FUTURE ; ADORE 10

2.3K 237 30
                                    

MARYAM keluar dari tandas dengan wajah yang lembab. Dia baru selesai cuci wajah untuk rutin kecantikannya. Sekarang, mahu sapu baki skincare di wajah. Tapi, niat itu terbantut bila lihat bilik tidur yang kosong.

"Aik? Mana pula dia pergi?" Garu kepala, Maryam hairan sendiri.

Sebelum masuk tandas tadi, elok sahaja Maryam nampak Irfan lena di atas katil. Dia mahu menyakat kerana Irfan buang tebiat maauk tidur awal pun tak jadi. Lena sangat. Tambah lagi raut wajah Irfan jelas tampak letih.

Menjenguk ke luar, dahi Maryam berkerut. Ruang tamu gelap. Dapur juga. Jadi di mana Irfan? Pergi mana?

"Fan?" Maryam memanggil. Kaki dah melangkah keluar dari bilik. Penuh berhati-hati dia jalan lurus menuju ke bilik kerja Irfan.

Lelaki itu tidak ke pejabat pagi tadi. Tiba-tiba pula pening kepala katanya. Tapi, lepas dapat tidur, elok pulak keadaan Irfan. Disuruh pergi kerja, tak mahu pula. Mengada sungguh!

Buka pintu bilik kerja Irfan, dahi Maryam tambah berkerut. Pinggang dicekak dan kepala digaru. Tanda hairan bila tiada Irfan di situ.

"Irfan Daniel?" Maryam panggil. Kaki dah ambil langkah semula. Nak cari Irfan.

"Keluar pergi mana?" Soal Maryam sendiri.

Baru nak masuk bilik ambik telefon untuk hubungi Irfan, telinga Maryam tangkap bunyi pagar besi ditarik dan ditutup. Laju lah dia ke depan pintu masuk.

"Assalamualaikum." Irfan memberi salam sebaik sahaja dia kuakkan pintu. Mengintai sedikit dia ke dalam rumah, mahu lihat jika ada Maryam.

Dan memang ada pun Maryam. Pasti dengan wajah risaunya. Seperti yang Irfan jangkakan. Kerana itu, bibir tarik senyum.

Tutup pintu, Irfan berdiri tegak seketika sambil pandang Maryam.

Maryam cekak pinggang. Atas bawah, atas bawah Irfan yang santai dengan t-shirt putih dan seluar tidur kotak-kotak hitam merah. Pakai spek pula tu. Rambut depan pun tutup dahi.

Ini dah rupa anak muda ni. Bukan suami orang ni. Confirm kena mengayat ni.

"Hai, Yummy." Irfan menyapa. Plastik yang dipegang diletak atas meja pulau sebelum badan menghampiri Maryam. Dipeluk Maryam erat sebelum pelukan dileraikan.

"Hai, hai. Pergi mana hensem-hensem macam ni?" Soal Maryam. Hujung baju Irfan ditarik sedikit.

Memang hensem. Tak tipu.

Irfan gelak. Bahu Maryam dipaut dan beriringan mereka menuju ke meja pulau. Irfan mahu tunjuk apa yang dia order di aplikasi Food Panda tadi.

"Irfan ambil delivery tadi." Beritahu Irfan sambil biarkan Maryam menggeledah isi plastik.

Maryam pandang Irfan. Hairan lagi. Jam di dinding dikerling. Baru jam 9:25 malam. Mahu makan lagi? Mereka baru aje selesai makan lebih kurang 45 minit yang lalu.

"Kita kan baru dinner?" Tanya Maryam.

Irfan jongketkan bahu. "Teringat kebab ni. Tengok kat Food Panda ada, Fan beli lah." Mudah balasan Irfan.

Maryam angguk. Terima aje. Tapi, ada satu benda yang dia tak dapat terima.

"Okey, tak kesah lah yang tu. Yang ni... beli sampai enam bungkus ni kenapa? Siapa nak makan?" Beberapa bungkus kebab Maryam angkat. Tunjuk kepada Irfan.

"Awak ni, masa mamai ke order makanan? Kita dua orang aje, Fan." Sambung Maryam lagi.

Irfan sengih sahaja. Pipi Maryam ditekup, mahu suruh Maryam berhenti membebel. Perut lapar ni minta diisi. Tak mahu dengar bebelan Maryam sekarang. Nanti boleh.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now