A44

5K 591 9
                                    

PINTU lif terbuka dan tanpa lengah, Maryam dan Aisyah keluar dari perut lif itu bersama beberapa penumpang yang lain. Dah sampai Ground Floor, tanpa lengah kaunter receptionist mereka tuju. Mahu simpan kunci kerana berkemungkinan mereka satu hari ni takkan ada di hotel. Banyak plan hari ni. Kalau bawa bersama, rasa macam tak selamat pula kunci itu nanti.

"Okey, jom. Mana Mueen?" Tanya Aisyah. Mereka ambil tempat di sebuah kerusi kosong di ruang menunggu.

"Kat atas lagi kut. Sekejap aku call dia." Beritahu Maryam. Telefon dia bawa keluar dari beg sandang hitamnya. Speed dial pada nombor Mueen ditekan dan deringan mula kedengaran. Sempat dia kerling Aisyah yang sibuk dengan telefon di tangan.

Tak sampai tiga deringan, panggilannya berjawab. Jongket kening sedikit dengan kelajuan Mueen. Nampak sangatlah si adik tengah main telefon tadi.

"Hah, kak! Kau kat mana? Aku dah dekat luar dengan skuter sewa ni. Tinggal korang aje ni." Tanpa salam terus Mueen bersuara. Teruja semacam pula tu. Okey, tolak tepi teruja tu sebab dia pun rasa yang sama.

"Oh, ya? Kalau macam tu aku dengan Cah keluar lah. Kat depan dah kan?" Maryam bersuara dan serentak itu, punggung diangkat dari kerusi. Aisyah yang melihat, mengekori sekali.

Panggilan dimatikan dan mereka sama-sama menapak keluar dari hotel. Tertempel senyuman suka di bibir masing-masing. Teruja dan kecekapan Mueen buat mereka lagi teruja. Tak payah susah-susah sebab Mueen dah jimatkan masa mereka.

Keluar sahaja dari hotel, mereka dah nampak Mueen bertenggek pada skuter lebih kurang 300 meter dari tempat mereka berdiri sekarang. Ya... Mereka berdiri tegak aje di situ, tak ambil langkah lanjut bila nampak lelaki yang ada di sekeliling Mueen. Riuh.

Aisyah merapat kepada Maryam. Lengan gadis itu dipaut erat.

"Err... Boleh bagitahu kenapa dorang boleh ada sekali dengan Mueen?" Bisik Aisyah. Mata masing-masing dah pandang kepada kumpulan lelaki yang dah berpusing juga memandang ke arah mereka. Masing-masing tayang muka kerek dan pasti muka kerek itu hanya untuk Maryam seorang.

Maryam tanpa lengah pusing membelakangi mereka dan speed dial nombor Mueen dia tekan sekali lagi. Bila panggilan bersambung, terus dia dengar suara kebingungan Mueen.

"Err... Kak? Kenapa call?" Yalah. Dah ada depan mata sahaja, sibuk nak call kenapa? Boleh aje datang kepada dia dan cakap.

"Macam mana kau boleh ada dengan dorang?" Tanya Maryam. Suara sedikit geram.

Mueen gelak kecil.

"Oh, tu. Tadi turun sekali sebab tu ada sekali ni hah dengan aku." Jawab Mueen.

"Dah tu, kenapa dorang tak blah lagi? Menempel kat kau lagi kenapa?" Tanya Maryam geram. Tambah geram bila Aisyah tak sudah-sudah mencubit halus lengannya.

"Oh tu..."

"Apa? Ish, Aisyah! Janganlah cubit aku!" Sempat mulut menceceh memarahi Aisyah. Aisyah di sisi dia pandang. Dan bila lihat riak cuak Aisyah, berkerut terus dahi.

"Eh, kau kenap---" Tak sempat nak habiskan kata, Maryam rasa telefonnya ditolak dari belakang dan tak sempat telefon itu jatuh mencium jalan tar, ada tangan lain yang terlebih dahulu menyambutnya.

Kaget. Terkejut. Shocked. Semua berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Tangan yang menyambut itu bergerak dan mata Maryam ikut sama bergerak. Telefon melekap pada telinga, dan mata Maryam terkebil-kebil.

"Adik, nanti call semula. Bila kakak kau jauh dari kau." Sinis suara Irfan memerli buat Maryam tersedar.

Telefon dihulur dan laju Maryam merampasnya dari tangan Irfan semula. Lelaki itu dijeling tajam.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now