A51

4.9K 645 25
                                    

AISYAH ajak datang rumah. Katanya nak siapkan segera kertas pembentangan untuk subjek Fizik yang perlu dihantar Jumaat minggu hadapan. Entah apa yang merasuk diri kawannya itu, dia pun tak tahu. Kalau kebiasaannya, sehari sebelum kerja perlu dihantar, baru kalut nak buat. Dia pun terjebak sama walau banyak kali dah bagi nasihat kepada Aisyah. Padan muka. Tapi, hari ini jadi lain pula. Haraplah berkekalan begini.

Usai meletakkan barang-barang kerja yang diperlukan bersama beberapa buku rujukan ke dalam beg sekolah, Maryam segera ambil tudung bawal kelabu yang sudah siap digosok. Disarungkan atas kepala, dipin bawah dagu, diselempangkan hujungnya ke bahu kiri dan kanan. Siap. Tak perlu bergaya sakan.

Sentuhan terakhir, dia sapukan Vaseline pada bibir keringnya. Setelah itu, terus dia melangkah keluar dan Puan Nashiah dicarinya.

"Mak." Puan Nashiah yang sedang santai membelek surat khabar hari ini di dalam bilik, dia tegur.

"Ya. Hah, nak pergi dah ke?" Tanya Puan Nashiah. Dia scan atas bawah penampilan si anak.

Baju sukan lengan pandang warna putih, seluar tracksuit hitam dan tudung bawal kelabu. Pass. Lulus ujian penampilan.

"Ya, mak. Nak pergi dah ni." Maryam biarkan sahaja maknya memeriksanya. Dah biasa. Dan bila maknya diam begini, tak komen apa-apa, maknanya pakaian dia hari ini, lulus. Huh. Nasib baik. Tak payah tukar baju.

"Mueen takde kan, mak? Nanti mak pesan suruh dia ambilkan Yam, ek? Takut pula Yam dia lupa." Pesan Maryam seraya dia tunduk cium menyalam tangan maknya.

"Hmmm. Yalah." Balas Puan Nashiah dan pemergian anaknya dihantar dengan pandangan mata sahaja.

Maryam bergegas menyarungkan sandal di hadapan rumah namun perlakuannya itu cepat sahaja terhenti apabila telefon di tangan berdering kuat minta diangkat. Dia bukan seorang multi tasking. Jadi, satu kerja aje dia boleh buat dan dia pilih untuk menjawab panggilan.

Aisyah. Itulah si pemanggil. Segera dia gesek ikon hijau dan dilekapkan telefon rapat di telinga. Tangan dah tak bergerak sarungkan sandal di kaki.

"Hello."

"Kat mana?"

"Nak turun tangga. Sekejap lagi aku sampai."

"Kau datang dengan apa?"

"Bas nombor sebelas. Dah, bye. Sekejap lagi aku sampai." Tanpa menunggu maklum balas Aisyah, terus panggilan dimatikan. Telefon disimpan di dalam poket dan terus dia sarungkan kembali sandal di kaki.

Pagar ditutup rapat dan langkah diambil. Hari ini, dia akan bakar lemak yang terkumpul. Terima kasih kepada Aisyah.

PERJALANAN ke rumah Aisyah ditemani dengan satu plastik merah yang penuh dengan makanan ringan. Dia beli di kedai runcit tadi sebagai kudap-kudapan semasa melakukan kerja nanti. Dan dia tahu bila Aisyah nampak aje benda ni, pasti dia dileteri. Yalah, dah dipesan banyak kali tak perlu bawa semua ini, tapi degil juga nak bawa. Macam tiada makanan aje di rumah teres dua tingkat kepunyaan keluarga Aisyah itu.

Maryam senyum aje. Lantak pi lah. Dia memang dah biasa begini. Buat pekak aje nanti.

Langkah yang diatur sederhana laju mula berubah rental menjadi perlahan bila telinganya menangkap bunyi sayup-sayup orang mengaduh serta mencarut kasar. Dahi mula berkerut dan sekelilingnya dipandang. Kosong. Jadi, dari mana datangnya suara itu?

"Aku salah dengar, kut." Gumam Maryam sendiri sebelum langkah diatur laju semula. Namun, tidak Lama itu dia dengar semula suara seperti tadi. Kali ini, lebih jelas dari tadi. Tambah dengan bunyi tumbukan serta sepakan juga.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now