A26

5.7K 733 22
                                    

PAKAIAN persembahan sudah pun ditukar dengan pakaian sukan sekolah. Maryam dengan penuh selamba berjalan memasuki booth yang akan dijaga bersama Shauqi dan juga beberapa pengawas perpustakaan yang lain. Adalah dalam lima orang termasuk dia.

Shauqi, bila nampak sahaja dia memasuki booth Kempen Derma Buku mereka, terus tarik sengih sambil tunjuk mini love dengan jarinya. Melihatkan itu, Maryam julingkan mata.

Ini yang lemah semangat. Selamba tadi dah berkurang sedikit.

"Katakanlah pada ku kasih, seandainya punya perasaan sepertiku agar, kita bisa bersama!" Shauqi mula menyakat dengan mula menyanyi bait lagu yang dia dendangkan di persembahan tadi.

Maryam tutup muka sendiri. Hangat wajah kerana malu dia dah dapat rasa.

"Oh, Maryam. Diam-diam, boleh tahan comel tahap giga juga ek kau atas pentas tadi." Shauqi berkata. Dirinya mula dihampiri lelaki itu. Sumpah, kalau dia jadi siput, memang kepala dia dah masuk dalam cengkerang coklat putih tu.

"Macam mana tadi? Cuba nyanyi dan buat semula." Shauqi menyakat. Walaupun wajah Shauqi Maryam tak pandang, dia dah dapat agak pasti sengihan lebar yang ada pada wajah lelaki itu. Dengar suara aje dah tahu.

"Bising lah kau." Maryam angkat muka. Beg yang dia sandang tadi dia letak atas kerusi. Kaki melangkah menjauhi Shauqi kemudiannya.

"Aku, sedar ku telah jatuh cinta. Dengannya hati ku merasa luar biasa." Nyanyian Shauqi sekali lagi buat Maryam tundukkan kepala. Terbayang terus bagaimana dia dia atas pentas tadi.

Dia yang menyanyi lagu itu sambil tayang muka teruja melihat prop-prop yang berbentuk gerai jualan. Sambil itu buat mini love pula tu. Tak tambah pula dengan bagaimana dia peluk kawan-kawan perempuannya yang memakai costume makanan dan minuman.

Memang gila. Memang memalukan. Memang gedik. Memang tak cool.

"Yam." Maryam dengar Shauqi panggil namanya. Lambat-lambat dia angkat kepala bila rasa Shauqi memang tak akan sambung ayat selagi mereka tak bertentang mata.

Gedik punya lelaki.

"You're adorable up there. Dub-dab jantung aku." Shauqi senyum. Dan sumpah Maryam rasa senyum Shauqi senyum lain macam. Bukan senyum mengejek. Bukan senyum menyakat. Macam senyum ikhlas.

Bulu roma meremang tiba-tiba. Dan terus Maryam alihkan pandangan. Kekok menguasai dirinya.

"Kau ni tak betul lah. Aku nak buat kerja. Sana." Terus Maryam ambil langkah meninggalkan tempat itu.

Shauqi hanya senyum. Maryam yang dah duduk di meja kaunter bersebelahan dengan Suraya, Shauqi pandang.

"Comel."

TAK sangka pula Maryam, yang booth Kempen Derma Buku mereka mendapat sambutan yang baik. Ramai juga yang beratur nak derma buku. Dan ramai juga yang datang untuk membeli buku-buku yang mereka paparkan. Tak kurang juga yang datang untuk membaca buku. Maryam jadi seronok dengan suasana itu. Tapi penat. Sebab tu dia minta izin nak berehat sekejap.

Air Mangga Susu yang dia beli baru sekejap tadi dia pandang. Ada dua. Satu untuk Aisyah. Nak duduk seorang diri memang seronok, tapi lagi seronok bila ada Aisyah.

Kaki terus melangkah hendak mencari Aisyah. Booth jualan Kelas 5-3 Maryam cari. Dah jumpa, dia hampiri. Dan jelas dia nampak Aisyah yang sedang sibuk di situ. Sibuk berbual dan makan.

"Amboi." Tegur Maryam bila dia menghampiri Aisyah. Aisyah tika itu hanya mampu tayang sengih aje.

"Orang lain menjual, kau makan pula ya? Dasar gendut." Kutuk Maryam selamba sebelum dia hulurkan Air Mangga Susu yang dia beli untuk Aisyah tadi.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now