A90

5.4K 636 82
                                    

SEAWAL jam lapan pagi lagi Maryam sudah berada di hotel tempay dia bekerja. Walaupun hotel ini beroperasi jam sepuluh pagi nanti, dia sebagai cleaner hotel ini perlu datang dua jam lebih awal untuk tugas-tugas pembersihan. Bukan dia sahaja yang perlu datang awal malah tukang masak serta pekerja-pekerja bahagian servis juga.

Maryam tanpa lengah terus masuk ke bilik pekerja untuk menukar baju serta menyimpan beg galasnya di dalam loker. Menilik penampilannya ala kadar, Maryam terus keluar dari situ.

Pintu ditutup rapat dan kebetulan pintu bilik pekerja lelaki juga ditutup sama oleh seseorang. Maryam menoleh dan mata terua bertembung dengan seorang lelaki yang memakai uniform Bell Boy berwarna biru gelap.

Masing-masing diam memandang satu sama lain sebelum ada suara memanggil namanya. Tersentak terua mereka berdua.

"Maryam dah sampai?" Farah yang bekerja di bahagian Room Service menegurnya dengan sebuah senyuman lebar.

Maryam angguk dan senyum nipis. "Baru aje sampai."

"Siapa ni?"

Maryam dan Farah serentak memandang lelaki tadi. Masih tidak berganjak lagi rupanya. Begitu juga dengan sepasang matanya. Masih lagi dia memandang Maryam tanpa lepas sampai naik pelik Maryam dibuatnya. Ada yang pelik ke di wajahnya sekarang?

Dalam diam Maryam menyentuh wajahnya. Namun, bila Farah memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu, terus Maryam bawa turun tangannya.

"Ini Maryam. Oh, akak lupa semalam kau tak datang. Dia pekerja baru yang gantikan Mak Cik Vee." Farah memperkenalkan dia. Dan Maryam hanya tarik senyum nipis sahaja. Lelaki itu dipandang sekilas.

Farah senyum dengan kebisuan mereka. Yanh seorang nampak macam tak selesa, yang seorang lagi sibuk memandang lepas. Pelik-pelik sahaja. Macam Maryam ini bukan manusia dan makhluk asing sahaja sampai nak dipandang begitu.

"Hei!" Farah memetik jari di hadapan wajah lelaki itu, buatkan lelaki itu tersentak di tempatnya. Pandangan beralih.

"Hah?"

"Kau tak nak kenalkan diri kau ke?" Tanya Farah pelik. Maryam yang sedang memandanganya dipandang sekilas.

"Oh..." Kepala yang tidak gatal digaru. Wajah Maryam dipandang semula.

"Aku Hilmi." Tangan dihulurkan tapi baik Maryam dan Farah, kedua-dua mereka hanya memandang kosong huluran tangan itu.

"Aku tak salam lelaki." Jawab Maryam terus sambil kepala ditunduk sedikit menggantikan salam dihulur tadi.

Hilmi terkebil-kebil sebelum dia tarik tangannya dan kembali menggaru kepalanya semula. Farah yang menggeleng kecil dia pandang.

"Dah lah. Pergi buat kerja." Arah Farah sebelum dia masuk ke dalam bilik pekerja perempuan, sekali gus meninggalkan Maryam dan Hilmi di ruang laluan itu.

Maryam hanya pandang Farah hilang di sebalik pintu sebelum dia pandang Hilmi yang masih memandangnya.

"Aku pergi dulu." Kata Maryam sebelum dia berlalu pergi dari situ. Baru dia melepasi Hilmi, namanya dipanggil oleh lelaki itu.

"Hmm?" Maryam menoleh. Hilmi dipandang tanpa perasaan.

"Pergi sekali lah."

"Hah?"

Hilmi senyum. "Kita pergi sekali lah. Kau nak pergi lobi kan?" Hilmi bertanya sambil kaki mula melangkah ke hadapan.

Maryam tak berkata apa malah dia ikut sahaja langkah Hilmi. Bak kata lelaki itu, tempat mereka sama.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now