A31

5.5K 776 60
                                    

MARYAM beratur dalam barisan menunggu giliran untuk membeli enam bungkus Nasi Lemak serta beberapa jenis kuih-muih untuk sarapan di rumah. Hari ini, hari minggu dan Puan Nashiah tiba-tiba rasa malas nak masak sarapan pula. Sudahnya, dia yang bangun awal pagi ini kena turun beli Nasi Lemak pula. Takpelah. Rasanya, dah lama juga dia tak jejak ke Gerai Nasi Lemak bawah flat ini.

Sedang dia menunggu dalam barisan, Maryam rasa telefon di dalam poket hoodienya bergetar. Terus tangan seluk masuk untuk keluarkan benda petak yang canggih itu.

WhatsApp daripada Mueen.

Mueen
Kak. 100plus original satu.

Terus Maryam julingkan mata ke atas. Jari-jemarinya terus bergerak laju menekan papan kekunci yang terpapar di skrin. Ingin membalas.

You
Turun sendirilah.

Mueen
Malaslah. Alah. Kau kan bawah. Alang-alang tu...

You
Alang-alang tu, campaklah duit. Kau kan dalam bilik.

Mueen
😠

You
Heh

Data terus dia matikan dan telefon dia masukkan ke dalam kocek hoodie semula. Sambil itu ketuk sandal hitamnya sekali dua. Ceh. Sekadar nak sembunyikan senyum kecil dia aje sebenarnya. Tak naklah orang nampak dia tersengih bila balas WhatsApp tadi.

"Yam!"

Terus mati senyum Maryam dan kepala terus dia angkat. Mata pula membulat bila lihat gerangan si pemanggil namanya tadi dari jauh.

Subhi yang ditekup mulutnya oleh Irfan.

"Eee. Apasal aku kena jumpa mamat ni pulak?" Gumam Maryam tidak senang. Terus dia alihkan pandangan daripada dua lelaki yang sedang menapak ke arahnya ini.

"Dia tinggal kat sini juga ke?" Soal Maryam sendiri sambil laju sahaja tangan tarik hoodie di kepala menutup kepala dan sisi wajahnya.

"Maryam!" Terpejam rapat mata Maryam bila dengar suara Subhi betul-betul di belakangnya. Okey. Mana budak perempuan yang beratur di belakang dia tadi?

"Maryam!" Suara Subhi kedengaran lagi diselangi dengan kata 'aduh' yang tertahan-tahan. Dan itu buat pengunjung gerai yang turut beratur sekali, mengalih pandang kepadanya.

"Mary---"

"Berhenti lah! Nak bagi satu kawasan ni tahu nama aku ke?" Desis Maryam garang kepada Subhi sebaik sahaja dia pusingkan kepala pandang Subhi.

Subhi terdiam seketika sebelum dia sengih. Irfan, Maryam nampak dah Irfan tarik hoodie menutup kepalanya dan sisi wajahnya. Mungkin malu juga.

"Apa ni, Yam? Pagi-pagi lagi dah marah." Subhi menyapa selamba macam biasa. Takde rasa bersalah langsung dengan geram yang Maryam tunjuk tadi.

Maryam tayang muka jengkel sebelum dia berpaling memandang hadapan semula. Kaki dipandang.

"Cantiknya sandal dia!" Suara Subhi kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat, dan lebih bernada teruja. Dan macam biasa, jeritan 'aduh' pasti kedengaran selepas itu.

Dan terima kasih kepada Subhi, semua yang beratur tengah pandang sandal dia. Maryam sumpah nak lari sekarang! Kalaulah tak kerana sarapan mereka Nasi Lemak bungkus hari ini. Kalaulah.

Kepala dipusing memandang Subhi. Pandangannya tajam, tapi pandangannya itu seolah-olah tak beri kesan langsung kepada Si Subhi. Dia ni memang lah... kebal sangat ni!

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now