A22

6.2K 708 26
                                    

HARI Karnival Sekolah tinggal lagi tiga hari sahaja lagi. Semakin hari itu datang, semakin gelisah Maryam dibuatnya. Mana tidaknya kalau dia yang memang zero pasal persembahan ini kena buat persembahan di hadapan ramai orang yang berkunjung. Sudah lah selepas persembahan mereka semua perlu teruskan dengan aktiviti jualan pula. Dia pasti-pasti dengan Kempen Derma Buku dia tu. Haih. Memang cari malu betul.

Tanpa sedar, dia helakan nafas lemah. Aisyah yang sedang sibuk mengunyah di sebelah, terus menoleh memandang Maryam.

"Kau dah kenapa?" Tanya Aisyah setelah kunyahannya habis. Satu keajaiban juga sebenarnya bila Maryam dengan relanya menawarkan diri untuk rehat bersama.

Maryam terus sembamkan wajah ke meja. Aisyah yang melihat, terus tayang muka jijik.

"Weh, meja ni berminyak kut!"

Maryam buat tak peduli. Alah. Nak kata berminyak. Karipap yang Aisyah tengah makan tu pun berminyak juga. At least, dia kena muka aje. Aisyah kena sampai dalam perut.

Heh. Teori merapu bila seorang Maryam dalam depresi tahap lemah.

"Woi, dengar tak?" Aisyah menggoncang bahu Maryam apabila Maryam hanya diam tidak memberi respon.

Maryam diam lagi. Bayangan dirinya ketika praktis setiap hari muncul buatkan dia rasa makin lemah. Takkanlah dia yang memang hati beku ni nak buat persembahan macam tu. Sumpah sekarang rasa menyesal tak tentang betul-betul dulu!

"Wei!" Aisyah secara paksa terus tegakkan badan Maryam yang dah layu semacam itu. Wajah Maryam dipusingkan menghadapnya, juga secara paksa.

"Wake up! Wake up!" Pipi Maryam ditampar perlahan.

Maryam menepis dan menjeling.

"Kau ingat ini gelanggang WWE ke apa?" Air kosong diteguknya lemah selepas itu.

Mendengarkan sindiran Maryam, Aisyah langsung mencebik.

"Kita risau kat dia yang dah macam sayur rebus ni, dia perli-perli pula. Ceh." Kata Aisyah sambil mencebik. Karipap yang berbaki terus dia sumbat ke dalam mulut. Geram!

Maryam julingkan mata. Menyampah dengan Aisyah yang kononnya sensitif sekarang ini.

"Tak payah nak mengada lah."

"Yalah. Kau ni, cuba cerita kat aku apa benda yang berat sangat masalah kau sampai mengeluh tak habis-habis ni? Kau jangan sampai benda ni efek kat praktis kita lepas ni."

Mendengarkan itu, sumpah Maryam rasa dia dilanda kemurungan. Keluhan jadi makin berat pula. Aisyah yang melihat hanya geleng kepala. Tahu dah apa masalah Maryam ini.

"Alah, kau ni Yam. Buat rileks sudah. Selama ni, masa prkatis elok aje kau buat dengan baik, kan? Yang nak down tiba-tiba kenapa?"

Maryam menggeleng kecil. "Kau tak faham sebab bukan kau yang main. Malu satu... hilang cool satu... gedik satu..." Maryam listkan apa yang menjadi masalah sekarang ini. Aisyah boleh lah tak rasa apa yang dia rasa sebab dia jadi backup aje.

Aisyah senyum lucu. "Alah. Bila lagi kau nak jadi gedik kalau bukan sekarang? Dan...." Aisyah sengaja memberhentikan kata. Dia tak menyambung sampailah Maryam menoleh memandangnya dengan riak bosan.

"Dan apa?"

Aisyah senyum misteri sambil jongketkan kening dua tiga kali. Naik pelik Maryam dibuatnya.

"Dan apa kau ni? Kena sampuk tiba-tiba ke macam mana?"

Tawa kecil Aisyah terbit. "Dan... bila lagi kau nak cairkan I.D. kau tu?"

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now