A79

4.9K 595 62
                                    

MARYAM sudah dibenarkan pulang ke rumah tengah hari tadi setelah doktor lakukan pemeriksaan akhir terhadapnya. Lukanya makin sembuh cuma lebam aje lah yang belum hilang-hilang. Entah bila nak hilang lebamnya pun tak tahu. Bila teringatkan kembali bagaimana Izu menyepak dan menamparnya, macam lama lagi aje nak hilang.

Tapi... Bila teringat bayangan Izu dibelasah Irfan selepas itu, rasanya luka dan lebam lelaki itu lagi lambat nak sembuh kut. Beria sangat Irfan melayangkan tumbukan hari itu. Dan baru sekarang dia tertanya, kenapa Irfan begitu? Masa dia hampir dibedal dengan batang penyapu pun, Irfan begitu juga. Bersungguh. Siap suruh Izu minta maaf lagi. Wajahnya pun beku semacam aje.

"Kenapa...?"

Laju selepas itu Maryam gelengkan kepala. Nafas lemah dia hembuskan kuat.

"Tak payah fikir. He puts you in this situation. Tak payah sibuk-sibuk fikir pasal dia." Kata Maryam pada diri sendiri. Telinga ditutup rapat dengan kedua-dua tangan sambil kepala menggeleng laju. Mulut pun sibuk ulang 'tak payah fikir' tanpa henti.

"Apa yang tak payah fikir?" Mata terkebil-kebil pandang figura yang dah selamat duduk di sebelahnya. Mulut dah terbuka sedikit tapi tak ada satu suara pun yang keluar.

"Tak payah fikir pasal aku?" Irfan bertanya. Maryam nampak mata Irfan menilik seluruh wajahnya.

Gulp. Macam mana dia ni tiba-tiba aje boleh dalam bilik aku ni?

Pintu biliknya yang ditutup rapat dia pandang. Tak dengar pun ada sesiapa masuk. Macam mana boleh terlepas ni?

"Kau boleh ke tak fikir pasal aku?" Soalan Irfan membuatkan Maryam menoleh memandang lelaki itu.

"Hah?"

Maryam nampak bibir Irfan tarik senyum senget. Makin Maryam nak hah. Kali ini pada diri sendiri sebab hati laju aje puji lelaki depan dia ni hensem bila senyum senget begitu.

"Kau tak boleh, Maryam. Kau akan terfikir pasal aku." Mata Irfan bergerak menilik wajah Maryam. Lama.

"Selalu." Irfan berbisik lembut mendatangkan debaran halus dalam dada Maryam.

No. No. Dia sepatutnya marah. Bukan berdebar dan geli perut macam ni.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya Maryam perlahan. Nafas tersekat-sekat nak tutur kata sebab pandangan mata Irfan yang tak henti-henti bergerak menilik wajahnya. Macam nak gila jadinya!

Kenapa dengan mamat ni? Dan KENAPA DENGAN DIA?!

"Kan aku dah cakap... Kau tak boleh tak terfikir pasal aku. That is why I'm here." Irfan makin merapat dan Maryam spontan menjauh.

Maryam nampak muka Irfan berubah. Berubah nakal.

"Kau takut?" Suara menyakat itu buat kecut terus perut Maryam. Wei... Wei! Kau dah kenapa, Yam?

"Kau gugup?"

Maryam terkebil-kebil sendiri. Apa benda mamat ni merepek walaupun benda tu betul. Dan kenapa dia tak menjerit panggil mak atau sesiapa sebab mamat asing ni ada dalam biliknya? Berdua pula tu.

"Kau berdebar?"

"Kau rindu aku?"

"No!" Laju Maryam balas. Buat bibir Irfan tarik senyum senget sekali lagi. Dan sekali lagi perkataan hensem berlegar-legar di udara.

"Kau nak jumpa aku?"

"No!"

"Kau suka aku?"

Mata Maryam membulat. Dada berdebar. Darah menyerbu ke muka. Telinga panas. Pipi panas. Satu badan panas.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now