ADORE ; FUTURE 7

4.1K 384 105
                                    

TELEFON yang berdering kuat dipandang. Melihat nama pemanggil yang muncul di skrin telefon menerbitkan senyum lebar di bibir Irfan. Langsung sahaja telefon dicapai dan skrin telefon digesek. Badan yang tadinya hanya tegak semasa berkerja sudah mula bersandar pada kerusi.

"Assalamualaikum." Irfan memulakan bual terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam, Fan!" Dengar suara manis Maryam, rasa stress berkerja tanpa henti sedari tadi terus hilang. Senyum di bibir makin melebar.

Kuasa seorang Siti Maryam begini lah.

"Seronoknya suara keluar dengan Aisyah." Tergelak kecil Irfan menuturkan kata. Terbayang terus riak suka  Maryam dan suara yang lebih sama seperti ini apabila dia mengizinkan Marya keluar berdua besama Aisyah di bandar pagi tadi.

Maryam ketawa kecil, dan itu buat Irfan raup wajah. Dada sudah berdebar sendiri. Haila. Sudah berkahwin pun, rasanya tetap sama. Tiada yang berubah malah dirasakan semakin bertambah! Sohih dia jatuh sejatuh-jatuhnya kepada Maryam.

"Thanks to you too." Manja nada Maryam. Dapat Irfan bagaimana riak wajah isteri tercintanya itu dalam kepala. 

Irfan senyum. Jam dikerling. Hampir jam 4:30 petang. Maryam keluar dari jam 11 pagi tadi. Rasanya dia dapat tebak mengapa Maryam menghubunginya. Pasti Maryam ingin beritahu bahawa mereka sudah mahu bergerak pulang. 

"Ni Yam nak balik dah ke?" Soal Irfan. 

"Oh, tak.  Belum nak balik lagi. Tapi..."

Badan Irfan tegak. Tidak lagi bersandar di kerusi.

"Nak minta izin balik lambat pula ke?" Agak dingin suara Irfan. Membayangkan yang dia pulang tanpa Maryam menyambutnya di rumah buat hatinya dipaut resah sendiri. Sejak Maryam tidak berkerja dan hanya ada di rumah, dirinya sudah terbiasa dengan dirinya yang dimanjai Maryam setiap kali dia pulang ke kerja. Dan tiba-tiba, hari ini tiada.

Haih.

Mendengar suara Irfan, Maryam lepas tawa sendiri. 

"Balik lambat tapi bukan sebab keluar dengan Aisyah. Tapi, sebab nak pergi super market. Barang dapur banyak habis dah lah, boy." Beritahu Maryam. 

Irfan melopong sendiri. Kotak memori cuba digali semula. Mahu ingat kali terakhir dia dan Maryam keluar ke pasar raya. Dan bila teringat semula rasanya sudah hampir sebulan juga. Padan sahaja Maryam minta izin untuk ke pasar raya.

"Dah nak habis sangat ke?" Soal Irfan. Jam dikerling sekali lagi. 

"Dah, boy. Kalau tak pergi beli, mungkin kita makan telur goreng lauk kicap malam ini." Jawapan Maryam buat Irfan tersenyum kecil. Badan disandarkan kembali ke kerusi. 

"Kalau dengan kau, telur goreng lauk kicap pun sedap, sayang."

Penuh telinga dengan suara gelak Maryam. Nampak sungguh wanita itu terhibur dengan pick-up line yang baru sahaja dia keluarkan sebentar tadi. 

"Uuu, next level eh cringe dia." Kutuk Maryam selamba dan itu buat Irfan julingkan mata. Sambil tu bibir tersenyum. Maryam annoying, tapi comel. Hahaha!

"So, boleh tak ni?" Soal Maryam.

Irfan diam sendiri. Meja diketuk-ketuk perlahan dengan jemari runcingnya. Skrin komputer yang terpampang kerja-kerja yang belum selesai ditatap lama sebelum dia mengangguk kecil. Kepala sudah ada keputusan untuk jawapan Maryam. Namun, satu jawapan perlu dia dapatkan terlebih dahulu daripada Maryam.

"Nak pergi super market mana?" 

"Giant."

"Yang dekat dengan rumah tu?" 

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now