A39

5.5K 647 25
                                    

TELEFON dipandang. Manalah tahu tiba-tiba ada panggilan masuk daripada Aisyah. Tambahan pula, dia nak lihat waktu sekarang. Entah manalah minah itu. Kata nak datang ambil dia dan Mueen jam 9 pagi. Ini... dah 45 minit melepas jam 9, tak juga ada tanda-tanda Aisyah mahu sampai. Kalau sampai sini pun tidak, call dan WhatsApp lagi lah takde. Haram takde. Ini lah yang dikatakan janji Melayu. 

Cuitan yang dia rasa pada oeha, buat Maryam menoleh. Mueen yang nampak jelas kebosanan di wajahnya, Maryam pandang. Entah berapa kali agaknya Mueen menguap walaupun YouTube di telefon sedari tadi terpasang. 

"Mana Kak Cah ni? Jadi pergi ke, tak jadi ni?" Tanya Mueen. Nampak lah tanda-tanda putus asa tu ada.

Maryam jungkitkan bahu sambil tangan menekan punat on telefon. "Entah. Kakak dari tadi telefon pun, masuk voice mail aje. Kejap, cuba lagi." Katanya dan terus tangan bergerak nak menekan speed dial Aisyah. Tapi belum sempat pun, nombor Aisyah dah muncul di skrin telefon tanda gadis itu menghubunginya. Panjang umur!

Skrin digesek dan telefon ditekap ke telinga. Salam diberikan serentak dengan Mueen yang dah merapat nak mendengar perbualan sekali.

"Ha... mana kau ni? Jadi pergi ke tak ni?" Soal Maryam lurus bila salamnya dijawab Aisyah.

"Aku dan Mueen dah mereput tunggu kau. Kau nak sampai mak kitorang tukar fikiran ke? Nampak dah ura-ura nak tak bagi tu." Maryam sambung membebel selepas itu. Mueen pula beriak puas hati apabila itu yang ditutur Maryam. Yalah... penantian itu satu penyeksaan tau.

Berdecit terus Aisyah dengar kata-kata Maryam. Ingin membalas, tapi dia sedar kesalahan terang-terangan di pihaknya. Bukan sengaja, tapi banyak yang dia perlu uruskan sampai tak sedar masa dah berlalu. Dah lah tak mandi lagi, bersiap pun tidak.

"Yalah... sorry. Aku salah, okey?" Suara mengalah Aisyah buat Maryam senyum kecil.

"Maaf diterima. So, jadi ke tak?" Soalan yanh yidak dijawab ditanya kembali. Mueen makin melekapkan telinga ke telefon. Masing-masinh berdebar menunggu jawapan Aisyah. Yalah. Peluang macam ini, sekali seumur hidup sahaja. Sebelum ini, mana pernah mereka dua beradik dapat peluang begini. Kalau jadi, hip hip hooray! Kalau batal, berhu hu hu lah nampaknya.

"Jadi lah. Takkan tak jadi pulak!"

"Yahoo!!!" Terus melompat suka Mueen bila menangkap jawapan balas Aisyah. Teruja jelas kelihatan. Lepas itu, dia berlari keluar dari bilik dan menjerit memanggil Puan Nashiah kuat-kuat. Kononnya nak kongsi kegembiraannya bersama. Maryam hanya mampu geleng dan ukir senyum kecil.

"Semangat betul, Mueen." Ada tawa di hujung kata Aisyah.

Maryam tarik senyum senget.
"Biasalah. Kau dah sampai ke belum ni? Aku dah tak tahan nak tunggu untuk satu jam lagi." Sempat lagi dia memerli.

"Dah ada kat bawah pun. Memang bernanah lah telinga aku kalau belum, kan?" Mendengarkan balasan Aisyah, Maryam melengkung panjanh bibir merah Maryam. Yeay! Yahoo jugak!

LANGKAWI. Itulah destinasi percutian mereka bertiga. Dalam Malaysia sahaja memandangkan duit poket masing-masing leper dan tidak berkepuk-kepuk seperti orang lain. Tapi, alhamdulillah. Berkat duit tambah daripada ibu bapa mereka, dapatlah rasa duit poket menebal sikit. Rasanya, dapatlah menampung perbelanjaan mereka selama 4 malam 3 hari di sini.

Dah turun dari bas, dah renggangkan otot pun, Maryam dan Mueen masih lagi tidak percaya yang mereka boleh ada di sini. Mana tidaknya kalau masing-masing dah sedia maklum dengan sikap tegas dan protective Puan Nashiah. Nak pergi kedai bawah aje pun, kena berdua. Kalau nak pergi seorang diri, sepuluh minit kemudian baru dapat kata putus. Ini kan pula ke Langkawi. 4 malam 3 hari pula tu. Biasanya paling lama mereka boleh keluar bila cuti ada satu jam. Itu pun ke Gerai Burger Abang Fendi. Tolak lah kalau nak ke rumah kawan. Itu tidak apa berlama.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now