A19

6.3K 704 32
                                    

MEMANDANGKAN Hari Karnival Sekolah akan tiba lagi seminggu sahaja lagi, pelajar-pelajar yang terlibat dengan menguruskan bahagian pementasan, promosi serta hiasan dewan diberi peluang sepenuhnya selepas rehat sehingga waktu tamat sesi persekolahan untuk menjayakan bahagian masing-masing. Kiranya, lepas rehat memang cikgu tak akan masuk. Mostly, untuk pelajar-pelajar tingkatan lima. Sebabnya, memang banyak pelajar tingkatan lima yang uruskan banyak benda. Cikgu hanya mengarah.

Maryam dah menapak dengan malas menuju ke dewan bersama Aisyah. Dua-dua malas walaupun dah banyak hari mereka berlatih. Dah boleh kata latihan mereka ini dah cukup sempurna tapi biasalah, Cikgu Ghazali pasti nakkan yang terbaik. Beliau, dah macam Papazola versi realiti tahu tak?

Melihatkan rakan-rakan pementasan yang dah eksaited terlebih dengan prop serta pakaian masing-masing, buat Maryam dan Aisyah berpandangan sesama sendiri. Menyampah? Sangat!

Walaupun dah lama, rasa suka untuk buat semua benda ini langsung tak pernah datang. Tak tahulah macam mana rakan-rakannya dahulu yang membenci, boleh jatuh suka tahap teroks dengan benda alah ini semua.

"Ha, Maryam! Aisyah! Cepat pilih outfit korang!" Khairul dah memanggil. Sambil itu dia angkat beberapa pakaian berwarna warni yang ada di hadapannya. Nak tunjuk pada kawan berdua itu.

Maryam dan Aisyah berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing lepaskan keluhan kecil. Dengan malas kaki melangkah menghampiri Khairul.

"Siapa punya baju ni?" Tanya Aisyah. Hendak tak hendak aje dia belek baju-baju itu.

"Kelab kebudayaan. Pinjam sekejap. Nanti karnival pun pakai ni. Cikgu Ghazali yang suruh. Dan cikgu pesan, hari ni kita praktis pakai baju-baju ni. Dengan pakai props sekali." Khairul menyampaikan pesanan Cikgu Ghazali kepada dua rakan sekelasnya yang baru tiba itu.

Mendengarkan itu, Maryam mengomel sedikit. Malu lah kalau kena pakai benda alah ni. Dah lah masuk pementasan ni pun dia dah malu.

"Cepat lah pilih! Kita buat latihan sekali aje. Pastu, kita siapkan prop yang masih belum selesai." Gesa Khairul sebelum dia melangkah pergi mendapatkan rakan-rakannya yang lain.

"Seriuslah kena pakai benda ni semua?" Tanya Maryam. Aisyah yang dah menyarungkan sehelai baju berwarna merah jambu dia pandang.

"Dan seriuslah kau nak pakai baju warna striking macam ni?" Maryam tambah soalan. Aisyah yang dah berposing sakan di hadapannya dia pandang tanpa riak.

Aisyah mengangguk dan mengekek ketawa. Baju merah jambu yang ada blink-blink itu dia kibas-kibaskan sedikit.

"Amalina... Amalina..." Dan lagu Santesh yang sedang popular sekarang dia nyanyikan dengan suara yang sengaja disengaukan.

Maryam geleng kepala dan menunduk malas. Tambah pula tu, rakan-rakannya yang lain ikut serta dalam konsert tak berbayar Aisyah. Dasar tak tahu malu betul perempuan ni!

Hawwa hanya gelak sahaja. Dia datang menghampiri Maryam yang dah semacam rupa orang tertekan. Fahamlah dengan perangai anti-social Maryam. Mana suka dengan suasana bising macam ni.

"Yam tak pilih baju lagi? Nak aku pilihkan baju?" Tanya Hawwa. Tak suruh Aisyah tolong? Kawannya itu masih sibuk dengan konsert Santeshnya.

Maryam angkat kepala. Hawwa yang sedang menolongnya memilih baju dia pandang.

"Aku kat planet mana ni?"

Hawwa terus hamburkan gelak. Nampak sangatlah tak suka Maryam sekarang. Alah. Hari-hari nampak sebenarnya. Tapi, mungkin sebab hari ini sekali dengan baju bling-bling dan terang macam ni, itu yang tambah tak suka tu.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now