A93

4.6K 613 132
                                    

SEPERTI yang dirancang, Bukit Bendera menjadi singgahan mereka berenam yang pertama pada hari ini. Ya. Berenam. Maryam tak tahu kenapa empat orang lelaki itu mesti ikut sekali dan semestinya ini bukan plan dia. Plan Aisyah macam biasa. Maryam ingatkan dia dah boleh seronok berdua tanpa kehadiran mereka, tapi tup tup sampai di gerbang Bukit Bendera, nampak empat batang tubuh itu sedang sibuk berwefie dengan selfie stick di tangan. Juling mata Maryam dibuatnya.

Tapi, tolak perkara itu ke tepi sebab Maryam ingin playing tourist sepanjang hari ini. Kata sahaja duduk Pulau Pinang, tapi dia belum sempat pun jelajah Pulau Pinang. Dia sibuk, Cik Noni lagi lah sibuk. Orang berkerja, bukan?

Sekarang, mereka sudah berada di tempat tinjau Bukit Bendera. Sederet teleskop berwarna-warni dihampiri Maryam dan Aisyah. Mereka ingin bagi mata mereka menjelajah sekitar Pulau Pinang sekejap.

"Wah! Cantiknya! Semua benda nampak kecil!" Kata Maryam teruja. Walau dah sepuluh minit dia 'menjelajah' dengan teleskop di mata, tetap juga terujanya masih belum hilang.

"Nampak kecil pun cantik ke?" Suara yang biasa dah dia dengar dahulu, buat Maryam alihkan pandangan dari lubang teleskop. Arah kanannya dipandang. Aisyah dah berganti dengan Subhi.

Subhi sengih sahaja bila lihat wajah tak beriak Maryam. Sekilas cuma sebelum dia turut sama 'menjelajah' Pulau Pinang di matanya.

"Wah, betullah! Semua benda kecil ini nampak cantik."

Menganjing. Itu yang Maryam boleh simpulkan daripada perbuatan dan percakapan Subhi itu. Tapi, Maryam biarkan tak membalas. Malas satu. Satu lagi dia rasa rindu pula nak dengar Subhi menyakat dia. Gila? Apa-apa aje lah.

Maryam senyum kecil sebelum dia kembali menghadap teleskop. Subhi dah angkat pandangan dan Maryam dia pandang sambil dia dah beralih alah menyandar pada pagar yang berada di situ.

"Cantik sangat ek?" Tanya Subhi. Dia buang pandang ke arah manusia yang dah makin ramai di puncak Bukit Bendera ini. Sekejap cuma sebelum dia pandang Maryam.

Maryam angkat pandangan. Subhi yang membuang pandang ke arah lain dia pandang.

"Cantik lah." Komennya sebelum dia bergerak nak pergi ke point Sky Walk pula. Subhi yang mengekor dia hanya biarkan sahaja.

"Yang lain mana?" Tanpa disangka, soalan itu terkeluar serentak sebelum langkah kaki masing-masing terhenti dan mereka berpandangan sesama sendiri.

Janggal? Sikit sampai mereka gelak perlahan dan ambil langkah semula.

"Aku tak tahu sebab aku memang dengan Aisyah aje tadi. Tup tup, Aisyah jadi kau." Beritahu Maryam. Dia dah berlari anak bila dah pijak lantai Sky Walk.

Subhi hanya melihat dan senyum kecil. Ada perubahan lah pada Maryam. Gadis itu dah macam banyak cakap sikit. Dan cakap pun dah kurang nada menyampah. Kalau dahulu, pantang kalau nampak mereka, pasti mulut gadis itu terkunci dan riak menyampah pasti dah ditayang habis-habisan. Sekarang biasa-biasa sahaja.

Dia suka.

"Kau tadi kat mana?" Tanya Maryam. Subhi yang agak terbelakang dia pandang.

Subhi cepatkan langkah biar dia dapat berjalan seiring dengan Maryam. Dah berjalan sebelah Maryam, dia mula menjawab soalan gadis itu.

"Tadi aku pergi tandas. Sebelum pergi tandas, aku dah pergi dah sini. Nak balik semula ke sini, tengok kau sorang-sorang, aku join lah. Lagipun, aku tak rasa dah diaorang ada kat sini lagi. Mesti dah jalan tempat lain." Beritahu Subhi. Sambil itu mata melilau mencari kawan-kawannya. Kan betul mereka tiada.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now