A84

4.6K 815 48
                                    

TEPAT jam 7:32 pagi, selesai sahaja bersarapan, keluarga kecilnya berangkat pulang ke Kuala Lumpur semula. Maryam yang jarang-jarang buat drama air mata tewas di situ. Sampai kena bahan. Mueen paling tak boleh blah. Dia siap buat video lagi. Katanya nak buktikan pada dunia bahawa dia bukan robot seperti yang diperkatakan ramai. Kepala dia! Kena sekeh sekali dengan Maryam.

"Tak payah menangis beria sangat. Nanti boleh video call, whatsapp, telefon. Bukan duduk zaman batu pun sekarang ni." Puan Nashiah memujuk dengan caranya. Nak tergelak sebenarnya. Mengenali anak sulungnya ini, dia bukan jenis menangis. Tapi, seperti yang dia kata : Pulau Pinang banyak mengubah Maryam. Alhamdulillah untuk itu.

"Yam. Dah lah berdiri tu. Masuk. Dah lama pergi dah kereta mak dan babah tu." Cik Noni memanggil. Anak buahnya yang masih berdiri di pagar rumah dia pandang.

Maryam menoleh dan mengangguk. Pagar ditutup dan diselak. Kemudian lambat-lambat dia menapak masuk ke dalam rumah. Satu langkah sahaja lagi kaki nak cecah dalam rumah, suara orang memberi salam menahannya untuk terus mengambil langkah.

"Waalaikumussalam." Maryam menjawab panggilan salam perlahan dan menoleh ke belakang.

"Rashdan tu." Cik Noni memberitahu perlahan sebelum dia berselindung di sebalik langsir rumah.

"Yam." Cik Noni yang memanggil buat Maryam menoleh. Terkebil-kebil matanya melihat pipi merah Cik Noni.

"Cik Noni okey tak? Demam ke?" Soal Maryam pelik. Tadi okey aje rasanya.

Pipi disentuh. "Merah ek?"

Maryam angguk.

"Err... Assalamualaikum." Rashdan yang kembali memberi salam membuatkan mata mereka berdua tertumpu kembali di pagar rumah.

"Waalaikumussalam." Jawab Maryam sekali lagi. Kali ini agak kuat. Mesti pak cik tu pelik kenapa dia masih tercegat di depan pintu rumah dan tidak bergerak menemuinya.

"Yam. Kau pergi lah. Kalau dia tanya mak cik ada ke tak, jawab takde. Okey!" Arah Cik Noni sebelum laju Cik Noni beredar dari situ.

Maryam kebingungan tapi dia turutkan juga arahan si mak cik. Lambat-lambat dia ambil langkah ke pagar semula. Rashdan yang tersenyum dihampiri.

"Maryam ya?" Tanya Rashdan. Maknya ada beritahu bahawa anak buah Noni tinggal bersama wanita itu. Dilihat, cantik. Tapi, cantik lagi mak ciknya, kut.

Maryam mengangguk. Cuba dia ingat nama yang disebut Cik Noni tadi.

"Err... Pak Cik Rashdan?"

Telan air liur bila dengar gelaran pak cik yang diterimanya.

"Err... Abang takde lah tua mana, dik. Dua tahun tua dari Cik Noni kamu aje. Panggil 'Abang Rashdan' sudah lah."

Maryam angguk tanpa perasaan. Rashdan yang melihat jadi kekok. Budak ni bad mood ke macam mana?

"Kenapa ek?"

"Oh! Abang nak bagi ni. Nasi lemak. Mak abang suruh bagi." Rashdan teringat semula tujuannya datang ke sini. Bekas tupperware berwarna putih diserahkan dari atas pagar.

Maryam mengangguk. "Terima kasih. Maaflah. Saya first time tengok abang. Mak abang siapa?" Tanya Maryam lurus.

"Mak Zakiah."

"Oh... Mak Zakiah."

Rashdan angguk. Maryam juga angguk.

"Okeylah. Terima kasih. Saya masuk dulu lah ya?" Maryam minta izin untuk berundur diri. Tapi, panggilan Rashdan menghalangnya.

"Err..." Gagap Rashdan buat Maryam kerut dahi. Tambah lagi dengan lelaki itu yang mengusap belakang lehernya dan menunduk ke bawah tanpa henti.

"Dah kenapa?" Being Maryam, dia selalu terlepas apa yang dia cakap dalam hati.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now