A17

5.8K 681 27
                                    

PUAN Nashiah menjengukkan kepala sedikit ke dalam bilik Maryam, anak sulungnya. Kelihatan, Maryam sedang khusyuk membaiki buku-buku yang bertimbun tinggi di atas lantai. Si Maryam dan buku... memang tak dapat dipisahkan. Tidak mahu tergendala kerja memasaknya, Puan Nashiah terus mengetuk perlahan pintu papan berwarna kelabu itu.

Ketukan itu berjaya menarik fokus Maryam kepada buku-bukunya. Tanpa dipaksa, tangan Maryam yang sedang sibuk menggunting kulit buku,  berhenti serta-merta. Pintu dipandang.

"Eh, mak."

Puan Nashiah hanya tarik senyum tawar dengan nada macam-terkejut-tapi-tak Maryam.

"Kenapa, mak?" Tanya Maryam. Gunting dilepaskan.

Puan Nashiah tanpa kata, menghulurkan beg duit kecil serta sekeping kertas putih bergaris.

"Pergi kedai dengan Mueen. Mak nak masak. Babah kau nak balik." Arah Puan Nashiah kemudiannya.

Maryam mengangguk. Punggung diangkat dari duduknya dan tiga langkah diambil pantas ke hadapan.

"Jangan lama-lama sangat. Ambil lah lima ringgit buat belanja apa yang nak dekat kedai. Kalau ada lebih lah." Sambung Puan Nashiah dan Maryam, dia hanya menerima arahan si emak dengan anggukan kecil.

"Baik." Mudah jawapannya.

Dia nak pergi ke bilik Mueen tapi tunggu Puan Nashiah melangkah pergi dahulu. Hilang sahaja Puan Nashiah dari muka pintu, terus dia menapak ke bilik Mueen.

Sepuluh langkah dan dah sampai. Rumah flat, kan? Tak payah nak langkah panjang-panjang sangat.

"Mueen!" Tanpa salam, Maryam menegur.

Mueen yang kebetulan baru sahaja bangun dari pembaringannya, terus menghampiri Maryam di muka pintu.

Beg duit kecil yang diberi Puan Nashiah diangkat di hadapan muka Mueen. Dan memandangkan mereka ini adalah adik-beradik yang saling memahami, tak perlu kata, masing-masing dah dapat tahu apa yang dikehendaki.

"Aku dah siap. Kau pergi tukar baju." Kata Mueen. Beg duit diambil dari tangan Maryam.

Maryam angguk dan kembali semula ke dalam bilik. Baju berlengan pendek berwarna biru yang dipakainya tidak dibuka. Sebaliknya, dia sarungkan sahaja selesai sweater hoodie berwarna hitam. Seluar pun tak perlu tukar. Cun-cun dia pakai tracksuit dah. Tinggal tudung aje.

"Okey. Mana tudung ekspress aku?" Soal Maryam sendiri bila dia lihat tudung ekspress yang biasanya tergantung di belakang pintu telah tiada.

Kepala digaru. Masa tengah menggaru itu lah Mueen sudah terpacak di depan pintu biliknya yang baru dibuka. Muka bosan lelaki itu masuk ke dalam kornea matanya.

"Cepat lah, kak." Gesa Mueen dengan nada bosannya. Bosan sebab kena tunggu si kakak bersiap.

"Tak payah nak tepek-tepek bedak. Kau memang sedia tak cantik." Kutuk Mueen selamba. Pandangan tajam Maryam dia buat tak endah sahaja.

"Takde masa lah nak tepek-tepek! Aku punya tudung... takde!" Adu Maryam dengan geram. Kalau tak kerana tudung ekspressnya hilang, pasti mereka sekarang dah menapak menuruni tangga.

Mueen terus tunjuk muka bosan bila dengar aduan Maryam. Matanya terus terarah pada tempat gantung tudung milik Maryam.

Takde tudung? Perempuan... memang complicated!

"Tu apa? Tempayan rumah nenek ke?" Perli Mueen sambil mulut memuncung tunjuk ke tempat gantung tudung milik Maryam.

Dikira guna jari, pasti tak cukup. Kena tambah jari kaki juga. Macam itu lah bilangan tudung Maryam yang ada di tempat gantung itu.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now