A68

4.5K 604 47
                                    

SEMENJAK daripada kejadian itu, Maryam memang mengelakkan diri daripada Irfan.  Bukan kerana dia marah, bukan kerana dia benci, jauh sekali kerana dia takut dengan Dayang. Tapi dia lakukan itu sepenuhnya untuk melindungi dirinya sendiri. Sangatlah tidak cool bergaduh macam tu. Sungguhlah tak cool dengan lebam serta luka di muka. Sungguhlah tidak cool.

Pada mulanya, Irfan seperti tidak dapat terima. Entah kenapa. Macam mereka ini berkawan lama dan terpaksa putuskan hubungan kerana orang ketiga. Pfft. Ya, lelaki yang suka kumpul luka baru tu berdrama macam tu dengan dia pada mulanya. Jenuh Maryam menghalau. Dan seminggu kemudian, mungkin realiti menghentak lelaki itu, jadi Irfan dah takde mengejarnya dan mencarinya lagi. Semua kembali macam biasa.

Tapi, bila Irfan dah berpegang pada tiang realiti, Subhi, Johari, Heng dan Mueen macam tak dapat terima pula. Naik pelik Maryam bila mereka berempat bersungguh memaksanya buat macam biasa dengan Irfan, dan tak perlu lari bersembunyi. Dan Maryam dengan yakin pun membalas, "Ini lah macam biasa. Ada kau nampak sebelum ni aku peluk cium dia ke dulu?" Dan jawapan penuh sarkastis itu berjaya buat mereka diam.

Maryam puas.

Lepas itu, benda pelik pula berlaku bila Aisyah ikut campur tiba-tiba. Kawannya yang merupakan orang paling mengamuk sekali selepas kejadian itu, tiba-tiba jadi seperi budak berempat itu. Maryam macam, What? Apa kena dengan kau, Aisyah?

"Eee! Aku dapat Irfan, aku lunyai-lunyai dia! Aku dapat Dayang aku lunyai dia sepuluh ganda lebih teruk lagi daripada Irfan!!! Tak cukup sel-sel otak!"

Itu kata-kata Aisyah yang dahulu.  Dan ini adalah kata-kata Aisyah yang sekarang.

"Irfan tak bersalah. Dayang tu aje  yang syok sendiri. Orang kata, dia itu ada fikiran yang pelik sikit. Kau tahu macam dunia khayalan sendiri?"

Maryam julingkan mata. "Tak peduli lah, dia ada dunia khayalan ke, dunia fantasi ke. Yang aku tahu, dunia aku berputar seperti sedia kala."

"Seperti sedia kala kan ada Irfan?" Entah fakta mana yang Aisyah petik, tapi sungguh itu sangat menarik perhatian Maryam.

"Sejak bila pula ada dia? Sebelum ni, ada aku, ada kau, ada family aku, ada buku-buku, ada library. Irfan dengan kawan-kawan dia tak pernah ada, okey?" Maryam membidas. Aisyah yang jelas tidak berpuas hati dia pandang sekilas.

"Ada lah... Yang kau tolong dia tu,  yang kita pergi Langkawi sama-sama tu. Kan ada."

Maryam berkerut pelik.

"Aisyah, tu kebetulan. Kebetulan sahaja dan tak pernah menjadi satu kebiasaan dalam dunia aku, dunia kita." Maryam hembus nafas. Tiba-tiba dada jadi sesak tapi, pedulikan semua itu.

"Tak. Sekarang, yang kau beria sangat nak aku rapat bagai dengan Irfan ni dah kenapa?" Tanya Maryam pelik.

Aisyah hembuskan nafas. Kemudian Maryam nampak bibir Aisyah bergerak seperti berkata sesuatu. Yang peliknya, satu butir perkataan pun Maryam tak dapat tangkap.

"Mengomel apa tu?" Tanya Maryam.

"Takde apa, lah. Yam, kau sedar tak?"

Maryam malas mahu pandang Aisyah. Dia pandang buku teks Fizik di atas mejanya. Belek sekejap sementara tunggu cikgu masuk.

"Perasan apa pula?"

"Dulu, kau jarang tau nak bersembang lebih-lebih, nak senyum lebih-lebih, nak bergurau menyakat aku lebih-lebih. Tapi, aku perasan sejak kebetulan kau berjumpa Irfan tu, diri kau banyak berubah tau."

Kata-kata Aisyah buat Maryam menoleh. Matanya berkelip laju. Dada tiba-tiba berdebar sendiri.

"Bila Irfan datang, Subhi dan Joe datang, macam kebetulan yang kau cakap tu, kau dah banyak bercakap. Senyum dan bergurau kau pun dah banyak." Aisyah sambung kata. Hawwa dan Kalilah di hadapan pusing belakang, tiba-tiba berminat untuk dengar.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now