A11

7.4K 1.1K 12
                                    

SEBUNGKUS coklat M&M berwarna merah muncul dengan misterinya di atas meja Maryam. Maryam pandang sahaja bungkusan coklat itu seperti di situ dia akan jumpa jawapan yang membawa kepada siapakah pengirimnya. Tapi, memang ada jawapan pun cuma ia bukan pada coklat M&M itu. Ia pada dompet 'first aid' miliknya yang kembali semula selepas hampir seminggu ia 'dipinjam'.

Bayang wajah lelaki yang berteduh di pondok bas bersamanya minggu lalu terbit dengan sendiri dalam kotak memorinya. Entah apa nama pun dia tak tahu. Biar sahaja. Asalkan dia dapat semula barangnya.

Labuh diambil pada kerusi plastik biru tanpa dia menghiraukan pandangan Aisyah yang dah senyum sambil jongketkan kening. Hawwa dan Kalilah pun berkelakuan sama.

Beg dipangku seketika dan bungkusan coklat itu dia ambil.

"Wuuu~~~ dapat cokelat peberet." Suara sumbang Aisyah mula kedengaran diselangi dengan ketawa kecil Hawwa dan Kalilah di hadapan.

"Yam dah ada peminat!" Teruja sahaja ucapan Hawwa. Macam dia pula yang ada peminat. Well... mungkin Hawwa ada dan dia tak tahu. Ye. Mungkin.

Maryam geleng kecil sebelum dia letakkan beg di belakang badannya. Kepala ditongkat malas kemudiannya dan wajah kawan-kawannya dipandang satu persatu. Muka bosan.

"Muka korang juga yang aku kena hadap hari-hari." Ucap Maryam selamba.

Aisyah yang mendengar dah tarik muka menyampah.

"Eleh kau. Dah ada peminat, terus kekwat dengan kitorang."

Maryam menggeleng kecil sahaja. Coklat M&M yang baru sahaja dia letak tadi diambil semula.

"Ini... bukan peminat. Ini namanya hadiah membalas jasa." Beritahu Maryam sebelum bungkuskan coklat itu dia ambil dan masukkan ke dalam laci meja. Dompet 'first aid'nya pun dimasukkan sekali.

"Balas jasa? Jasa siapa? Bila? Kat mana?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut becok Aisyah. Haih. Kawannya ini. Mulut nampak aje kecil. Rupanya...

"Minggu lepas, lepas selesai mesyuarat. Orang tu luka dan malang menimpanya bila lopak air kotak yang dilanggar seorang penunggang motorsikal memercik ke wajahnya dengan banyak. Dia dalam kesakitan dan memandangkan aku ada 'first aid kit' aku, aku pun bagi dia. The end." Cerita Maryam panjang lebar mengikut apa yang terlayar dalam kotak memorinya.

Aisyah, Hawwa dan Kalilah hanya angguk sahaja.

"Lelaki ke perempuan?" Soal Kalilah setelah lama dia diam. Dari tadi senyum aje... baru sekarang keluar suara. Takpe. Dia memang begitu.

"Lelaki."

Jawapan pendek itu mengundang siulan nakal Aisyah, Hawwa dan Kalilah.

"Wuuu~~~ lelaki!" Lepastu, masing-masing bertepuk-tampar sesama sendiri.

Maryam hanya geleng sahaja. Serius lah mereka ini.

"Budak sekolah kita ke? Form berapa? Kelas mana? Hensem tak? Nama dia apa?" Sekali lagi, bertalu-talu soalan yang terpacul keluar dari mulut becok Aisyah.

Dalam kepala otak Maryam, tak tersedia langsung skema jawapan untuk setiap satu soalan Aisyah tadi. Tapi, dia ada satu soalan yang dirinya sangat pasti itu lah jawapan.

Lantas, Aisyah pandang Maryam. Dia berikan jawapan yang mana jawapan itu adalah satu gerakan tubuh yang sangat mudah dilakukan.

Jongket bahu. Kemudian terus Maryam baringkan kepala di atas lengan yang dia jadikan alas. Mahu tidur seketika sementara cikgu belum masuk.

Lihat sahaja jawapan Maryam, terus bersatu suara Aisyah, Hawwa dan Kalilah menyeru namanya.

"SITI MARYAM!!!" Dengan itu, bersatu juga kegeraman mereka kepada Maryam. Ceh. Ingat Maryam akan peduli siapa lelaki itu? Kalau kau bukan buku, jangan harap Maryam ini akan ambil tahu.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now