A36

5.3K 618 3
                                    

KETUKAN yang dia terima bertalu-talu pada muka pintu bilik tidurnya, buat Maryam tersedar dari lena panjangnya. Dan tika itu, sungguh dia rasa tak dapat nak buka mata sendiri. Berat semacam. Macam kena gam pun ada. Semua disebabkan rasa pening yang tiba-tiba datang menjengah. Bila dia cuba untuk buka mata, pandangan jadi berbalam-balam disertai dengan rasa pening yang makin menggila. Aduh! Dah kenapa pula dengan keadaannya pada pagi ini? Semalam, okey aje.

"Siti Maryam binti Mohammad Saidi!" Suara nyaring Puan Nashiah yang jelas bernada geram buat kepala Maryam makin pening. Namun, digagahkan juga diri untuk menyahut seruan si mak.

"Ya, mak!" 'Ya' sahaja kedengaran kuat. Nak sebut 'mak' jadi perlahan dek rasa pening. Lagi sekali. Adoi. Parah betul ni!

"Bangun, bersiap ke sekolah! Apa yang liat sangat nak bangun pagi ni?" Bebel Puan Nashiah tidak puas hati. Selama ini, elok sahaja anak dara yang seorang ini bangun pagi. Kadang-kadang, kejut pun tak perlu. Hari ni, nak berkejut macam nak berperang. Macam-macam!

"Ya..." Jawab Maryam lemah. Sambil itu, tangan dibawa mengurut belakang leher. Pening tak hilang lagi. Migrain kah?

Koh! Koh!

Dan tiba-tiba dia batuk. Dek kerana itu, tangan beralih tempat. Daripada leher, dibawa untuk menutup mulut yang sibuk batuk. Apabila, batuk sudah reda, nafas hendak diambil. Tapi, tiba-tiba udara yang masuk ke rongga hidung dirasakan sedikit. Tersumbat. Tersumbat dengan sejenis cecair yang dipanggil hingus. Kemudian, dia batuk lagi. Tak henti-henti! Hm... Macam dah boleh agak aje apa yang jadi pada dirinya hari ini.

Tangan terus dibawa ke leher, memeriksa suhu. Panas. Sah. Seperti yang dia agak. Dia demam.

"Dah lama tak datang. Elok pula timing kau 'melawat' ya? Last day sekolah sebelum cuti awal tahun bermula. Bagus." Omel Maryam sendirian dengan suara sengaunya. Tangan pula tak sudah-sudah dibawa mengurut pelipis kepala. Pening. Sangat pening. Nak bangun ni pun rasa macam nak tumbang semula. Aci tak kalau dia skip sekolah hari ni? Skip solat Subuh dah boleh dah. Hari istimewa.

"Maryam! Tak bangun lagi ke?!" Suara Puan Nashiah. Maryam agak, itu daru dapur. Tapi jelas. Jelas macam guna mikrofon. Itu maknanya, si mak betul-betul geram.

"Terima kasih, mak. Yam femes." Bisiknya lemah.

"Tak! Dah bangun!" Balasnya. Badan mula gigih bekerja untuk bangun, mengikut arahan yang diberikan Puan Nashiah tadi. Bersiap ke sekolah. Tapi, berdiri tak sampai seminit, dia dah tumbang semula di atas katil.

Sumpah. Kalau macam inilah gayanya, dia tak nak pergi sekolah.

SUMPAH dilanggar. Pembetulan. Terpaksa dilanggar. Well, thanks to Aisyah of course. Perempuan tu, memang suka memaksa dan mengganggu dia. Dan kali ini, tepat jam 6.45 pagi, dia dipaksa dan diganggu Aisyah. Tika itu, seorang Maryam baru sahaja selesai ambil sebiji Panadol bersama segelas air dah siap landing atas toto dengan selimut yang dah ditarik hingga ke paras leher. Tapi, masa itu juga seorang Aisyah nak buat panggilan kasih yang paling dia benci. Video call. Dan... selebihnya adalah sejarah.

"Aku tahu kau sayang aku." Ucap Aisyah dengan senyuman kemenangan terlukis di bibirnya. Sambil itu, mulut tak sudah mengunyah Kuih Ketayap yang dia beli. Walhal, sekarang baru sahaja pukul 7.45 pagi. Rehat pun tak lagi. Dasar suka buat peraturan sendiri.

"Tak. Aku benci kau." Maryam membalas dengan suara sengaunya. Ah. Hidung makin teruk tersumbat. Dia perlukan tisu.

