A92

4.8K 592 61
                                    

HARI Sabtu, hari yang Maryam tidak bekerja dan hari ini hari gembira buatnya sebab dia akhirnya dapat playing tourist dengan Aisyah setelah sekian lamanya. Masing-masing eksaited tahap tak boleh bendung. Keriuhan mereka merancang aktiviti mereka untuk hari ini dan esok di ruang tamu rumah seawal selepas Subuh buat Cik Noni menggeleng kecil sahaja.

"Untunglah dapat keluar jalan-jalan." Tegur Cik Noni yang baru sahaja labuhkan duduk di atas sofa. Maryam dan Aisyah yang sedang bersila di hadapan meja kopi dia pandang.

Maryam senyum kecil manakala Aisyah dah sengih kambing. Cik Noni yang sedang menikmati kopi paginya mereka pandang.

"Cik Noni ikutlah sekali. Jom!" Aisyah mengajak dan Maryam hanya mengangguk setuju.

Cik Noni senyum senget. "Kalau dah dapat ikut, tak payah ajak memang Cik Noni akan ikut juga. Masalahnya hari ni tak boleh nak ikut." Kata Cik Noni dengan nada sedihnya.

"Kenapa?"

"Nak dating dengan Pak Cik Rasydan kut." Tebak Maryam selamba sambil tangannya menconteng kertas dengan pensil.

Cik Noni yang mendengar kata-kata anak buahnya terus tersembur air kopi yang baru sahaja dia hirup. Habis memercik kena pada Aisyah yang duduk berhampiran dengannya.

"Ewww, Cik Noni!!!" Jerit Aisyah kegelian sebelum dia berlari ke dapur untuk membasuh muka dan bajunya yang terkena semburan kopi Cik Noni.

Maryam mulanya terkebil-kebil tapi bila lihatkan itu, dia selamba gelak kecil. Cik Noni yang dah merah muka dia pandang.

"Apa kau cakap?" Air kopi yang menitik di dagu dilap. Dipandang Maryam dengan geram. Malu menjengah lebih lagi dari rasa marah.

Maryam hambur ketawa.

"Betul ek? Betul kan?"

Cik Noni ambil kusyen di sebelahnya dan selamba dia lemparkan kepada Maryam. Tepat kena muka tapi anak buahnya itu selamba sahaja lepas tawa kuat. Aisyah yang baru sahaja tiba dia pandang.

"Kawan kau ni tak betul lah Cik Noni rasa." Dia jeling geram kepada Maryam.

Aisyah labuhkan duduk. Maryam dan Cik Noni dia pandang silih berganti.

"Betul aje, Cik Noni. Tapi kan, siapa Pak Cik Rasydan?" Tanya Aisyah sambil sengih kambing. Dia masuk geng Maryam yang dah kembali ketawa sekarang.

Mendengarkan pertanyaan itu, muka Cik Noni jadi makin merah. Kusyen lagi satu diambil dan dia lempar kepada Aisyah. Namun, Aisyah lebih cekap menangkap.

"Kan? Betul lah kan Cik Noni keluar dengan Pak Cik Rasydan?" Maryam bertanya. Cik Noni yang dah terlalu merah wajahnya dia pandang.

Menjeling geram, soalan Maryam dijawab.

"Memang keluar dengan dia tapi bukan date, eh! Ada kerja nak buat dan bukan Cik Noni seorang sahaja!" Bersungguh Cik Noni terangkan. Malas dia pandang dua gadis remaja yang semestinya tengah menyakat dia melalui pandangan mereka.

Mendengarkan jawapan itu dan melihat rona wajah Cik Noni yang makin memerah, Maryam dan Aisyah sambung gelak lagi. Cik Noni hanya mampu julingkan mata sahaja. Budak-budak ini lah kan.

"Diamlah. Kauorang nak pergi mana aje? Mana tahu Cik Noni ada dekat-dekat area situ, bolehlah Cik Noni join." Tanya Cik Noni. Sambil itu dia membayangkan kemungkinan yang dia boleh juga berseronok juga nanti.

Maryam senyum. Aisyah yang dah tersenyum nakal dia pandang.

"Tak payah lah. Daripada join kami, baik plan date on time dengan pak cik kitaorang tu." Aisyah seronok menyakat dan sekali lagi dia terima lemparan kusyen dari Cik Noni.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now