kaunter belakang.

'Okey, kenapa kau buat macam tu?' Soal hati kecil Maryam. Boleh aje dia buat poker face dan berpaling macam yang dia selalu buat.

"Kan? Nampak tak budak lelaki yang tegur kau macam kenal sepuluh tahun tu?" Aisyah berbisik sebaik sahaja Maryam menoleh ke hadapan semula.

Maryam hanya angkat bahu. Dia tak perasan pun ada. Yang dia perasankan hanyalah pelajar lelaki yang bertembung mata dengannya tadi. Pelajar yang dia bagi pinjam 'first aid kit' tu.

"Apa-apa lah. Eh, cepat sikit makan." Kata Maryam. Kunyahan di dalam mulutnya pun dia lajukan. Tapi, kunyahan makin lama makin perlahan disebabkan dia rasa seperti ada sepasang mata memerhatinya dalam diam.

"Ada orang pandang aku ke?" Bisik Maryam perlahan. Kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan bisikannya itu didengari Aisyah.

"Siapa? I.D ke?" Aisyah bertanya. Maryam terus pandang Aisyah.

Mungkin kah?

AIR LIUR ditelan payah. Suara bising kawan-kawannya langsung tidak dihadam pendengaran dan otaknya. Yang dia hadam cumalah perbualan dua kawan yang duduk di belakangnya ini.

"Siapa? I.D ke?" Kedengaran suara Aisyah bertanya tiba-tiba. Makin tajam dia mendengar perbualan dua kawan itu.

Subhi yang sedang sibuk mencucuk lengannya tidak diendahkan. Itu nak menyakatlah tu. Tadi, dah lah si Johari hampir-hampir nak menjerit memanggil Maryam. Bila dia tahan mulut Johari, galak mereka ketawa.

Taguna!

"Entah. Aku mana pernah nampak dia. Kau ingat aku kenal kalaupun dia pandang aku?" Balas Maryam. Kurang senang nada suaranya.

Irfan menoleh sedikit, mahu melihat dua kawan itu. Maryam dipandang. Senyum kecil dia bila lihat pipi yang dikembungkan Maryam. Adoi... sejak bila dia pandai buat macam tu?

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now