"Kalau aku pengsan, semua tu salam kau!" Sambung Maryam sesudah hingus dihembusnya. Selepas itu, dia letak kepala di atas meja, beralaskan lengan sebagai bantal. Selesa lah, walaupun sedikit.

Aisyah yang mendegar kata-kata Maryam, terus mencebik. Kuih Ketayap yang masih dikunyah di dalam mulut, dia habiskan dengan menelan. Terasa rugi pula bercakap masa tengan makan kuih hijau ni. Buatnya tersembur, tak ke sia-sia? Dah lah kuih ini sedap!

"Alah! Takdenya nak pengsan bagai. Drama lebih kau ni! Ini dah mampu datang sekolah, kira dah okey lah tu, kan?" Bidas Aisyah. Sambil itu, dia mula mencari tisu untuk dilap tangan dan mulutnya yang sedikit comot. Tapi, tak jumpa.

"Nah!" Tak sempat nak meminta kepada Maryam mahupun Kalilah di hadapan, ada tangan yang terlebih dahulu menghulurkan. Wet tissue pula tu! Oh! Siapa rakan sekelas yang budiman sangat ni?

Wajah yang baru nak mengukir senyuman terharu, terus lenyap bila mata menangkap wajah si pemberi. Faris yang tersenyum masih lagi setia menghulurkan tisu basah kepadanya. Lambat-lambat Aisyah ambil dengan senyuman kekoknya.

"Err... terima kasih." Ucap Aisyah.

Faris senyum.

"Kalau kau nak lagi, aku ada. Kau minta aje kat aku." Ucap Faris kemudiannya.

Aisyah pandang Maryam. Geram pula dia bila perasan senyuman mengejek yang terukir di bibir Maryam. Eh-eh perempuan  ni. Tadi kata nak pengsan bagai. Ini macam dah sihat aje?

"Ha? Ya. Tengoklah. Tapi, takpe kut. Rasanya, Yam pun banyak tisu ni. Aku boleh minta kat Yam aje. Susahkan kau pula nanti bila aku minta." Elak Aisyah. Selagi boleh elak, dia elak. Sejak kes dia dapat surat luahan perasaan daripada Faris Selasa lalu, kekok sungguh dia rasa dengan lelaki ini. Zuhair yang sebelah Faris yang dia tembak, Faris pula yang terkena. Adoi!

Maryam senyum sinis. Peluang nak menyakat ni. Sakit, tak sakit, peluang kena rebut!

"Sorry. Tisu aku limited edition. Untuk kegunaan Siti Maryam Mohammad Saidi sahaja. Nak hembus hingus. Jadi, kau boleh minta kat Faris." Kata Maryam selamba sebelum dia tutup muka dengan lengan sepenuhnya. Sambil itu, sorok senyum mengejek. Kih kih kih!

Membulat mata Aisyah mendengar kata-kata Maryam. Cheesecake betul perempuan ni! Tak padan dengan sakit dia tu!

"So, kau minta kat aku aje lah." Faris dah senyum suka. Aisyah tak lepas dipandangnya. Oh, Cik Crush.

Aisyah alihkan pandangam daripada Maryam. Faris yang masih tersenyum seperti tadi dia pandang. Nampak aje senyuman itu, terus kepala terasa macam dihempap dengan batu besar. Terbeban!

"Ha? In shaa Allah. Susahkan kau aje." Aisyah pasrah.

Makin lebar senyuman Faris mendengar kata balas Aisyah. Sumpah, hati dah kembang setaman. Macam ini rupanya perasaan teruja dan suka. Oh! Sangat mengasyikkan!

"Untuk kau Aisyah, takde yang menyusahkan." Usai berkata begitu malu-malu, Faris terus beredar. Itu pun dengan gaya malunya. Melihatkan itu, Aisyah kaku manakala Maryam dah duduk tegak di kerusinya. Bila dengar sorakan pelajar lelaki di tempat Faris, terus mereka berpandangan sesama sendiri.

"EW!" Serentak mereka berkata.

"Aku nak pergi tandas." - Aisyah.

"Baldi. Baldi." - Maryam.

Hawwa dan Kalilah yang menjadi pemerhati sedari tadi, hanya mampu menggeleng kecil dan senyum sahaja. Ada sahaja gelagat dua orang rakan ini. Oh, pasti ini yang mereka akan rindukan sepanjang cuti ini.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now