A10

7.3K 770 40
                                    

HUJAN. Dan Maryam hanya boleh tersenyum sahaja. Agak malang sungguh harinya ini. Sudahlah dipilih masuk grup pemantasan untuk Hari Karnival Sekolah. Lepastu, dia lagi sekali dipilih untuk buat pemantasan iaitu menyanyi di atas pentas sedangkan yang dia minta adalah post belakang tabir. Dan sekarang, dah habis mesyuarat kelas, nak balik, hujan pula.

"What a lovely day. Alhamdulillah." Ujar Maryam perlahan sambil pandang langit yang masih mencurahkan air dengan lebatnya.

Payung. Dia tak bawa. Bagus juga tu. Nak kongsi dengan Aisyah, kawannya itu dah lama balik sebab selesai mesyuarat kelas tadi, Maryam singgah ke perpustakaan sekejap. Aisyah, mestilah tak nak ikut atas alasan penat.

Maryam pandang kiri, kanan. Memang takde tanda-tanda orang nak lalu. Kalau tidak, boleh minta tumpang payung. Perempuan sahaja dapat peluang macam ni. Lelaki? Takpe, terima kasih.

"Kena lari jugalah ni, kan?" Omel Maryam sedikit jengkel. Nafas berat dilepaskan bila bayangkan jarak perhentian bas dan koridor tempat dia berdiri ini. Jauh juga.

Dengan lafaz Basmalah dan berdoa dia tidak basah kuyup, Maryam terus berlari. Beg sekolah yang agak ringan dibawa menutup kepala. Nak bagi tak basah kuyup sangat bajunya. Dah lah dia pakai uniform pelajar biasa aje. Uniform pengawas perpustakaannya basuh.

Hampir tiga puluh tapak diambil dengan cara berlari, Maryam akhirnya sampai juga ke tempat perhentian bas. Tercungap-cungap nafasnya dek berlari.

"Huh! Safe!" Kata Maryam sedikit kuat. Uniform dipakai. Tersengih kecil dia bila lihat ianya tidaklah terlalu basah. Ada beberapa tempat sahaja dan itu pun di bahagian hujung dan bawah sahaja.

Beg dijatuhkan dan tudung dikibas-kibaskan sedikit untuk menghilangkan tempias hujan yang mengena.

"Huh!" Maryam lepaskan nafas sambil senyum kecil. Duduk dilabuhkan pada bangku panjang yang masih kosong. Atau boleh dia kata memang kosong sebab dia sahaja yang ada di sini.

"Okey... sekarang pukul berapa?" Jam tangan dipandang. 3.19 petang. Bagus.

Maryam pandang depan dengan wajah beku, wajah tanpa riak seperti selalu.

"Bagus. Kau baru aje terlepas bas empat minit yang lalu. Sekarang, kau kena tunggu lagi setengah jam untuk bas seterusnya. Tahniah, Yam." Ujar Maryam sendiri. Rasa macam nak joget lambak atas nasib buruknya hari ini.

Sekonyong-konyong itu juga, Maryam dapat rasakan percikan air yang agak banyak mengenai wajah dan tudung putihnya. Spontan, mata terus terpejam mengelak daripada air memasuki mata.

"Huh, safe!"

Tersentak seketika. Apasal macam sebijik aje perkataan lelaki yang baru bertandang ini dengan perkataannya tadi? Terus Maryam buka mata dan menoleh gerangan lelaki itu.

Mata terkebil-kebil memandang lelaki itu. Lelaki lah kan. Takkan perempuan pula nak ada suara garau melainkan kalau dia spesies Nur Sajat.

Dan seperti dia, lelaki itu turut terkebil-kebil memandangnya. Tujuh saat berlalu dan mereka masih berkeadaan begitu sebelum Maryam alihkan pandangan ke arah lain walaupun tompok merah pada wajah dan baju lelaki itu masih menarik perhatiannya.

Maryam telan air liur. Darah kah itu? Bergaduh? Cikgu tak tangkap ke? Budak tingkatan berapa?

Semua persoalan terapung-apung dalam kotak fikirannya sendiri. Mata pula memang terkebil-kebil memandang lelaki itu yang masih tampak kaku di tempat dia berdiri.

Persoalan lain mula timbul. Adakah sebab terlalu sakit, lelaki itu kejung macam tu? Dah lah tengah hujan ni.

Maryam memandang ke arah lain bila lihat tangan lelaki itu tiba-tiba sahaja menggenggam penumbuk dan riak terkejutnya bertukar tegang.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now