A67

4.5K 593 54
                                    

SELESAI sahaja sesi persekolahan waktu pagi, Maryam terus berlalu ke surau untuk mengerjakan Solat Zohor. Dia tak pulang ke rumah hari ini walau dia tidak bertugas di perpustakaan hari ni. Tapi, disebabkan hari ini ada kerja berkumpulan untuk matapelajaran Sejarah, dia perlu stay di sekolah. Kerja kumpulan kali ini ada termasuk dengan pelajar kelas lain. Dan minggu ini, kelas gabungannya dengan Kelas 5-5.

Nak balik? Dia malas berulang-alik dua tiga kali ke sekolah. Ahli kumpulan dia yang lain, yang dia tahu pulang ke rumah dan akan datang semula jam 3 petang nanti adalah Aisyah dan Faris. Subhi dan Irfan dia tak tahu pula.

Ragu-ragu dengan budak berdua tu sebenarnya. Entah mereka mahu datang ke tidak untuk kerja berkumpulan ini. Lagi satu, ragu-ragu mereka mahu buat ke tidak. Doa yang baik-baik sahaja lah.

Surau sekolah lengang. Ada dua tiga orang pelajar perempuan di ruang solat perempuan.

Tanpa lengah Maryam jatuhkan beg di sebelah tiang dan stokinnya dibuka. Baru nak melangkah pergi ke ruang wudhu' tiba-tiba bahunya dirempuh kasar oleh seseorang sampai jatuh terduduk dia ke belakang.

Maryam meringis pedih. Punggung diusap perlahan dan orang yang merempuhnya tadi dia pandang dengan muka yang berkerut sakit.

Perempuan apa macam ni kuat sangat.

Dayang senyum sinis lihat Maryam yang sedang sakit di bahagian punggung itu. Tapi, pun begitu dia masih belum puas. Hatinya sakit betul dengan perempuan yang seorang ini.

Lihat senyum sinis dan wajah kerek Dayang itu, Maryam tahu gadis lawa itu bukan tidak sengaja. Dia dirempuh dengan sengaja. Diulangi! Dengan sengaja!

Maryam tak bersuara. Perlahan-lahan dia bangun mahu berhadapan empat mata dengan Dayang tapi tak sempat dia nak bangun tegak, dia ditolak kuat pula. Sekali lagi, dia jatuh di atas punggung sendiri buat kali kedua.

Pedih kuasa dua!

Maryam menjeling geram Dayang yang sekarang dah peluk tubuh sambil pandang dia dengan pandangan yang penuh mengejek.

"Apa masalah kau ni?" Tanya Maryam tenang. Jangan jadi perempuan murah terjerit-jerit bagai. Tips dia guna, kalau orang tu agresif dia kena sebaliknya. Itu namanya perang dari segi psikologi.

Dayang gelak sinis. "Masalah aku adalah kena hadap perempuan gedik macam kau ni."

Maryam julingkan mata. "Ya, apa masalahnya. Gedik aku terlebih sampai sakitkan tubuh badan kau ke?" Masih tenang dan selamba dia menghadap Dayang.

Dayang menghentak kaki geram. Dan geram itu sampai selamba sahaja dia melayangkan sebuah sepakan tepat pada peha Maryam. Maryam yang kena, terus bulat mata. Dayang dia pandang penuh geram.

Tak tunggu lama, Maryam bangun dengan payah dan dia berhadapan dengan Dayang empat mata.

Tak tahu lah muka dia sekarang nampak menyeramkan atau apa, tapi Maryam dapat lihat bias cuak sekilas dalam mata gadis lawa itu.

"Apa masalah kau sebenarnya ni? Kau cerita pakai mulut aje tak boleh ke? Nak pakai tangan, kaki kenapa?" Maryam menghambur geram. Argh! Pedulikan tips dia tadi. Dayang lawa ni dah melampau!

Dayang gelak sinis. "Orang macam kau ni, pakai bahasa isyarat pun tak boleh nak faham! Jadi buat apa aku nak cakap pakai mulut pula kan? Baik aku naik tangan dan kaki aje terus!" Gadis lawa itu juga menghambur geram. Kuat pula tu suara dia. Maryam tak tahu ke mana pergi dua tiga orang pelajar yang dia nampak tadi sebab di ruang ini hanya ada dia dan Dayang sahaja.

Maryam pejam mata dan hembus nafas perlahan-lahan. Cuba bersabar tapi tiba-tiba sekali lagi dia ditolak sampai jatuh. Eyhhh!!! Ini dah tak boleh sabar! Ini memang dia tak boleh sabar!

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now