A47

4.9K 606 27
                                    

SEMENTELAH bersiap ala kadar, Maryam keluar dari bilik hotelnya untuk menuju ke pantai. Jam baru tunjuk 6.45 pagi dan Aisyah pun masih bergulung bawah selimut. Dia pula, selepas siap mengemas bilik, terus pergi ke balkoni. Tengok laut yang tenang lagi cantik, terdetik nak rasa lembutnya pasir pantai di kaki. Itu yang dia keluar awal sangat ni.

Kira-kira sepuluh minit berjalan kaki, akhirnya dia sampai di pantai. Pandang kiri kanan, tak ramai pun lagi pengunjung. Siapa aje yang turun pergi pantai seawal begini?

Angin yang bertiup buat Maryam rasa sejuk. Terus dia zip sampai ke atas sweater yang dipakainya sebelum tangan dibawa masuk ke dalam poket sweater. Sejuk, tapi dia suka.

Langkah diambil semula. Perlahan-lahan kakinya menyusuri pantai itu. Sesekali dia sengaja aje menghampiri Gigi pantai. Bila ombak datang membawa air menghampirinya, terus dia berundur ke belakang, melarikan diri.

Maryam senyum kecil dengan perangai keanak-anakannya. Mujur takde siapa yang dia kenal nampak. Kalau tidak, hilang cool dia.

Dia kembali berjalan. Mata pandang bawah, dan telefon dibawa keluar dari poket sweaternya. Mode video dia buat. Rakam kaki sendiri yang berjalan di gigi pantai. Yang macam selalu orang buat tu.

Dah syok sangat merakam kaki sendiri, dia pusing belakang untuk rakam pantai yang baru nak naik warnanya disebabkan matahari baru nak terbit.

Maryam berjalan secara mengundur, masih sibuk merakam. Kini fokus pada matahari terbit pula. Seronok merakam secara jalan mengundur itu sebelum dia langgar sesuatu di belakangnya. Atau perlu ke dia cakap seseorang?

Sebelum sempat telefon yang dia terlepaskan tanpa sengaja menyentuh pasir pantai, ada tangan lain yang menyambutnya dahulu.

"Oh, terima kasih." Ucap Maryam sebelum dia pusing belakang, mahu melihat penyelamat telefonnya.

Mata kelip-kelip bila lihat wajah di hadapannya. Selekeh tapi... Hensem? Okey, mata dia ada masalah ke?

"Sampai bila nak tilik muka aku ni?" Dan hensem itu terus hilang dengar perlian Irfan.

Maryam julingkan mata ke atas.

"Can't help it, okay." Selamba Maryam memberi jawapan, buat Irfan jongketkan kening sekali.

"Why?"

Maryam pandang Irfan dan hensem itu datang semula. Tergeleng-geleng Maryam sambil tutup mata. Apa kena dengan mata ni?

"Hmm?"

Bila dengar suara yang dekat itu, Maryam buka mata. Bulat mata sebab wajah Irfan betul-betul di hadapannya. Terkelip-kelip mata sendiri sambil itu automatik matanya bergerak scan seluruh wajah Irfan.

Can't help it. Macam dia cakap tadi.

Irfan biarkan. Seronok lihat mata bulat Maryam menilik wajahnya dari atas sampai bawah. Biar. Biar gadis ini ingat rupanya.

Bila mata Maryam berhenti pada matanya, dia kelipkan mata sekali. Dan automatik mata Maryam pandang bibir Irfan. Irfan pun terus tarik senyum kacak dia.

Maryam terkebil-kebil sendiri. Macam kena sampuk jadinya bila tak henti-henti tilik wajah Irfan. Sampai tak sedar, Irfan dah menjauh pun. Sampai bibir Irfan tarik senyum sinis, baru Maryam tersedar.

"Dah puas? Kalau tak puas, aku boleh bagi gambar sekeping. Bila rindu, tengok gambar aku, ya?" Serentak dengan itu, Irfan terus ambil selfienya menggunakan telefon Maryam yang dipegangnya.

"Hei!" Maryam terus merampas telefon itu, tapi tak dapat sebab Irfan dengan sengajanya mengangkat tinggi telefon itu.

Maryam tiup bucu tudung bawalnya. Tak percaya. Lelaki ini seriuslah? Tu, telefon dia!

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now