A37

5.3K 663 21
                                    

MATA dicelik perlahan-lahan. Kegelapan yang dia rasa lama menyelubungi pandangannya, buatkan setiap celikan menjadi silau dek kerana cahaya yang memasuki kornea matanya. Dan itu, menimbulkan rasa pening. Adoi. Tak hilang-hilang lagi rupanya. Dan masa itu, telinganya jelas menangkap bunyi tangisan seseorang walaupun matanya masih lagi terasa silau. Okey. Persoalan mula timbul. Suara siapa tu? Ke... dia salah dengar?

"Maryam? Maryam! Kau dah sedar!" Suara Aisyah yang kedengaran jelas teruja pada oendengarannya membuatkan matanya terus hilang silau. Serta-merta. Dan pening makin mencucuk kepala! Dalam pening-pening itu, dia menoleh juga memandang Aisyah. Sambil itu, badan yang terbaring, disandarkan perlahan-lahan di benda keras yang ada di belakang badan. Macam besi katil pun ya juga.

Bila matanya memandang Aisyah... Ergh! Apasal hodoh sangat muka Aisyah menangis ni? Dah lah masam semacam aje!

"Kenapa kau ni?" Tanya Maryam kehairanan. Sekelilingnya di pandang. Terasa tempat ini sangat asing baginya. Dia kat bilik siapa sekarang ni?

Dan, kerana pertanyaannya tidak dijawab, mata pandang  semula wajah Aisyah yang masih hodoh menangis seperti tadi. Tak pasal-pasal, bila pandangan mereka bertemu, pukulan menyakitkan diterima bertalu-talu di lengannya. Aisyah pemukulnya semestinya.

"Ouch! Eh, apahal kau ni? Janganlah! Sakitlah!" Terjerit Maryam sambil tangan sibuk menepis pukulan demi pukulan yang diberikan Aisyah. Geram mula menjengah.

"Aisyah!" Hasilnya, jeritan emasnya keluar.

"Kau lah! Buat drama! Tak pasal-pasal aku kena bawa badan sekping kau ni ke Bilik Kesihatan!" Balas Aisyah sebaik sahaja Maryam menjerit tadi. Air mata yang masih tidak henti mengalir di pipi dia seka dengan belakang tapak tangan. Rasa lega dah hilang lepas pukul dan beritahu Maryam tadi. Fuh!

Maryam kebingungan. Loading. Lambat cerna. Mujur Aisyah dah berhenti memukulnya. Kalau tidak, pasti lambat lagi otaknya nak memproses. Mana nak elak serangan Aisyah lagi.

"Drama apa?" Soal Maryam, masih lagi tidak memahami.

Aisyah tercebik-cebik. Membayangkan bagaimana risaunya dia tadi, air mata yang dah berhenti, mengalir keluar semula. Nak marah, tapi kasihan terhadap Maryam lebih mengatasi. Sudahnya, dia peluk Maryam erat. Kali ini, dia betul-betul rasa lega. Dan Maryam, bila dapat sahaja pelukan itu, rasa bingung dalam diri makin bertambah. Apa benda semua ni? Drama apakah yang Aisyah sedang cuba jayakan sekarang ini? Mana direktor? Kamera? Spotlight? Takde pun. Ke, ada ujibakat? Dia pembantu pelakon ke? Tapi, kalau ya, ujibakat apa? Esok dah cuti kut!

"Kau pengsan! Risau gila aku tadi! Nasib baik kau tak apa-apa!" Beritahu Aisyah perlahan. Dia tahu Maryam masih lagi bingung. Pelukan dia eratkan lagi. Lantak pi lah dengan larangan Maryam keoadanya sebelum-sebelum ini. Jangan peluk! Jangan peluk! Asalkan dia lega sekarang.

"Oh..." Baru Maryam faham. Sambil itu, dia cuba untuk lepaskan pelukan Aisyah. Rimas! Sebab tu dia tak suka pelukan sampai sekarang. Semua sebab Aisyah. Peluk dia macam hape!

Aisyah yang faham ketidakselesaan Maryam, terus rungkaikan pelukan. Air mata diseka sebelum tisu dia ambil. Hingus dihembus keluar dan campak masuk dalam tong sampah tisu itu.

"Semua salah aku."

Maryam julingkan mata ke atas. Oh! How she hate this kind of thing! Drama lebih betul si Aisyah ni. Kawan siapa lah ni. Nak kata kawan dia, dia tak suka drama. Dia suka movie. The horror one. Tapi takut hantu. Ceh.

"Ya. Tak payah bagitahu pun, aku dah tahu yang semua ni salah kau. Kan aku dah cakap dari awal pagi tadi lagi. Kalau aku pengsan, semua ini salah kau!" Selamba sahaja Maryam mengiakan ayat drama Aisyah tadi, Tak kuasalah dia nak karang ayat drama juga. Buang masa! Makin tambah sakit pula nanti.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now