A45

5K 654 35
                                    

DI sebalik kaca mata hitam yang dipakainya, sepasang mata milik Irfan tak pernah terlepas daripada memandang wajah ceria Maryam. Gadis itu seronok bergelak kecil bersama Aisyah yang menunggang skuter. Dah tak peduli dengan keriuhan Subhi dan Johari yang seperti baru pertama kali menaiki skuter. Mueen yang sedang berVlogging di belakangnya pun dia buat layan tak layan aje. Lantaklah adik ipar itu nak fikir apa pun. Dia tengah sibuk sekarang ni.

Sangat sibuk.

Subhi dan Johari yang perasan akan itu, hanya mampu menggeleng kecil sahaja. Sesekali mencebik menyampah ke arah Irfan.

"Kau tengok muka dia tu." Johari mulakan 'buka kedai kopi' di atas skuter.

"Berseri habis doh! Geli aku!" Dan bersama kata 'geli' itu, badannya digoyangkan ikut sama melakonkan geli itu. Hampir terbabas ke lane sebelah jugalah skuter yang Subhi pandu ni.

Subhi gelak kecil. Dia pandang Irfan kemudian pandang Maryam. Lama. Kemudian pandang Irfan yang dah sembunyikan senyum sebab Maryam letuskan tawa tadi.

Subhi senyum.

"Itulah yang orang panggil, the power of love!" Geli Johari dengar ayat Subhi. The power of love konon! Entah sejak bila Subhi jadi macam ni.

Subhi, Johari pandang. Dan dahinya berkerut bila lihat pandangan mata Subhi yang jatuh pada Maryam. Dia ni... Dah kenapa pula pandang Maryam jugak?

"Woi!" Bahu Subhi,  Johari tepuk kuat sampai terkujat kawan tu dibuatnya. Akibatnya, punggung dia sakit sebab Subhi tak mahu tarik break bila skuter melalui bumper.

"Marah pulak! Yang kau pergi tenung Maryam buat apa?" Tanya Johari. Punggung diusap perlahan.

Subhi julingkan mata.

"Eh, aku tengah cari tau benda yang buat Irfan macam tu. Mana tahu, aku boleh apply kat awek lain."

Johari letuskan tawa.

"Apply kat awek ke, kat abam woi?" Bantai gelak satu kali bila dah habis bicara. Gelak dia sampai Maryam, Aisyah, Irfan dan Mueen menoleh ke arah mereka. Teruk tak teruk? Tu tak campur lagi dengan gelengan pemandu kereta Myvi yang baru sahaja melepasi mereka tadi.

"Aweklah. Eh... Lembablah! Kita potong lah." Cadang Subhi dan Johari angkat ibu jari tinggi-tinggi tanda setuju.

Tanpa lengah, terus pedal skuter dia pulas. Dan bersama lolongan seperti serigala, mereka maju ke hadapan memintas skuter Irfan dan Aisyah.

"Woi! Lembab lah kau orang! Tak payah nak ushar nature sangat!  Nanti air sungai kering! Cepat sikit weh!"

Dan woosh! Dah jauh ke hadapan.

Aisyah dan Maryam ternganga melihatkan itu. Irfan pula dah panas hati. Tahu tadi ada perlian tersembunyi untuknya. Rasa tercabar. Terus dia pulas pedal skuter juga.

"Mueen!"

"Ya, bang!" Mueen menyahut.

"Kita pecut. Kakak kau tak menangis kan?" Soalan itu ditanya tapi tak sempat Mueen menjawab, dia dah lajukan pemanduan. Woosh, laju melepasi Aisyah dan Maryam.

Sekali lagi Maryam dan Aisyah ternganga. Kali ini disertai dengan jeritan memanggil Mueen daripada Maryam.

"In!!! Jangan tinggal aku!!!"

Kesian Aisyah. Dia rasa dia pekak setengah hari selepas itu.

SEVEN WEELS WATERFALL. Destinasi seterusnya untuk segarkan badan selepas buat aktiviti di Sky Trex tadi. Well, sebenarnya ini bukanlah tempat Yang Aisyah dan Maryam masukkan dalam rancangan hari ni. Tapi sebab Mueen dah kena 'culik' depan mata, hendak tak hendak mereka kena juga ada di sini setelah lelah memecut skuter mengekori empat orang lelaki itu dari belakang. Huh!

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now