A65

5K 629 74
                                    

ENTAH lah. Disebabkan moodnya yang tiba-tiba naik menyampah semalam, tertunda terus dia nak serahkan buku-buku serta songkok Irfan yang sepatutnya diserahkan semalam juga. Sudahnya, dia terpaksa pula serahkan hari ini.

Tapi, macam bertambah menyampah pula dia hari ini bila mata ni tak habis-habis nampak kemesraan dua makhluk berlainan jantina tu. Irfan dan Dayang lah. Siapa lagi? Dan, jangan tanya kenapa mata dia boleh nampak sebab jawapannya dia tak tahu.

Dan, macam sekarang. Tengoklah tu. Makhluk tuhan berdua tu tengah jalan bergandingan sebelah menyebelah. Tak pandang kiri kanan, macam kantin yang bapak besar ni takde orang lain dah!

Meluat betul! Lagi-lagi Dayang tu. Entah apa yang gadis lawa itu nak tunjuk pun tak tahu. Macam over sangat gelak dia, senyum dia. Malah lenggok badan dia pun over semacam.

Pandangan mata Maryam cepat sahaja beralih bila perasan Irfan sedang memandangnya. Huh! Kecik hati lah dengan mamat tu. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab lelaki tu gatal sangat kut. Entah. Argh! Apa-apa aje lah.

Nasi Goreng di dalam pinggan dia kuis perlahan guna sudu. Dah lah Aisyah tidak hadir ke sekolah hari ini. Dia pula kena melayan perasaan menyampah yang tak tahu bila nak habis ini seorang diri pula.

Nafas dikeluh lemah. Dan tiba-tiba mata kembali mencari wajah Irfan semula. Tapi, bila nampak Dayang, cepat dia berpaling.

Sedar yang dirinya ini macam orang tak betul dah, Maryam tampar perlahan pipinya.

"Apa benda lah kau ni, Yam? Makan! Yang sibuk nak mengintai orang lain kenapa?" Marahnya pada diri sendiri. Tangan mula menggerak masukkan sesudu Nasi Goreng ke dalam mulut.

Urgh. Dia rindu Aisyah. Dia rindu Mueen. Dia rindu Puan Nashiah. Dia rindu Encik Saidi. Dia rindu I.D. Dia rindu Irfan. Dia rin---

Badan tegak. Mata berkelip-kelip laju.

"Jap. Kau rindu siapa, Yam?" Soalnya tak percaya pada diri sendiri. Nama-nama yang dia cakap dia rindu dalam diam itu diulang semula dalam kepala.

"Ada Irfan? Kenapa kau nak rindu dia pula?" Tanya Maryam tak percaya. Laju kepala menggeleng dan masa tu tak sedar yang dia dah cari wajah Irfan semula.

"Sorang?" Perlakuan Maryam terganggu bila ada yang menegur. Pusing depan, ada Subhi dan Heng yang dah duduk di hadapannya. Siap letak makanan pagi mereka di atas meja juga.

"Aku rasa, aku tak setuju untuk share meja." Maryam menghalau secara halus. Lagi elok duduk bersendirian kut daripada ditemani dua lelaki ini.

"Alah, alang-alang you sorang ni, kitorang pun takde kawan." Balas Heng. Dia mula menyuap masuk sesudu mee goreng ke dalam mulut.

Subhi yang merenungnya dia pandang. "Ni, bukan kawan kau ke?"

Heng pandang Subhi dan mengangguk.

"Kawan juga. Yang lagi dua orang tu takde, maknanya takde kawan lah."

Maryam buat muka. "Istilah mana kau guna, aku pun tak tahu."

Malas mahu melayan, Maryam sambung makan. Dia buat tak endah dengan pandangan orang sekeliling. Macam tak pernah tengok orang.

Haih, ingatkan benda macam ni berlaku dalam drama atau novel aje. Rupanya dalam alam realiti seorang Siti Maryam pun berlaku, ya?

Asal duduk dengan orang terkenal sikit, kena pandang. Cliche. Tipikal.

"Asal kau tak makan?" Pertanyaan Heng buat Maryam angkat wajah. Nak tahu siapa yang tak makan sebab dia memang tengah mengunyah sekarang.

Subhi dipandang. Dia berkerut. Lelaki ni memang dari tadi tengah pandang dia ke macam mana? Sebab dari tadi, macam gitu juga.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now