FUTURE ; ADORE 9

2.9K 251 109
                                    

RAMBUT yang basah Irfan lap dengan tuala kecil berwarna biru. Berdiri di hadapan cermin, penampilannya ditilik sekilas. Takde lah bersiap sangat pun kerana dia tidak ke mana. Hanya di rumah bersama Maryam dek kerana demam yang tiba-tiba datang Subuh tadi.

Dan dijaga Maryam dengan baik, kepala dan badan terasa ringan. Dan terus kembali bertenaga segar bila makan bubur Maryam dan mandi.

Minyak wangi disembur ala kadar pada tubuh sebelum dia keluar dari bilik. Tangan kembali mengelap rambut yang basah. Mata melilau mencari Maryam. Entah ke mana isterinya. Ada juga dia panggil saat keluar dari bilik mandi, namun tiada sahutan Maryam yang diterima.

"Yam," Irfan memanggil lembut. Menjenguk ke dapur, tiada kelibat Maryam.

Ruang tamu dimasuki. Duduk di atas sofa, tuala dibiarkan di atas kepala. Badan dah bersandar pada sofa dan mata terpejam rapat. Kumpul tenaga sekejap.

Sedang Irfan diam-diam begitu, rasa kepalanya disentuh lembut sebelum tuala di kepala berkalih. Buka mata, Irfan disapa dengan Maryam yang tersenyum manis memandangnya. Berjangkit senyuman Maryam, bibir Irfan tarik senyum sama.

"Mandi dah?" Soal Maryam. Tuala dilarikan pada rambut basah Irfan. Bantu keringkan sedikit.

"Hmmm." Tanpa kata Irfan menjawab. Tangan Maryam ditarik sebelum sekilas kucupan jatuh pada tapak tangan Maryam.

Tersenyum Maryam menerimanya.

"Mula lah mengada bila dah sihat sikit," Perli Maryam selamba sebelum ruang kosong di sebelah Irfan diisi. Selesakan duduk bersila di atas sofa, Maryam ambil kusyen dan dipeluk. Irfan dipandang kemudiannya.

Tersenyum, Irfan mula angkat kepala. Irfan depakan tangan kanan lalu hujung jari telunjuk menyentuh lembut rambut yang sedikit terjuntai pada dahi Maryam. Dikuis-kuis perlahan biar wajah putih bersih Maryam dapat ditatap penuh.

Maryam hanya membiarkan sahaja. Tanpa suara dia memandang Irfan dan sesekali bibir ukir senyum bila pandangan mereka bertembung.

"Kau pergi mana tadi? Aku panggil banyak kali, tak menyahut pun." Tanya Irfan. Jari dilarikan pada pipi mulus Maryam.

"Oh." Membulat bibir Maryam. Teringat terus panggilan telefon daripada Aisyah tadi.

Nampak Irfan tadi, hilang semua perkara. Parah kalau sudah angau. Mujur dah jadi suami sendiri si Irfan ni.

Posisikan duduk sambil menghadap Irfan, Maryam sudah bersedia mahu bercerita. Tangan Irfan yang dah jatuh ke ribanya digenggam longgar.

"Tadi Cah call." Maryam mula mukaddimah kata.

Irfan mengangguk. Tongkat kepala dia mendengar bicara Maryam.

"Okey. Pastu?"

Maryam senyum.

"Fan rasa okey ke sekarang? Ada pening-pening? Rasa nak pitam ke? Sejuk tiba-tiba ke?" Soalan Irfan, Maryam tanya kembali dengan soalan.

Berkerut terus dahi Irfan. Badan tegak lambat-lambat. Terkelip-kelip mata cuba menghadam soalan Maryam.

Apa yang dia soal tadi sampai lari benar topik bual mereka? Ke mereka masih berada di bawah topik yang sama?

"Kau tanya apa ni? Aku tak faham. Kita masih lagi cakap pasal Aisyay telefon kau tadi kan?" Tanya Irfan.

Maryam mengangguk sebagai jawapan.

"Dah tu? Apa kena mengena dengan aku dah okey ke belum?" Irfan sambung bertanya.

Julingkan mata, Maryam urut perlahan tapak tangan Irfan.

"Jawab aje lah." Malas betul nada Maryam. Buat Irfan geram.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now