A24

5.8K 791 41
                                    

SEDAR tak sedar, hari ini adalah hari terakhir mereka berlatih. Besok merupakan hari kemuncaknya. Hari Karnival Sekolah. Habis aje persembahan esok, confirm Maryam akan tanggung satu rasa malu yang amat besar. Kemudian lusa, akan cuti. Tulat, bila sekolah buka kembali, Maryam dah plan cantik rancangan sakit dia. Hahaha! Biar. Biar orang tak akan nampak dia sampai tiba minggu depan.

Tapi, itu rancangannya lah. Tak tahu menjadi atau tidak. Kalau jadi, alhamdulillah. Kalau tak jadi, nasib muka kena tanggung malu.

"So, ready for tomorrow, watak utama?" Terbantut terus Maryam nak meneguk air. Aisyah pula bila nampak aje gaya terbantut Maryam, terus menyambar botol mineral yang dipegang Maryam.

"Watak utama, kasut kau!" Maryam membidas seraya rampas semula botol mineral dia bila Aisyah dah habis gogok tanpa izin. Taguna punya kawan.

Aisyah sengih, mungkin sengaja nak tayang gigi putih dia. Tapi itu memang hadirkan rasa menyampah buat Maryam. Sudahnya Maryam julingkan sahaja mata ke atas.

"Sumpah kau kena belanja aku Cadbury setahun lepas ni kalau semua orang kenal aku." Maryam dah berkira-kira nak buat ugutan. Ugutan yang dia tahu memang takkan beri impak pada Aisyah.

"Eleh. Bukan setakat kenal, malah akan ada yang ajak kahwin terus. Percaya lah cakap aku!"

Dan... pap! Menyeringai kesakitan Aisyah bila dia terima pukulan lima jari Maryam di lengannya.

"Sakit lah!"

"Itu namanya bahana cakap tak berlapik!" Maryam jeling Aisyah sebelum dia teguk minumannya rakus. Nak redakan sikit rasa panas hati yang sedang dia alami sekarang ini.

Aisyah walau sakit-sakit begitu, masih lagi tunjuk sengih dia. Itu tanda-tanda nak menyakat lagi lah tu.

"Eleh, kau. Kalau pun yang datang ajak kahwin tu seribu orang, aku yakin I.D. juga yang akan kau terima. Kan?"

Pap!

"Aw! Sakitlah Siti Maryam!" Sekali lagi Aisyah menyeringai kesakitan. Dan kali ini, tiada sengihan. Tapi muncung mulut yang dah nak sama panjang dengan paruh itik. Boleh sangkut hanger dua puluh batang kat situ.

"Itu bahana merepek. Kau nak bet dengan aku ke?" Sengih Aisyah muncul semula bersama soalan merepek dia. Buat Maryam hanya mampu geleng.

"Aku tak tahu lah, macam mana boleh tersembunyi perangai kurang enak kau ni daripada Zuhair." Maryam sengaja sahaja bangkitkan nama crush terchenta Aisyah. Sengaja. Se. Nga. Ja. Biar.

Dan-dan, mati terus sengih Aisyah.

"Kau ni. Tak best lah. Orang dalam fasa nak move on ni. Dia pergi sebut pula nama mamat tu." Balas Aisyah sambil hentak kaki sekali dua.

Kening Maryam terjongket sedikit. Dia dah pandang Aisyah sambil tangan menongkat dagu sendiri.

"Move on? Sejak bila pula ni?"

Aisyah jeling Zuhair yang sibuk bergelak ketawa dengan kacak di hujung dewan sana. Tak lama selepas itu, Aisyah pandang lantai dan hembuskan nafas lemah. Buat Maryam jongketkan kening sekali lagi.

"Lain macam aje."

"Kau ni memanglah. Ni mesti kes fokus sangat dalam kelas ni. Kan hari Isnin tu heboh kelas kita yang Zuhair tu dah couple dengan budak kelas sebelah." Dengan nada sedih yang menggelikan pada pendengaran Maryam, Aisyah beritahu. Kaki menguis lantai. Mungkin masih bersedih.

"Oh. Tu je?"

Aisyah jeling Maryam. Geram.

"Ish, macam mana lah aku boleh dapat kawan spesies takde sense macam kau ni. Itu aje lah! Nak sebab apa lagi?" Aisyah meluahkan geram. Buat sekian kalinya kaki menghentak lantai sekali dua.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now