A29

5.5K 664 35
                                    

SETELAH 45 minit berada di dalam Kelas 5-3, tiba masanya Cikgu Ghazali menamatkan sesi pengajian. Lepas ini, Cikgu Farra pula yang akan masuk mengajar subjek Biologi kepada mereka.

"Terima kasih, cikgu!" Ucapan yang diucap Khairul lantang diikuti oleh para pelajar lain sebelum Cikgu Ghazali berlalu pergi. Sempat cikgu lelaki itu pesan untuk kumpulkan semua kertas mahjong dan hantar di mejanya kepada Khairul.

Mendengarkan arahan yang diterima Khairul, semua sibuk buat kemasan akhir. Tulis nama. Periksa semula isi penting. Padam segala contengan yang terbentuk. Sudah siap, semua dengan segera hantar kepada Khairul.

"Dah siap ke belum?" Soal Faris. Dia memeriksa sekali lalu tulisan yang ada pada kertas mahjong. Tak mahu tinggal sedikit pun.

"Kejap. Sikit lagi. Yam pun tak habis sikit lagi." Kata Aisyah sambil tangan laju menulis di saat-saat akhir. Maryam pun.

Irfan dalam diam melihat Maryam yang begitu fokus dengan penulisannya. Sekejap dia pandang tulisan Maryam. Sekejap dia pandang tangan laju Maryam. Dan lama dia pandang wajah Maryam. Siapa sangka wajah fokus ini dia dapat lihat dari jarak sebegini dekat?

Sedang seronok dia memandang, Maryam tiba-tiba angkat kepala dan pandang sekeliling seperti mencari sesuatu. Irfan masih memandang untuk melihat apa yang Maryam cari.

"Yam?" Aisyah yang menegur, Irfan pandang pula.

"Sekali lagi ke?" Soalan Aisyah kepada Maryam membingungkan semua. Dan anggukan daripada Maryam menambahkan lagi kebingungan mereka.

"Takkan ada kat sini kut?" Aisyah turut memandang sekeliling seperti mencari-cari sesuatu dan perlakuannya buat dia, Subhi dan Faris memandang sekeliling juga.

"Apa benda yang korang cari?" Tanya Faris. Maryam dan Aisyah dia pandang kebingungan.

Maryam pandang Faris sebelum dia sambung menulis. Nanti-nanti lah dia cari siapa yang mengganggu fokusnya. Ni... kerja ni kena siapkan. Selagi Khairul tak menjerit meminta, dia masih lagi ada peluang.

"Hei, cari apa?" Soal Subhi pula dia lihat Aisyah masih lagi memandang sekeliling.

"Adalah. Someone." Balas Aisyah pendek sebelum kepala digaru dan Maryam dipandang.

"Argh! Aku tak boleh fokus lah! Hantar aje lah!" Kata Maryam dengan nada sebal sebelum pensil disimpan ke dalam bekas pensilnya.

"Lah... pulak?" Faris jadi makin bingung. Tanpa banyak soal, terus kertas mahjong kepunyaan kumpulan mereka digulung kemas sebelum kaki laju menuju ke arah Khairul.

"Kau rasa kena pandang lagi ke?" Tanya Aisyah tanpa berlapik. Lupa seketika ada Subhi dan Irfan di sini.

Maryam diam sahaja. Irfan dan Subhi dipandang kemudiannya sebelum dia pandang Aisyah. Seolah-olah memberi isyarat pula kepada Aisyah sebab selepas itu Aisyah laju mengangguk faham.

"Apa ni? Dari tadi cakap benda tak jelas. Cerita lah betul-betul!" Subhi bersuara sambil tangan sibuk mengemas peralatan tulis Aisyah. Dia bukan bawa sekali bekas pensilnya. Bekas pensil pun tak ada. Macam mana nak bawa kan? Jadi pinjam Aisyah punya aje lah walaupun gadis itu jeling dia semacam tadi.

Serentak itu, Subhi ditayangkan dengan wajah tidak berperasaan Maryam dan Aisyah. Tak cukup dengan itu, dia juga diberi judging face oleh kedua-duanya. Atas bawah, atas bawah dia dipandang.

"Hei!" Subhi spontan menyilangkan kedua tangan di dada, kononnya nak tutup dada tak berapa bidang dia.

Irfan tika itu, dah siap sedia menyumpah Subhi di dalam hati. Kenapa lah kawan dia ni tak boleh nak jadi macam biasa? Asal depan Maryam aje, buat perangai. Asal buat perangai aje, depan Maryam.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now