A99

6.1K 665 165
                                    

WAKTU senja sudah berlalu hampir satu jam yang lalu. Semua selain Heng sudah pun melaksanakan Solat Maghrib sebelum mereka berkumpul semula di tempat khemah mereka didirikan. Pandang kawasan pantai, nampaknya bukan mereka sahaja yang buat aktiviti melepak begini. Ada ramai juga tapi tidaklah sampai penuh pantai ini.

Maryam menunggu Aisyah di siap bersolat di luar kawasan solat mereka. Telefon dibawa keluar dan pesanan ringkas yang mengatakan dia pulang agak lewat dihantar kepada Cik Noni. Nampaknya Cik Noni mereka memang tak dapat join aktiviti mereka satu hari ini. Mungkin juga Cik Noni ambil 'nasihat' yang menyuruh dia keluar berdating sahaja dengan Rashdan selepas selesai 'kerja'.

"Yam." Wajah diangkat dari skrin telefon dan Aisyah yang kelihatab lain dari tadi Maryam pandang. Style shawl dah lain nampaknya.

"What?" Tanya Aisyah pelik bila lihat Maryam tak sudah lagi pandang.

"Kenapa tukar style shawl? Are you impressing someone?" Tanya Maryam, menyakat. Kening dijongket beberapa kali dengan riak mukanya yang dikekalkan tanpa riak.

Aisyah julingkan mata. Tapi masih lagi gagal tutup bibir yang dah naik melengkung sedikit membentuk senyuman.

"Aku buat style biasa aje eh. Kau tak payah nak over." Kata-kata membela diri daripada Aisyah sambil lengan memaut lengan Maryam.

Maryam gelak kecil. Mereka mula mengorak langkah bersama-sama ke tempat khemah mereka.

Dalam perjalanan ke khemah, masing-masing diam. Aisyah yang sibuk bermain telefon Maryam pandang sebelum dia pandang kaki sendiri yang perlahan mengorak langkah.

"Cah."

"Hmm." Sekilas Aisyah pandang Maryam sebelum skrin telefon dipandang semula.

"Kau kata kau zing kat Joe kan?" Soal Maryam tiba-tiba.

Langkah mereka berhenti seketika. Masing-masing pandang satu sama lain sebelum kaki mengorak langkah bersama kembali.

"Haah."

Maryam diam setelah dengar jawapan Aisyah. Dan diam Maryam itu buat Aisyah simpan telefonnya dan wajah Maryam dipandang.

"Kenapa? Kau suka dia juga ke?"

Maryam terbatuk kecil sebelum dia menggeleng laju. Aisyah hanya gelak kecil.

"Aku tahu kau tak suka dia. Kau suka orang lain kan?"

Sekali lagi langkah mereka terhenti. Maryam terkejut pandang Aisyah yang dah tarik senyum kecil.

"Macam mana aku tahu? Easy. Kau kawan aku. Perubahan kau mesti lah aku tahu. Kenapa berlaku perubahan tu pun aku tahu. Sebab siapa pun aku tahu. Kau aje tak tahu." Aisyah tanya dan Aisyah sendiri yang menjawab. Sambil itu dia tarik lengan Maryam menyuruh kawannya itu berjalan kembali.

"Kau tahu aku suka siapa? Bila kau tahu?" Tanya Maryam. Aisyah tak sudah-sudah senyum dia pandang. Masih lagi terkejut.

Aisyah gelak. Kepala Maryam diketuk perlahan sebelum dia gelak kecil.

"Tahu lah." Senyum meleret.

Maryam tekebil-kebil sendiri. Mereka sudah menghampiri kawasan khemah mereka. Kelihatan empat orang lelaki yang mereka kenali sudah pun berada di situ dengan unggun api di tengah-tengah mereka. Entah siapa yang nyalakan tu pun mereka tak tahu.

Aisyah dekatkan bibir ke telinga Maryam, isyarat ingin berbisik. Sambil itu mata masing-masing empat sekawan yang tengah riuh hamburkan tawa besar.

"Kau suka yang tu kan? Yang pegang gitar tu." Aisyah berbisik dan semerta langkah Maryam terhenti. Aisyah yang senyum pada dia, dia pandang dengan mata laju berkelip.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now