A50

5.4K 671 93
                                    

HARI Jumaat. Hari kelima persekolahan sebaik sahaja cuti penggal pertama tamat oada Ahad lalu. Dan untuk hampir seminggu ini, Maryam boleh kata hari-harinya berjalan dengan lancar. Malah, tersangat lancar. Yang menjawab soalan ala-ala wartawan Hawwa dan Kalilah semestinya Aisyah. Masing-masing kecoh bila lihat gambar yang dikongsi Aisyah di Instagramnya. Yalah. Elok plan bertiga, last-last dalam gambar berenam. Dia yang sememangnya malas nak buka mulut hanya akan pandang Aisyah bila dia terima soalan. Dan dia tak mahu ingat benda dah lepas. Lagi-lagi kalau ada kena mengena dengan budak bertiga tu. Cukuplah seminggu.

Maryam juga bangga dengan dirinya. Masuk hari ini, dah nak hampir seminggu juga dia berjaya elakkan diri serta bersembunyi daripada budak bertiga itu. Untuk keamanannya juga. Macam dia cakap, cukup seminggu aje lah dia dengan budak bertiga itu. Lagipun, dia harap dengan cara ini, mereka tahu yang dia tak nak dah ada kena mengena dengan mereka. Get back to old us. We are strangers okay?

Tapi, bila dapat mengelak daripada mereka bertiga, Maryam lupa pulak nak masukkan Shauqi dalam list orang-orang yang perlu dia elak juga. Sudah lah sepanjang cuti hari tu, tak sudah-sudah Shauqi ganggu dia dengan panggilan telefon dan WhatsApp. Maryam jadi menyampah dah. Dulu, Shauqi okey aje. Entah apa yang merasuk lelaki itu tiba-tiba nak berbaik lebih-lebih dengan dia.

Dan sekarang, dia kena hadap lagi Shauqi. Sumpah... Menghadap sengih Subhi lagi okey rasanya.

"Maryam... Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Suara Shauqi yang merengek minta perhatian buat Maryam pejam mata tahan geli.

Dia mengeluh lemah. Buku kehadiran dia tutup dan Shauqi yang sedang bertenggek di hadapan kaunter dia pandang bosan.

Shauqi pula, bila dapat perhatian Maryam walau sedikit, dah tarik senyum lebarnya.

"Kau takde kerja lain ke? Tak puas dah nak dekat seminggu kau ganggu aku?" Tanya Maryam bosan. Kali ini, Buku Log Pinjaman Buku pula dia ambil. Mahu periksa.

"Aku tengah buat kerja lah ni." Jawab Shauqi. Dan itu, undang jelingan sekilas daripada Maryam.

"Bagitahu aku, kerja apa yang kau buat selain bertenggek kat depan ni?" Tanya Maryam.

"Aku tengah mengawasi."

Berkerut dahi Maryam.

"Mengawasi bidadari depan aku." Tangan dibawa menongkat dagu sendiri sambil mata tak lepas pandang Maryam yang tak berperasaan di hadapannya.

Krik... Krik...

Maryam kembali pandang buku log. Tak terkesan langsung dengan kata-kata Shauqi. Budak ni... Dah seminggu bagi ayat sama. Dia syak, Shauqi jadikan dia sebagai orang yang akan berlatih dengan dia berpick-up line supaya lelaki ini lebih berkeyakinan mengayat mana-mana gadis dalam sekolah ni.

Dan, Maryam rasa buat dengan dia, sangat tidak membantu. I mean... Look at her reaction. Dia tak cayaq macam ayaq pun.

Seminit berlalu, dan mereka masih begitu. Shauqi menunggu reaksi dan Maryam yang malas mahu tunjuk reaksi. Sudahnya, Shauqi mengeluh hampa.

Entah ini pick-up line yang Kali ke berapa dia beri kepada Maryam. Tapi, begini sama juga reaksi yang dia dapat. Tak lut-lut! Susah benar nak pikat Siti Maryam yang seorang ini. Sudahnya, hati dia sendiri yang mengeluh hampa.

"Kau ni... Macam dah biasa aje dengar ayat macam gini. Banyak dapat confession ek? Sebab tu tak cair." Shauqi merungut sedikit. Dia dah letak kepala atas kaunter itu.

Maryam tak bagi balasan. Masih dengan kerjanya.

Sejujurnya, Kali pertama dia kena, ada lah cair. Sikit. Tapi, dah nak hampir seminggu ni, dengan sehari berbelas-belas ayat manis yang dia dapat, buatkan dia tak rasa apa dah.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now